Bab 6

Romance Completed 4289

Mulut Hannah mucung kalah itik. "Hannah tak kira Hannah nak tinggal dekat rumah arwah mama. Hannah tak nak tinggal dekat rumah papa." suasana menjadi tegang bila Hannah berkeras dengan keputusannya. Asyraf hanya menjadi pemerhati berbalah antara dua beradik.

"Habis papa macam mana? Hannah tak kesian dengan papa?" Hannah senyum sinis.

"Tu mak cik ada anak kesayangan papa ada. Kalau papa kesian kita dulu. Benda macam ni tak jadi. Apa pun jadi Hannah tetap nak pindah hujung minggu ni." Hannah bangun meninggalkan abangnya. Haikal menggeleng kepala. Keras kepala.

"Hannah tunggu." Asyraf berjalan mendekati Hannah. Matanya merenung tepat ke anak mata Hannah.

"Saya tak tahu apa yang awak rasa. Mungkin saya takkan faham apa yang awak rasa. Kadang-kadang kita rasa apa benda kita buat, kita cakap tu betul. Tapi pada hakikatnya lain dari pandangan orang. Cukup-cukup Hannah, berbaik dengan papa dan mak cik. Sampai bila nak perang dingin macam ni. Macam mana pun itu papa awak dan mak cik Dian mama tiri awak. Belajar terima hakikat Hannah." dadanya berombak. Kenapa Asyraf bersikip begini. Tidak cuba memahami dia.

"Yang awak nak sokong dia orang kenapa? Kalau awak tak nak tolong saya. Saya boleh sendiri."

"Nurin Hannah Binti Rizal.Ini bukan masalah sokong siapa Hannah. Saya tak nak awak hidup dalam keadaan menyesal. Awak ingat papa awak tak rasa apa-apa dengan apa yang jadi. Setiap manusia akan, pernah, sentiasa buat salah dalam keadaan sedar atau tak. Belajar maafkan setiap orang yang pernah buat salah dengan kita jangan letak ego tu tinggi melangit. Allah boleh ampunkan setiap dosa hamba hamba Dia. Kita ni sehina hina hamba tak nak maafkan orang lain kenapa? Saya tau awak anak yang baik.Maafkan papa awak. Berbaik la sayang, mesti arwah mama awak happy." Asyraf cuba memberi nasihat. Dia juga tidak mahu menggunakan ayat yang mengguris hati Hannah.

Hannah membawa bagasinya turun. Biar la dia sendirian buat masa sekarang. Dia perlu cari ketenangan.

"Hannah nak pergi mana bawa beg besar-besar ni?" Hannah hanya diam. Pertanyaan Puan Dian di biar ibarat debu di bawa angin.

"Hannah nak pergi mana ni?" Tuan Rizal memandang Hannah.

"Hannah nak balik rumah mama. Kebetulan Hannah dapat praktikal area sana. Lagipun kalau duduk sini habis barang Hannah rosak lagi." Hannah segaja memerli Puan Dian.

"Aunty Dian minta maaf bagi pihak Faris. Aunty cuai tak jaga Faris dengan baik. Aunty janji, aunty akan jaga Faris. Jangan pindah ya." Puan Dian cuba memujuk Hannah. Serba salah di buatnya. Dia tidak mahu di sebabkan Dia dan Faris keadaan keluarga ini makin keruh.

"Biar ja la dia pergi aunty.Dia rasa dia dah cukup besar. Papa, elaun bulan-bulan dia tak yah kasi. Biar dia rasa susah sikit. Cakap orang tak nak dengar langsung. Degil." Marah Haikal. Hannah malas ambik pusing. Begnya dimasukkan ke dalam kereta. Tuan Rizal tidak berkata apa. Dia masuk ke dalam rumah. Dia tidak pernah salahkan Hannah bersikap begini. Semua salah dia. Tidak mendidik dengan betul. Maafkan abang, Pah. Abang banyak buat salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience