Bab 10

Other Completed 6242

"HAURA', hari ni kita pergi cari barang untuk sekolah. Esok dah Isnin. Esok terus pergi daftar sekolah baru ye?" beritahu Encik Hairil pada Haura'. Haura' hanya mengangguk. Waktu itu, mereka sedang bersarapan.

"Walid, Haura' dapat sekolah apa?" tanya Haura'. Walaupun masih terasa kekok untuk memanggil walid, tapi dia tetap berusaha membiasakan diri.

"Tunggu je esok Haura'. Haura' mesti suka punyalah tempat tu..." sampuk Puan Humaira.

"Alooo.... Asrama ke?" tanya Haura' lagi. Rindukan sekolah lamanya. Asramanya.

"Tak sayang... Nanti kalau Haura' masuk asrama, siapa nak teman umi?" Puan Humaira bersuara lirih. Kepedihan akibat kepergian anaknya, masih terasa. Sedihnya masih bersisa. Bukan tidak redha, tapi merindui.

"Umi jangan sedih-sedih.... Haura' akan teman ibu hari-hari ye?" Haura' memujuk sambil tersenyum.Takkan nak menghampakan harapan seorang ibu?

Selesai makan, mereka bersantai seketika di ruang tamu. Menonton televisyen. Bukan kegemaran Haura'. Diam. Haura' mulai bosan. Sebenarnya, cerita itu bosan. Haura' memikir cara untuk menarik perhatian ibu bapa angkatnya. Berfikir hingga dapat satu ilham.

"Umi...." panggilan Haura' membuatkan Puan Humaira dan Encik Hairil memandangnya.

"Ye sayang... Ada apa?" tanya Puan Humaira pula. Diusap kepala Haura' yang dilitupi tudung berwarna ungu lembut.

"Rumah ni memang warna purple ke?" serta merta wajah Puan Humaira berubah.

"Kenapa? Haura' tak suka ke?" Haura' cepat-cepat menggeleng. Uminya salah faham ni....

"Haura' suka sangat.... Warna favourite Haura'...." Terang Haura'. Puan Humaira lega. Air mukanya kembali normal.

"Sama dengan arwah Hafsah.... Dia pun suka sangat warna purple...." Puan Humaira mula bercerita membuka kenangan lama.

Haura' terasa bersalah. Adakah uminya sedang bersedih? Takkan pudar rindu dan sayang seorang ibu. Takkan hilang ingatan seorang ibu terhadap anak kesayangan. 9 bulan dalam kandungan. Ke mana-mana bersama. Kini bila berjauhan dan takkan dekat kembali, diikat dengan doa. Haura' juga begitu. Terasa seperti Puan Humaira dan Encik Hairil itu ibu bapa kandungnya. Peribadi mereka tak jauh beza. Tetap memanjakan dia. Tetap menyayangi dia. Tetap inginkan yang terbaik buat dia. Walaupun dia hanya seorang anak angkat.

Tepat jam 10 pagi, mereka sampai di sebuah pusat membeli belah. Bukan nak berjalan-jalan tanpa faedah, tapi nak belikan Haura' barang sekolah. Mula-mula, cari alat tulis. Ke kedai buku. Rambang matanya melihatkan pelbagai buku pelajaran yang ada di dalam kedai buku tersebut. Tangannya lincah membelek buku-buku itu. Leka seketika. Terpandang pula buku cerita untuk kanak-kanak. Andai saja duitnya banyak, pasti dibelikan buat adik-adik di rumah anak yatim. Hanya mampu melihat, menyentuh dan membelek. Wajahnya yang tadi agak ceria bertukar muram. Rindunya pada ibu Najwa.

"Haura'.... Kenapa muram je ni?" tanya Encik Hairil.

"Rindu ibu.... Hihi...." gelaknya dibuat-buat. Buruk bunyinya... Haha...

"Bulan depan kita jumpa ibu ye?" Janji Encik Hairil membuatkan Haura' kembali ceria. Diteruskan niat mereka mencari alat tulis. Kemudian mencari beberapa pakaian baru untuk Haura'.

Semuanya dipilih warna purple. Memang serupa dengan arwah anaknya. Cuma pada satu jubah dia berminat pada warna hijau. Lembut dan mendamaikan. Haura' dah merasa lebih dari cukup kalau dibelikan satu sahaja baju. Tapi, kata-kata Encik Hairil membuatkan dia pening nak memilih baju. Rambang mata pun ye jugak. Baju semua cantik-cantik tapi harga buat Haura' tercekik. Bagi Haura' lebih baik beli kain dan dijahit sendiri jubah. Lebih puas hati.

"Kita takkan balik selagi Haura' tak pilih sekurang-kurangnya 5 baju." putus Encik Hairil. Muktamad. Tak boleh diubah.

"Boleh.... Tapi, umi pilihkan dua, walid pilihkan dua... Haura' pilih lagi satu. Boleh?" main syarat-syarat pulak....

"Ha.... Walid setuju. Jadi, jumlah baju yang kena ada, sepuluh...." jawab Encik Hairil selamba.

"Eh? Kenapa pulak?" tanya Haura' terkejut.

"Sebab Haura' kena pilih lima. Tu syarat pertama Walid. Haura' kena pilih. Haura'. Lepastu, Haura' letak syarat, kami pilih dua setiap seorang. Dan Haura' pilih lagi satu. So, sepuluh la...." Terang Encik Hairil selamba. Puan Humaira dah tergelak.

"Umi...." rengek Haura'. Puan Humaira cuma mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Ok... Sekarang pilih. Lima ke, sepuluh?" tanya Encik Hairil.

"Satu!" jawab Haura'.

" Tiada dalam pilihan jawapan. Jadi, kena denda jadi 15 baju. Dah. Muktamad. Tiada lagi bantahan. Haura' pilih lima, umi pilih lima dan walid pilih lima. Ok, now." selesai berkata-kata, Encik Hairil terus berlalu mencari-cari baju yang sesuai untuk Haura'. Tercengang Haura' dibuatnya.

Akhirnya dia mengalah. Mula melangkah. Misinya mencari 5 helai baju. Puan Humaira membantunya memilih baju. Ada jubah, ada blouse, ada T-shirt, ada dress. Macam-macam ada la.... Tapi Haura' hanya memandang gaun labuh dan jubah. Cantik-cantik designnya. Rasa nak ambil semua. Akhirnya, dia memilih 2 gaun berwarna putih dan purple, 1 dress berwarna purple dan dua jubah berwarna hijau dan purple. Purple dan Haura' berpisah tiada.

*bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience