Bab 14

Other Completed 6242

Detik waktu terus berjalan...
Berhias gelap dan terang...
Suka dan duka tangis dan tawa...
Tergores bagai lukisan...

Seribu mimpi berjuta sepi...
Hadir bagai teman sejati...
Diantara lelahnya jiwa...
Dalam resah dan air mata...

Ku persembahkan kepada-Mu...
Yang terindah dalam hidupku...

Meski ku rapuh dalam langkah...
Kadang tak setia kepada-Mu...
Namun cinta dalam jiwa...
Hanyalah pada-Mu...

Maafkanlah bila hati...
Tak sempurna mencintai-Mu...
Dalam dada ku harap hanya...
Diri-Mu yang bertakhta...

Detik waktu terus berlalu...
Semua berakhir pada-Mu...

JATUH air mata Haura' mendengar lagu Rapuh yang dinyanyikan oleh Opick. Baginya, nasyid yang ada dan banyak dalam telefon bimbitnya itu bukan hanya sekadar lagu. Tapi, ia adalah satu nasihat. Setiap kali Haura' mendengar mana-mana nasyid, pasti dia akan mendalami segala isinya. Liriknya dihayati. Dikaitkan dengan kehidupannya. Betapa dia bersyukur kerana masuk dalam dunia nasyid sejak dari kecil. Dengar dari radio, sehingga dapat dengar dari telefon sendiri. Syukurnya tak terhingga. Dianugerahkan ibu bapa angkat yang sangat baik hati dan kuat agama. Meskipun bergelar jutawan, tak pernah bongkak dan sombong. Malah, banyak membantu orang yang susah.

Rutin hujung minggu mereka adalah pergi ke mana-mana rumah anak yatim atau rumah orang-orang tua ataupun ke kawasan pedalaman, membantu orang-orang susah. Masih melekat di ingatan Haura' kata-kata walidnya.

"Kaya macam mana pun kita, kita tetap ke kubur." itulah kata-kata Encik Hairil penuh semangat. Dipandang walidnya yang sedang melakukan senaman di luar rumah petang itu. Dari wajah itu, tak terlihat langsung gelisah mahupun lelah. Tetap tenang. Dari dalam diri walidnya, seperti terlihat bagaimana Abdurrahman bin 'Auf yang kaya raya namun tak pernah leka dan alpa dengan harta. Malah membantu memperjuangkan islam dengan setia.

Sudah masuk 4 tahun Haura' tinggal bersama ibu bapa angkatnya. Sekejap terasa masa berlalu. Tidak lama lagi dia akan menyambung pelajaran di Universiti of Damascus, Syria dalam bidang pendidikan. Seronok usah dikata. Nak menjejak kaki di bumi Syria adalah impiannya. Ditawarkan dan ditaja sepenuhnya oleh sebuah badan berdaftar. Alasan dia ditaja adalah kerana statusnya anak yatim piatu. Tapi, dia tetap merasa serba salah. Takut andai ada yang lebih layak, namun tak berkemampuan. Bila dipujuk dan dijelaskan bahawa yang ditawarkan dan ditaja adalah semua pelajar terbaik dari seluruh Malaysia. Malah yang membuat rayuan pun diterima. Barulah Haura' terasa sedikit lega. Selepas membuat istikharah dan istisyarah, barulah Haura' menerima tawaran tersebut. Dia akan berangkat awal tahun hadapan. Menghadapi dunia pembelajaran baru di tempat baru dengan suasana baru. Dia pasti ujiannya di sana pasti lebih hebat.

Haura' teringat kembali betapa gembiranya Encik Hairil dan Puan Humaira melihat Haura' mendapat 9A dalam PMR. Kemudian mencapai kejayaan dalam SPM dengan 11A+ dan keputusan Thanawi yang cemerlang. Bukan setakat itu, semangatnya yang mendalam untuk mendalami, menghafaz dan memahami al-Quran menyebabkan dirinya seorang yang cekap dalam belajar. Dalam masa dua tahun 7 bulan dia berjaya menghabiskan hafalan al-Quran dengan lancar. Kemudian, dia menjadi wakil pertandingan hafazan peringkat antarabangsa yang diadakan di Mesir setiap tahun. Kefahamannya yang mendalam menjadikan dia seorang hafizah yang diiktiraf. Beberapa kali juga dia berjumpa dengan beberapa syeikh untuk disemak bacaannya.

Kini, dia perlu berusaha dan melangkah sedikit sahaja lagi. Melangkah menuju puncak cita-citanya. Menjadi seorang pensyarah pilihannya. Jadi, waktu yang ada takkan dipersia. Akan digunakan seluruhnya sebaik mungkin. Pagi sibuk belajar, malam sibukkan diri dengan ibadah. Siang lelah belajar, malam duduk adulah pada Allah. Kerehatan yang sebenar akan dirasai nanti bila tiba di syurga. Haura' menanam niat dalam dirinya. Dia mahu mendidik anak bangsa menjadi syabab agama. Yang ilmu penuh di dada amalnya tak lupa. Yang paginya ke tempat kerja, pulangnya membawa rezeki, malamnya terang dengan cahaya tahajjud.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience