Bab 27

Romance Completed 4507

Hannah merenung ke luar jendela. Hati ini tiba tiba rasa rindu pada arwah mama. Hannah memandang ke lluar tinga rumah. Dia terbayang arwah mamanya sedang berkebun. Hannah tersenyum. Dia rindu saat dahulu. Kami sekeluarga sangat bahagia. Tapi bila mama sakit papa dah mula berubah. Hatinya sangat sayu. Terkenang semasa mama sakit. akan tetapi papa tiada disisi mama.

Hannah kaget. Fateh memeluk Hannah dari belakang. Bahu Hannah dicium. Wangian rambut Hannah membuat Fateh memeluk Hannah makin erat. Hannah merungkai pelukkan. Hannah berpusing menghadap Fateh.

"Jom balik." Fateh hairan.

"Kita baru sampai rumah papa. Takkan nak balik dah. Apa kata papa dengan mama nanti."

"Dia bukan mama saya. Tak ada siapa yg boleh ganti tempat mama. Kalau awak tak nak balik. Biar saya balik sorang-sorang." air mata Hannah mula merembes keluar. Dia mencapai handbag. Namun lengan sempat ditarik.

"Sayang, sayang... Eyy dengar sini abang nak cakap, mama Dian tetap mama kita sayang walaupun dia mama tiri,sayang kena hormat mama Dian." wajah Hannah dipegang lembut. Air mata Hannah dilap. Hannah menipis tangan Fateh.

"Ok .. Ok .. abang janji lepas makan malam kita balik rumah terus. Dah tak mau nangis nangis."suara Fateh lembut memujuk. Api tidak boleh di lawan dengan api. Orang tengah marah ni memang dia sendiri akan rasa dia sorang ja betul. Tapi bila marah tu mula reda. Dia akan sedar ada silap dari diri dia jugak.

Hannah hanya memandang ke luar tingkap kereta. Dia hanya menjamah sedikit saja nasi tadi. Tekaknya sukar menerima masakkan dari Puan Dian. Fateh sempat mengerling ke arah isterinya. Perempuan kalau naik kereta tambah merajuk memang suka tengok luar tingkap eh.

"Sayang, abang lapar la. Kita singgah kejap dekat Arif char keoy teow." Fateh sengaja memancing Hannah. Dia tahu Hannah lapar tapi sebab ego, Hannah sanggup tak menjamah. Perut Hannah tiba- tiba berkeroncong kuat.Fateh tersenyum.

Fateh tarik nafas lega bila melihat Hannah makan dengan berselera. Dia terpaksa jugak menghabiskan char koey teow walhal perutnya sudah penuh.

" Asal senyum?" Hannah tau Fateh memerli dia.

"Aik senyum pun tak boleh dah?" Hannah hanya menjeling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience