Bab 9

Romance Completed 4289

Hari ni genap enam tahun mama pergi. Pusara mama sudah lama dia tidak jenguk. Sibuk benar dia dengan praktikalnya. Rumput yang panjang di cabut. Daun kering di ambil dan di buang. Hannah mengusap batu nisan yang tertulis nama mamanya. Hannah membaca surah Al Fatihah.

"Kenapa awak nak jumpa saya? Rindu ke?" Asyraf tersenyum paksa. "Awak kenapa? ada masalah hmm ?" wajah Asyraf dipandang. Lelaki dihadapannya masih diam.

Asyraf mengumpul segala kekuatan yang ada. "Hannah, saya rasa hubungan kita sampai sini saja la." tak terkeluar ayat dari mulut Hannah.

"Apa yang awak cakap ni? Asyraf, jangan main-main dengan saya." Hannah seolah-olah tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Asyraf.

"Tak. Saya tak main-main. Saya serius." Asyraf menarik nafas dengan nada suaranya lagak biasa. Walhal didalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. "Saya mintak maaf. Anggap saja kita tak ada jodoh. Mungkin saya bukan terbaik untuk awak."

"Apa salah saya, awak? kalau saya buat salah saya mintak maaf. Awak dah janji dengan saya, yang awak takkan tinggalkan saya." air mata Hannah sudah mengalir. Dia bagaikan tidak percaya apa yang Asyraf cakapkan.

"Awak tak buat salah. Tapi saya yang bersalah. Saya mintak maaf. Sebenarnya masa saya pergi Sarawak family saya dah tunangkan saya dengan pilihan keluarga." Hannah kaget.
"Saya sayang awak tapi saya sayang umi. Saya tak boleh nak hampakan umi sayang. Saya mintak maaf. Saya tak ada pilihan." Tanpa berlengah Hannah pergi meninggalkan Asyraf. Hatinya sudah hancur. Kenapa dulu dia beriya perjuangkan cinta. Tapi sekarang dia yang musnahkan segalanya. Sumpah aku kecewa. Dugaan apa yang aku perlu hadap tuhan. Aku tak kuat. Air mata tak henti mengalir.

Hannah menangis semahu-mahunya. Sampai hati Asyraf buat dia begini.

"Hello, Fateh" suara Hannah diselang seli dengan tangisan.

"Hannah? Kau kenapa ni? Kau tunggu kejap lagi aku sampai." hatinya gusar mendengar Hannah menangis sedemikian rupa. Kali terakhir dia dengari dan lihat Hannah menangis semasa mama Hannah meninggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience