Bab 8

Other Completed 6242

Setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Setiap hikmah itu ada hikmahnya...
Takkan pernah ujian berakhir...
Terus datang dan mendatang...
Silih berganti dan berulang...
Kelak nanti bila pulang...
Bahagia hakiki dicapai...
Syurga tempat tinggal abadi...

******************************

"HAURA' sayang... Bangun sayang... Nak maghrib dah ni..." sayup-sayup satu suara menyapa lembut halwa telinganya.

Perlahan-lahan, mata dibuka. Terpandangkan wanita yang membangunkannya dari tidur, terus dia duduk. Terkejut Puan Humaira dibuatnya. Haura' tersenyum simpul. Tahu kesalahannya, tidur tak ingat dunia selepas asar tadi. Masakan tidak. Badannya masih terasa lelah. Dari Pahang, pindah ke Melaka. Penat tu usah ditanya... Memang tak terjawab.

"Haura' ni, terkejut umi..." ujar Puan Humaira.

Haura' pantas mencapai tangan kanan Puan Humaira dikucup lama. Tanda mohon ampun dan maaf. Diusap-usap tangan umi angkatnya. Ya, dia terima untuk menjadi anak angkat kepada keluarga itu. Bukan mereka tiada anak, namun anak mereka telah mendahului mereka menghadap pencipta. Sejak lima tahun yang lepas. Puan Humaira sedih atas kehilangan anaknya. Tak kurang juga kesedihan yang ditanggung oleh Encik Hairil. Sebelun tiba di rumah baru ini, Puan Humaira dan Encik Hazril walid membawa Haura' ke tanah perkuburan Umi kandung dan ayah kandung Haura' serta sahabatnya. Kemudian, singgah lagi di sebuah perkuburan menziarahi pusara anak tunggal Puan Humaira dan Encik Hazril. Jelas tampak kesedihan di wajah mereka.

Haura' perlukan kasih ibu dan bapa. Puan Humaira dan Encik Hairil pula perlukan seorang anak pengubat luka. Rupanya ini hikmah yang Allah beri. Allah beri mereka saling melengkapi. Walaupun begitu, aurat tetap dijaga di hadapan Encik Hazril kerana statusnya tetap anak angkat. Tak berubah menjadi anak kandung. Tak berubah jadi bapa kandung. Jadi Haura' tetap wajib menjaga auratnya.

"Eh.... Mengelamun pulak dia.... Siap cepat, nanti nak ke surau solat maghrib... Cepat..." Puan Humaira mencubit lembut pipi Haura'. Kali ini, Haura' pula yang terkejut. Dipandang umi angkatnya lalu tersenyum malu.

"Dah, pi siap..." arah Puan Humaira sekali lagi. Haura' berdiri. Pantas dia memeluk Puan Humaira, mengucap terima kasih dan terus ke biliknya di tingkat atas. Rumah inilah dalam mimpinya. Ungu lembut yang menyapa mata sepanjang masa.

Haura' sibuk memilih baju yang sesuai dipakai dari almari. Akhirnya, dia memilih baju kurung berwarna ungu lembut. Dipadankan pula dengan tudung labuh bulat berwarna ungu gelap. Nampak matang dan cantik. Telekung berwarna putih miliknya disarung sekali. Hanya kain yang dipegang. Selesai sahaja, terus dia keluar bilik. Puan Humaira yang baru hendak memanggilnya tersenyum. Terus mengajak Haura' turun dan keluar rumah. Setelah pintu dikunci, mereka jalan bertiga menuju ke surau.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience