"Kita pergi klinik?" Hannah menggeleng. "Tapi awak tak sihat ni. Dahi awak panas."
"Saya cakap tak nak. Tak nak la. Hantar saya balik." Asyraf sudah masak benar dengan perangai Hannah. Keras kepala. Degil.
"Assalamualikum, pak cik." Asyraf bersalam dengan Tuan Rizal. Hannah berjalan masuk ke dalam rumah tanpa hiraukan papanya. Asyraf menggeleng kepala. Bila agaknya nak berubah ni Hannah.
"Waalaikummusalam. Kenapa dengan Hannah? Eh mari jemput la masuk."
"Dia tak sihat. Demam katanya. Saya ambik dia dekat kolej. Tak apa la pak cik. Mungkin lain kali. Saya balik dulu." Asyraf baru nak bersalam dengan Tuan Rizal. Tiba tiba terdengar Hannah menjerit.
"Allah. Dah kenapa pula tu." Tuan Rizal berlari masuk ke dalam rumah Asyraf juga ikut bersama.
"Cik Hannah tak ada apa. Cuma tekanan darah dia rendah. Kami terpaksa tahan di wad sebab suhu badan dia terlalu tinggi. Buat masa sekarang biar dia berehat dulu."
"Pak cik balik dulu. Tak apa hari ni saya jaga Hannah."
"Bukan kamu nak pergi Singapura malam ni." Bukan apa dia tak mahu susahkan Asyraf.
"Tak apa pak cik kebetulan client saya, flight delay. Besok pagi saya baru pergi."
"Terima kasih ya Asyraf. Pak cik balik dulu."
Hannah bukak mata. Mata terasa kabur. Kepala berpinar.Tangan terasa sakit. Macam mana aku boleh ada dekat hospital. Disisi katil Asyraf sedang lena di ulik mimpi. Kepala Asyraf di usap. Asyraf terjaga.
"Sayang."
"Awak buat apa kat sini? Bukan awak cakap nak pergi Singapura?" Asyraf menatap wajah Hannah.
"Macam saya nak pergi kalau sayang saya terbaring macam ni. Saya tak sampai hati nak tinggal awak. Saya risau tengok keadaan awak. Apa yang dikatakan kepada Tuan Rizal hanya tipu belaka. Teruk juga dia kena marah dengan bos semalam sebab delay pergi Singapura.
"Awak tahu kan tu projek besar kita. Saya percayakan awak Asyraf. Kalau client cancel projek kita. Awak bertanggungjawab." Dia tidak kisah lagi tentang harta dunia. Bagi dia Hannah lebih penting. Wanita dihadapan ini dia cinta.
"Saya Ok. Demam sikit ja.Jangan risau. Saya rasa bersalah sangat. Sorry susahkan awak."Asyraf menggeleng kepala.
"Tak ada yang susah untuk sayang saya." Asyraf tersenyum manis. Hari hari macam ni sakit selalu pun tak apa. Gatal kau Hannah.
Fateh tergesa-gesa balik Selangor. Terkejut dia buatnya Hannah masuk hospital.Fateh menolak pintu wad yang tertera nama Hannah. Terdengar esakkan kecil. Takkan hospital ni berhantu.
"Hannah?" panggil Fateh. Apahal si debab ni.Kena rasuk ke apa.
"Fateh."
"Allah." terkejut dibuatnya. "Kau pehal dengan rambut berserabai. Menangis malam malam buta ni?"Fateh betulkan rambut Hannah.
Assignment aku. Toyol tu dah delete. Macam mana ni? benda tu kena submit Ahad ni. Kalau tak aku tak boleh pergi LI." Fateh garu kepala.
"Toyol? Toyol apa ? Apa kau merepek ni?" Hannah tepuk dahi.
"Anak mak cik bini bapak aku tu la. Anak dia delete habis assigment aku, habis khazanah aku dalam lappy dia format. Aku dah la tak buat backup. Sebab dia aku masuk hospital." Masa Asyraf hantar dia balik sungguh dia letih naik ke bilik pintu terbuka. Rasanya dia sudah kunci pintu pagi tadi. Masuk sahaja didalam bilik mahu terbuntang biji mata dia Faris segeh nampak gigi tiada didepan. Faris usik barangnya. Itu yang dia jerit tahu-tahu sudah ada di hospital.
"Budak budak biasa la tu. Kau pun satu dah tahu ada budak kat cuba simpan elok-elok. Ini tidak biar. Buat je la lain." Hannah terasa seperti mahu menangis. Kenapa Fateh perlu bela dia. Fateh tak ubah seperti papa. Hatinya sebak. Hannah merebah badan.Hannah mengalih posisi mengiring membelakangi Fateh. Hannah menangis.
Perasaan bersalah mula menghimpit hati. Fateh menggigit bibir. Kau ni pun Fateh cakap ikut sedap mulut dah la si Hannah tak sihat.
"Kau tu dah la buruk, kalau nangis lagi buruk. Nanti aku tolong kau. Dah mari makan. Umi bakalkan bubur ayam untuk kau. Tapi sejuk la sikit." Hannah hanya menggeraskan diri.
"Cepat la bangun.Tak payah buat buat pekak. Takkan nak tarik kau baru nak makan." terus Hannah bangun. Fateh menarik meja. Bekas yang di beri oleh umi diletakkan atas meja. Fateh mengikat rambut Hannah.
"Makan tu cuba pelan-pelan.Gelojoh kau ni dengan comot." Fateh mengelap bibir Hannah. Entah mengapa Hannah rasa lain macam bila Fateh melayannya begitu. Tetiba terasa ada banyak mini love. haha
Share this novel