Bab 23

Romance Completed 4507

Farrah duduk di depan meja solek sambil menyisir rambut. Asyraf keluar dari bilik air. Farrah mengerling ke arah Asyraf. Asyraf nampak senang hati. Farrah tidak mahu menyoal apa-apa.

"Besok pagi kita balik rumah umi. Malam besok rumah umi buat kenduri sikit." Asyraf mengelap rambut. Kain pelekat di sarung.

"Tak nak. I nak balik rumah mama." Asyraf memandang Farrah.

"U jangan nak mengada Farrah. I tak peduli apa pun alasan u. U tetap kena ikut i balik." Nada Asyraf tegas. Asyraf keluar dari balik. Farrah menghentak kaki. Dia tak suka pulang ke rumah mertua kerana semua birasnya pandai memasak.Pernah juga dia diperli oleh kakak Asyraf kerana tak pandai potong bawang.

"Assalamualaikum." Hannah bersalam dengan Haikal dan kak iparnya. Salamnya disahut.

"Hannah balik sorang ja? Fateh mana?" tanya papa.

"Entah dia. Kata ada kerja last minit." Patutnya Fateh mengikutnya pulang. Awal pagi tadi Fateh keluar tergesa-gesa katanya nak settle kerja.

"Pelik laki kau dik, weekend pun kerja." Hannah hanya buat tidak tahu. Dia paham maksud abangnya. Kak iparnya menampar lembut bila abangnya berkata sedemikian.

"Hujung minggu depan kita kena balik rumah mak tok. Mak tok cakap nak buat kenduri sikit. Dia harap kita semua dapat balik." kata papa.Puan Dian menuang air. Faris asyik bermain permainan yang baru dibeli oleh Haikal.

"Abang tak janji lagi papa. Sebab minggu depan abang kena pergi Nilai. Kalau sempat abang dengan Liayana balik kampung." Lama juga dia tidak pulang ke kampung semanjak arwah mama meninggal. Tapi ada ja dia bertanya khabar pada mak tok.

"Nanti Hannah bagitahu papa lain. Kalau ikut Hannah. Hannah free ja tapi tu la, takut Fateh busy dengan kerja."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience