Bab 17

Romance Completed 4507

Hari sudah lewat petang. Wajah Fateh langsung tidak kelihatan. Panggilan telifon tidak berangkat, whatssapp hanya satu tick. Pasti beteri handfon Fateh kehabisan. Sudah sejam Hannah menunggu Fateh. Hannah baru berkira-kira ingin pulang. Tiba-tiba Fateh muncul.

"Sorry lambat. Kereta rosak. Handfon pula beteri habis." Baju Fateh basah dek kerana hujan.

"Habis ni datang naik apa?" tisu di hulurkan pada Fateh. Hannah turut mengelap wajah Fateh. Wajah Fateh tampak berseri.

"Membe hantar. Kita cari baju baru dulu. Tak tahan sejuk." Hannah hanya mengangguk.

Selesai membeli barang perkahwinan. Hannah menghantar Fateh pulang.

"Balik nanti mandi kang demam pulak." Fateh tersegeh.

"Sayang juga eh kau dekat aku."

"Eh tak ada maknanya aku sayang kau. Kang kalau sakit kau susahkan aku. Kang tak pasal pasal aku kena bersanding sorang-sorang atas pelamin.Dah turun." Hannah tak pernah langsung nak bercakap baik dengan Fateh. Tapi Fateh sudah terbiasa dengan Hannah. Sikap mungkin nampak garang, tapi hakikatnya dia lebih kenal siapa Hannah.

Hari ni Hannah bersiap untuk pulang ke rumah papanya. Dia perlu membuat persiapan perkahwinan dia dan Haikal. Hannah hairan mengapa Fateh tidak menjawab callnya. Sudah tiga hari lelaki itu membisu.

"Eh, Hannah tak pergi hospital ke?" tanya Haikal. Hannah buat muka pelik.

"Siapa sakit?" setahu Hannah dia tidak mendapat khabar tentang sesiapa yang sakit.

"Fateh. Abang ingat kau pergi tengok dia." tanpa bersoal banyak. Hannah terus ke hospital. Kenapa Fateh tak bagi tahu yang dia masuk hospital.Haikal garu kepala tidak gatal apabila melihat Hannah kelam kabut keluar dari rumah.

Hannah melihat tubuh Fateh terbaring lesu. Wajah Fateh pucat. Hatinya risau melihat keadaan Fateh. Nampaknya tiada siapa diruangan ini.

"Assalamualaikum." Hannah menjawab salam sambil memandang wajah yang memberi salam.

"Awak siapa?" Syeera tersenyum. Syeera menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

"Saya Syeera kawan Fateh." Syeera? Kawan Fateh? sejak bila dia ada kawan nama Syeera? Kenapa aku tak pernah nampak dia sebelum ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience