Bab 11

Romance Completed 4289

Sudah enam bulan dia hidup tanpa Asyraf. Sejujur dia sedih, dia rindu pada Asyraf. Pernah juga dia jumpa Asyraf untuk pulangkan barang-barang yang Asyraf beri.

"Kenapa awak nak pulangkan. Saya ikhlas kasi dekat awak." Hannah mengeleng kepala.

"Saya nak belajar move on. Macam mana saya nak move on bila saya pandang setiap barang yang bagi mesti saya ingat awak."

"Kalau macam tu awak buang ja la." kata Asyraf bernada bersahaja.

"Saya tak tergamak nak buang barang yang awak bagi macam mana awak buang saya dalam hidup awak." Dari pada pandangan mata Asyraf Hannah sudah berubah. Hannah chubby dulu. Tapi sekarang sudah susut badannya. Tapi makin cantik. Betul kata orang, perempuan ni bila dah kecewa yang tak cantik boleh jadi cantik. Yang gemuk boleh kurus.

"Jangan cakap macam tu. Saya tak pernah buang Hannah dari hidup. Saya sayang awak. Tapi syurga lebih penting. Saya sayang umi. Saya tak sampai hati nak tolak kehendak umi. Awak cakap macam tu buat saya rasa bersalah." Mata Asyraf berkaca.Asyraf merapati Hannah.Dia rasa seperti mahu memeluk gadis dihadapannya ini. Betapa dia sangat rindu kan Hannah. Namun dengan pantas Hannah menjauhkan diri Dari Asyraf.

Hannah membelek-belek baju di butik Adira. Matanya rambang melihat keluar terbaru di butik tersebut. Maklum la sekarang dia gaji. Nak juga beli barang guna hasil titik peluh sendiri.

"Eh Hannah." Hannah memandang gadis tinggi lampai persis model muslimah.Cantik.

"Ya? Awak siap ya?" Farrah tersenyum sinis. Pandang Farrah buat Hannah rasa menyampah.

"Aku Farrah." Hannah rasa macam pernah tengok perempuan ni. "Ceritanya sekarang kau tu kenapa kacau Acap? Untuk pengetahuan engkau. Aku dan dia tak lama lagi nak kahwin. Move on la Hannah." Baru dia ingat. Nad pernah tunjuk gambar Farrah pada dia. Asyraf sudah block dia dari semua akaun media sosial.

"Oh, buat pengetahuan cik Farrah saya memang dah tak contact dengan Asyraf. Last kita orang jumpa masa i pulangkan barang-barang yang Asyraf pernah bagi dekat i. You jangan risau, jenis i takkan kutip sampah bila i dah buang dan i geli bila dah guna bekas orang." Hannah terseyum sinis. Berubah wajah Farrah.

"You cakap nak pergi nak pergi toilet? Kenapa kat sini." Asyraf tergamam melihat Hannah.

"Ini ha. I terjumpa Hannah, sayang. I jemput dia ke wedding kita." ayat last sekali tu sengaja Farrah tekankan.

"Sayang sorry lambat. Eh Acap." Fateh sengaja menggengam jari jemari Hannah. Asyraf tunjuk riak bersahaja. Tapi hati panas membara sebenarnya.

"Siapa ni? Boyfriend you ke? cepat dapat pengganti. Opps sorry. Nanti kau orang berdua jangan lupa datang ke wedding kita orang ya."

"Yes boyfriend i. Actually untuk pengetahuan you i dah kenal lama dengan dia. Alhamdullilah dia seorang setia dan pandai tunaikan janji. You punya weeding jangan risau kita orang pergi punya, kan bie." Hannah tersenyum manis ke arah Fateh. Fateh mengganguk. Pandai kau berlakon ya Hannah. Farrah sudah buat menyampah. Jangan dibuat main dengan Hannah.

Fateh memandang Hannah. Nampak muram. Ni mesti kes tadi la ni.

"Nah." Hannah terpingga-pingga. "Buka la." Hannah tersenyum lebar melihat pakej percutian ke Pulau perhentian.

"Ha macam tu la anak ayah. Senyum lebar."

"Anak ayah? Eii tak hinggin aku ada bapak macam kau. Kau kasi aku ke? Wei takkan aku pergi seorang." Hannah buat muka sedih.

"Aku pun sebenarnya tak nak jadi ayah kau tapi aku nak jadi ayah untuk anak-anak kita.Kau kan teringin sangat nak ke sana. Tak, kita pergi berdua. Nak pergi bertiga kita belum ada anak lagi. So berdua ja la. Boleh kan sayang ?."terbuntang biji mata Hannah. Hannah memukul lengan Fateh. " Sakit woi. Aku gurau ja la."

"Padan muka. Siapa suruh gatal lagi. Takkan nak tidur sebilik." risau juga dia dengan Fateh. Walaupun Fateh ni gila gila ada juga mood dia nak menggatal.

"Kahwin ja la, free apa. Apa kau ingat orang JAIS tu tak ada kerja nak tangkap kita dekat tempat awam. Bukan kita tidur sebilik pun. Aku dah tempah dua bilik. Tapi kalau kau nak share bilik dengan aku, aku tak kisah. On je." gatal punya jantan. Hannah memukul Fateh.

"Sakit weh. Malang sungguh siapa yang kahwin dengan kau. Kaki pukul. Aku gurau pun tak boleh. Jangan lupa apply cuti. Kang burn gitu ja."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience