"Kalau jadi apa-apa dekat isteri dan anak saya, keluarga auntie saya takkan lepaskan. Terutamnya Asyraf." Auntie Salma menangis teresak esak. Laporan polis sudah dibuat.
"Sabar Fateh. Macam ni puan. Apa kata puan balik dulu nanti apa berita saya inform dekat puan ya."
pujuk Tuan Rizal.
Hannah tersedar. Fateh tertidur disisi katil. Kepala Fateh diusap. Fateh terjaga.
"Sayang.." Hannah tersenyum.
"Kenapa abang tidur sini? Kenapa tak balik rumah hmm?" Fateh menatap wajah isterinya. Airmata Fateh mengalir.
"Macam mana abang nak balik sedang isteri abang dekat sini. Sayang tau tak, separuh mati abang rasa bila tau sayang masuk hospital. Kan abang pesan jangan pergi mana-mana. Kalau nak pergi jugak tunggu abang balik. Tak pun mintak sesiapa teman. Bahaya tau tak?Sayang tengah mengandung. Kalau jadi apa-apa macam mana." Hannah mengelap air mata Fateh. Tangan Fateh di cium.
"Hannah mintak maaf. Saya takda niat nak buat abang risau. Saya dah call abang whatsapp abang. Tapi abang tak reply. Saya tak sampai hati nak tolak permintaan mama Asyraf. Saya kesian dekat dia abang. Niat saya cuma nak tolong mana tahu bila dia tengok saya dia berubah sikit. Tapi saya tak sangka nak jadi macam ni."
"Buat sekarang abang tak izin kan sayang bercakap tentang dia. Abang nak sayang rehat secukupnya. Abang bersyukut sangat sayang dan baby selamat."
Selepas kejadian itu Asyraf di masukkan ke hospital sakit jiwa. Asyraf mengalami masalah mental. Tapi doctor cakap Asyraf masih mampu diubati. Semoga ada sinar kebahagian untuk awak. Saya yakin awak akan pulih seperti sediakala.
Alhamdulillah Hannah melahirkan sepasang anak kembar. Fateh sangat bahagia. Hannah bersyukur sangat dengan aturan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Tapi tak semestinya yang buruk ditakdirkan kita tak bermakna Allah benci kita. Sebaliknya ada hikmah yang Allah rencana untuk kita.Bersangka baik dengan pencipta. Insyallah hidup kita pun akan jadi lebih baik.
TAMAT.
Share this novel