Bab 25

Romance Completed 4507

"Nanti aku balik kita keluar. Siap cantik cantik tau sayang." Entah kenapa Fateh begitu beriya mengajak dia keluar hari ni. Jangan-jangan Fateh nak kahwin lagi satu agaknya. Tapi kenapa suruh siap cantik cantik?Pelbagai persoalan timbul di benak fikirannya.

"Kau ni tutup mata aku bagai dengan kain pahal? Jangan cakap kau nak jual aku kat siam." sebelum menaiki kereta, Fateh meminta mata Hannah ditutup.

"Engkau ni sampai situ pula. Ok kita dah sampai. Tunggu kejap aku bukak pintu untuk kau. Jangan bukak lagi ikatan tali tu." Lain macam Fateh punya sweet.

"Rumah siapa ni Fateh?" Hannah memandang sekeliling rumah tersebut. Cantik. Ada pondok dan tepinya ada kolam ikan. Laman rumah muat untuk dua biji kereta.

"Rumah kita." Fateh menarik tangan masuk ke dalam rumah tersebut.

"Kau jangan main-main Fateh. Rumah siapa yang kau bawa aku datang sini?" Risau juga hatinya. Sungguh dia tidak tahu Fateh memiliki rumah.

"Betul ini rumah kita . Aku bukan tak nak tinggal dekat rumah arwah mama tapi aku nak kita hidup dalam rumah, yang aku sendiri usaha dari titik peluh aku. Selama ni aku sibuk kerja hujung minggu, aku datang sini. Kau pernah cakap aku berkira. Bukan aku berkira Hannah tapi aku tengah usaha siapkan rumah kita walaupun tak sebesar rumah papa kau. Kita sama-sama datang dari keluarga senang. Tapi tak bermakna kita boleh petik apa yang kita nak, aku tak suka meminta dengan umi dan abah. Aku akan usaha untuk senangkan kau dan anak-anak kita." Sumpah Hannah terharu. Dia tidak sangka. "Ada benda aku nak kau tahu." Fateh menarik nafas. Jantungnya dengup laju.

"Sebenarnya aku dah lama sukakan kau. Tapi aku tepis sebab aku tak nak hubungan persahabatan kita ada jurang. Aku tak nak kau jauh diri aku. Aku nak kau tau, yang aku sayang kau. Aku nak jadi suami yang terbaik untuk kau dan jadi ayah bertanggungjawab pada anak anak kita." Fateh mencium dahi Hannah agak lama. Pipi Hannah merah kemerahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience