Bab 22

Romance Completed 4289

Hannah berjalan seorang diri di dalam Mega mall. Segaja dia mengambil cuti hari ni. Awal-awal lagi dia sudah bagitahu Fateh. Mujur Fateh bagi lampu hijau. Asalnya dia berjanji dengan Nad ingin bertemu. Awal pagi tadi, Nad menghantar pesanan ringkas di whatsapp tak dapat teman Hannah kerana bapa saudaranya meninggal. Nampaknya dia terpaksa berjalan seorang diri hari ini.

Fateh semenjak kebelakang ni sibuk sungguh. Kadang-kadang teperap dalam bilik siapkan kerja. Keluar pun bila lapar atau dahaga .

"Hannah." lelaki itu tersenyum padanya.

"Asyraf," Mata Hannah melilau mencari susuk tubuh isteri Asyraf.

"Hannah buat apa kat sini?" Hannah sudah gelisah. Sejak akhir-akhir ini kerap pulak dia bertemu dengan Asyraf. Jangan-jangan dia ikut aku tak. Tapi untuk apa? Dia dah bini kut.

"Saya off hari ni. So saya jalan-jalan cari barang."

"Kalau macam tu kita pergi sekali la." Hannah jadi serba salah.

"Saya bukan tak nak tapi ..."

"Awak nak takut apa? Kita bukan buat apa-apa pun. Beli barang je" Nak tak nak Hannah terpaksa berjalan bersama Asyraf. Agak-agak kalau bini Asyraf nampak boleh perang dunia kedua tak. Ni kalau Fateh tau mau ke ceramah plus tazkirah empat hari berturut-turut. Engkau memang cari punca la Hannah.

"Kenapa tak makan? Tak sedap hmm? Nak saya tukar yang lain?" Asyraf baru saya ingin membuat pesanan namun sempat dihalang oleh Hannah.

"Saya kenyang lagi." suapan Asyraf terhenti.

"Saya kenal awak bukan seminggu lepas Hannah. Makan la sikit. Tak baik tau, makan dah sedia depan mata tak jamah." Hannah menyuap nasi kedalam mulut. Asyraf tersenyum sambil berkata "Macam tu la sayang saya." Hannah nasi terasa berpasir. Dulu sebelum berkahwin Asyraf berkata begitu mungkin hatinya berbunga tapi sekarang dia rasa geli-geleman.

"Badan awak nampak susut. Awak sakit ?" Asyraf nampak sedikit tidak terurus. Nampak selekah jika nak dibandingkan dengan dulu.

"Mungkin ini balasan saya dapat bila saya tinggalkan awak dengan janji-janji kosong." Asyraf tersenyum pahit.

"Benda lepas Asyraf. Saya dah malas nak ingat. Lagipun masing-masing dah ada pasangan. Saya percaya takdir Allah."Asyraf memandang Hannah.

"Tapi saya tak boleh lupa setiap kenangan kita. Sumpah demi Allah Hannah saya sayang cintakan awak. Saya tak bahagia dengan Farrah. Tapi saya tersepit Hannah. Umi wanita pertama saya kenal tak mungkin saya menolak kehendak dia. Dan awak cinta pertama saya, saya tidak niat nak kecewakan awak. Saya tak ada pilihan." Hannah kaget Asyraf meluahkan perasaan.

"Awak kena terima kenyataan Asyraf, yang kita tak akan mungkin akan bersama. Belajar reda awak. Terima apa yang Allah berikan untuk kita." terbit rasa kesian dihati apabila melihat lelaki dihadapannya ini.

"Awak boleh mintak cerai Hannah. Saya janji kalau awak dah cerai saya lepaskan Farrah. Lepas tu kita bina keluarga baru macam kita impikan dulu." Hannah mengucap panjang.

"Ya allah, Asyraf! Awak sedar tak apa yang awak cakap. Ini bukan caranya. Belajar terima kenyataan. Awak kena move on Asyraf. Saya nak balik." tangan Hannah sempat diraih. "Asyraf please lepaskan."

"Tolong la Hannah bagi saya peluang." rayu Asyraf. Orang disekeling memerhati apa yang terjadi. Wajah Hannah sudah merona merah.

"Apahal bro pegang-pegang tangan bini orang." Fateh berdiri dihadapan Asyraf.

"Sebelum kau dapat dia.Dia pernah jadi hak aku." Fateh tersenyum sinis.Hannah menarik Fateh. "Dah la jom balik."

"Hari kau boleh lepas. Lain kali aku nampak kau kacau bini aku nahas aku kerjakan kau."

Wajah Fateh ketat. Fateh hanya diam tanpa suara. Meraka sampai perkarangan rumah. Fateh membuka pintu rumah.
"Kau marah aku?" renungan tajam menikam ke anak mata Hannah.

"Kau rasa aku suka?Dah berapa kali aku pesan jaga tingkah laku sebagai seorang isteri. Susah sangat kau nak dengar cakap aku? Kau sedar yang kau keluar tu dengan laki orang. Itu mujur aku nampak. Kalau orang lain macam mana?" marah Fateh

"Aku mintak maaf. Kita orang tersempak bukan berjanji pun." rasa gerun melihat Fateh tengah marah.

"Lepas ni aku tak izin kau keluar dengan siapa tanpa pengetahuan aku. Lepas ni nak beli barang pergi dengan aku.Paham!" Fateh masuk ke bilik. Pintu sengaja dihempas dengan kuat.

Hannah ternampak Fateh disinki sambil membasuh pinggan. Tubuh lelaki itu dipeluk erat dari belakang.

"Sorry la pasal tadi. Apa yang kau nampak tadi semua kebetulan. Aku janji lepas ni takkan jadi dah benda-benda macam ni. Jangan marah macam tadi. Aku takut." Fateh tersenyum. Hilang rasa marahnya. Fateh meleraikan pelukkan Hannah. Dia berjalan menuju ke biliknya namun di halang. Segaja Fateh nak uji Hannah. Sejauh mana Hannah ingin memujuknya.

"Jangan la layan aku macam ni. Aku dah mintak maaf tadi. Fateh ... pandang la aku." Hannah buat suara manja.

"Aku banyak kerja la Hannah. Dah tepi." Fateh menolak lembut badan Hannah.

"Hisy, tak nak." Tubuh Fateh dipeluk. Pipi Fateh dicium. Tergamam Fateh. Apasal malam ni Hannah lain macam dari selalu.

"Aku sayang kau.Selain arwah mama, kau je yang paham aku. Aku mintak maaf, ya salah aku. Aku tak patut makan dengan dia. Aku janji lepas ni aku makan dengan kau ja. Senyum la sikit jangan buat muka macam tu." akhirnya Fateh tersenyum.

"Lepas ni kalau aku nampak kau keluar lagi dengan mamat sekeping tu. Kau hantar aku balik rumah umi. Aku tak nak kawan dengan kau." Hannah tergelak melihat perangai Fateh kebudak- budakkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience