Bab 29

Romance Completed 4289

5 bulan kemudian.

Kandungan Hannah sudah masuk lima bulan lebih. Fateh menghadkan kerja yang perlu dibuat oleh Hannah. Kadang-kadang sampai merajuk Hannah dibuatnya sebab boring duduk saja. Tak boleh buat itu ini.

Alhamdulillah dalam tempoh lima bulan hubungan Hannah dan mama Dian makin baik. Fateh bersyukur sangat.

"Assamualaikum, ini Hannah ke?" Hannah agak pelik mendengar suara tidak di kenali.

"Waalaikummussalam. Ya saya. Boleh saya tau ni siapa."

"Ini mama Asyraf. Auntie Salma." Hannah terkesima sebentar.

"Oh, ada apa ya auntie call saya?" terdengar esakkan kecil dihujung sana.

"Boleh tak auntie nak jumpa Hannah harini? Auntie merayu dekat Hannah. Auntie harap Hannah datang rumah Auntie" Hannah bagai hilang kata-kata. Kebetulan petang ini memang dia tiada buat apa-apa. Fateh pula hari ni pergi Seremban. Mungkin malam baru balik.

"Petang nanti saya datang ke rumah auntie" Hannah tertanya-tanya mengapa mama Asyraf beriya nak bertemu dengannya.

"Alhamdulillah syukur. Nanti auntie hantar location. Auntie terhutang budi dengan Hannah. Terima kasih nak."

"Alhamdulillah. Terima kasih Hannah sudi datang ke rumah auntie." Hannah tersenyum manis.

"Tak ada apa auntie. Kebetulan saya tak ada buat apa apa pun kat rumah. Ada apa auntie nak jumpa saya?"
Puan Salma menarik nafas berat.

"Auntie tak tahu nak mula dari mana. Sebelum tu auntie nak mintak maaf sebab menghalang hubungan Hannah dan Asyraf." Hannah tersenyum

"Benda dah lepas auntie. Saya anggap itu semua takdir. Mungkin saya dan Asyraf tidak ditakdirkan bersama."

"Rasa bersalah tetap berselubung dekat hati auntie. Dua bulan lepas Asyraf dah bercerai dengan isterinya. Dari awal kahwin sampai sekarang hidup Asyraf tak terurus. Bekas isteri Asyraf ada cakap yang Asyraf hanya sayang dan cintakan Hannah seorang sahaja. Lepas kahwin sikap Asyraf banyak berubah. Dia dah jadi panas baran, pukul isteri. Kerja langsung tak pergi. Yang dia tahu berkurung dalam bilik. Auntie dah tak tahu nak buat macam mana dah." Puan Salma menangis. Agak terkejut dengan perubahan Asyraf yang begitu mendadak.

"Mama Asyraf lapar." sudah kedengaran suara Asyraf dari atas. Bunyi tapak kaki Asyraf menuruni anak tangga. Mata Asyraf terpandang susuk tubuh yang sangat dia rindui. Terus dia berlari untuk mendapatkan Hannah. Namun sempat ditahan oleh abang Asyraf yang kebetulan baru pulang dari kerja. Hannah jadi kaget. Kenapa Asyraf begini.

"Sayang, saya rindu awak." Asyraf terlalu agresif. Sukar untuk dikawal. Entah bagaimana tubuh terdorong ke belakang menyebab dia tidak dapat. mengimbangkan badan, Hannah terjatuh. Kepala terasa pening akhirnya dia pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience