Bab 1

Romance Completed 4289

Malam yang sunyi. Aku memandang telifon. Asyraf sudah seminggu diam. Tak call masej whatsapp. Dah berpuluh kali aku call whatsapp tapi tak berjawab.

Apa Asyraf sudah berubah hati terhadap dia? Tetiba terasa sedih dihati. Ya Allah, sungguh aku rindu dia.

"Hannah mari breakfast sekali." ajak Puan Dian merangkap ibu tiri Hannah.

"Tak apa la. Saya dah lambat nak ke kolej." Hannah bersikap digin terhadap Puan Dian. Baginya tiada siapa yang boleh ganti mama.

"Biar ja la dia. Jangan dilayan sangat perangai Hannah tu. Ni Faris dah bangun tidur belum?" tanya Tuan Rizal.

"Belum lagi. Semalam tidur lambat. Sibuk dengan mainan yang abang beli kan tu. Abang jangan di manjakan sangat si Faris tu. Saya tak nak tiap kali dia mintak apa-apa dia dapat." bukan apa dia tak mahu anaknya hidup dalam kemewahan.

"Tak apa la Dian. Abang dah lama tak merasa ada anak kecil. Sekarang Hannah dan Haikal dah besar. Haikal jauh di utara. Nak balik pun tunggu cuti. Hannah, semenjak mamanya meninggal dengan abang pun dah jarang bercakap. Bila dah berusia ni, abang nak luangkan masa dengan anak-anak. Tapi abang lupa anak anak abang dah dewasa. Ada jalan kehidupan sendiri. Mungkin begini agaknya perasaan arwah isteri abang dan anak anak bila abang sibuk kejar dunia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience