Bab 16

Romance Completed 4289

Sudah seminggu panggilan telifon serta whatsapp Fateh tidak dijawab selepas pulang dari JB. Hannah buntu mencari jawapan. Dari kawan masa kecik, bila dah besar nak jadi suami. Tinggal sebumbung, tidur sebantal. Oh tidak, macam aku nak hadap semua tu. Gila, boleh gila aku di buatnya. Hmm tak logik atau aku tengah mimpi sekarang.

"Apasal susah sangat nak angkat call? nak reply whatsapp?" marah Fateh. Datang-datang rumah orang nak marah-marah.

"Sorry la aku busy sikit?" Fateh senyum sinis.

"Orang lain pun busy. Siang malam kerja. Takkan tak boleh nak pick up kejap aku call. Ni mesti kes umi mintak kita kahwin kan? Kan umi dah cakap dia tak paksa. Jangan disebabkan hal ni kau buat aku macam ni."

"Kau kenapa nak ungkit hal hari tu? Aku cuma busy saja. Susah sangat kau nak faham aku?"

" Bukan aku nak ungkit tapi lepas kita balik dari JB kau langsung tak peduli aku. Kau cakap kita kawan. Tak apa kalau kerja tu penting dari persahabatan kita terpulang pada kau. Aku balik dulu." Hannah jadi serba salah.

"Fateh tunggu." Hannah menggetap bibir. "Hujung minggu ni kau suruh umi dan abah datang rumah, bincang hal kita." terus Hannah masuk ke dalam rumah tanpa memandang wajah Fateh. Hannah menampar mulut ya. Apasal boleh terlepas cakap. Semua spontan. Malunya. Kalau family Fateh tak datang macan mana .

Alhamdulillah Fateh dan Hannah selamat bertunang. Tempoh pertunangan mereka hanya tiga bulan. Papanya Hannah mahu melangsungkan perkawinan Haikal dan Hannah sekali gus. Hannah bagai tidak percaya dia sudah menjadi tunang kepada Fateh. Hatinya bagai tidak mahu menolak Fateh daripada menjadi bakal suaminya. Adakah dia mula jatuh cinta pada Fateh atau hanya sekadar mengubati luka dek kerana Asyraf sudah nikahi Farrah. Ah dia benar-benar buntu dengan keputusan yang dibuat.

Hannah hanya diam. Fateh hanya memandang Hannah berbaju kurung berwarna putih. Cantik. "Asal kau pandang aku macam tu?"

"Sebab cantik sangat hari ni." Hannah langsung tidak memandang wajah Fateh.

"Kau tak payah nak perli-perli aku." mereka berdua duduk dipondok ditepi kolam. Keluarga Fateh serta keluarga terdekat Hannah masih didalam sedang menjamu selera.

"La orang cakap betul-betul dia cakap kita perli."

"Dah la pergi balik. Semak la lama-lama kat sini." entah kenapa dia rasa tak senang duduk dan tiba-tiba naik segan. Nak pulak mata Fateh tak henti merenung Hannah.

"Sampai hati kau halau aku balik. Aku ni bakal suami kau tau." Eleh bakal baru bukan suami lagi.

"Assalamualaikum. Puas abang Mir dengan kak Mastura cari korang. (novel pertama: Dia Pilihan Hati) Oh berdating ya?" Hannah tersipu malu. Kashmir merupakan sepupu Hannah anak kepada mak ngah, adik papa Hannah.

"Waalaikummusalam. Lambat abang Mir datang. Kak Mastura tak datang?"

"Bie, awak tengok anak dara awak. Habis comot." Mastura mendekati Kashmir.

"Amboi kak Mas. Sweetnya dengan abang Mir." Mastura terserentak.Dia tidak perasaan Hannah dan Fateh. Hannah bersalam dengan Mastura.

"Nanti awak dah kahwin, awak tahu la. Ni ke tunang Hannah? Handsome orangnya sepadan dengan Hannah." Fateh hanya senyum.

"Kasim dan Karim tak datang ke kak Mas?" Segaja Hannah menukar topik.

"Tak, petang ni Kasim ada trainning bola sepak. Karim kem dekat sekolah." Hannah mengelap bibi Kareena. Comel. Putih gebu macam kak Mastura.

"Mir dengan Mastura jemput makan." panggil papa "Hannah ajak Fateh sekali makan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience