BAB 4

Family Completed 22161

RAMADHAN kali ini, tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Salmah berbuka puasa bersama Liya dan Jamil. Liya beruntung kerana Jamil tidak banyak karenah. Apa sahaja yang Liya minta, dia akan turutkan selagi dia mampu untuk menunaikan.

Mereka bertiga duduk berbuka puasa di rumah Salmah kerana tidak berniaga. Suasana berbuka mereka tidak semeriah rumah orang lain tetapi sekurang-kurangnya Salmah tidak bersendirian.

"Jamil, makan la lagi, tambah nasi tu," suruh Salmah.

"Dah kenyang ni, ibu. Alhamdulillah. Nanti tak boleh nak sujud pula masa terawih," ujar Jamil. Dia bangun ke arah sinki untuk membasuh tangan.

Salmah juga bangun membuntuti Jamil ke sinki. Tinggal lah Liya yang masih lagi menikmati juadah berbuka puasa. Tergopoh-gapah dia makan kerana risau jika tidak sempat menunaikan solat maghrib.

Seusai sahaja menunaikan solat maghrib, mereka duduk di ruang tamu sementara menunggu azan isyak dan solat terawih di masjid yang berdekatan.

"Liya, cuba kamu tolong tengok telefon ibu ni, dah rosak agaknya," ujar Salmah.

Liya mencapai telefon bimbit yang dihulurkan kepadanya. "Kejap ek Liya tengok. Hurm okay jer la ibu. Tak rosak pun."

"Yer ker. Kamu cuba tengokkan bunyi pula, mungkin ibu tertutup bunyinya."

Liya melihat tetapan nada dering. Bunyi nada dering sudah ditetapkan ke bunyi paling maximum. "Ibu, ni bunyi paling kuat tau. Kenapa ibu?"

"Oh yer ker. Bukan apa, ibu ingatkan telefon ibu rosak sebab abang Farid dan abang Fariz kamu tak telefon ibu pun. Ibu tertunggu-tunggu la bila dia orang nak telefon ibu…"

Liya dan Jamil saling memandang. "Err dia orang sibuk kot ibu. Nanti dia orang telefon lah tu, ibu jangan la risau yer," ujar Liya.

"Hurm yer lah…"

Suara azan berkumandang di masjid memanggil umat Islam untuk menunaikan kewajiban kepada Yang Maha Esa. Mereka bergegas menapak ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat isyak dan solat sunat terawih.

BULAN ramadhan, Salmah sibuk menyiapkan juadah untuk dijual di bazar ramadhan dan Liya lah selalunya akan membantu Salmah menyediakan nasi campur dan segala kuih muih.

Jam 4 petang, mereka bersiap-siap untuk pergi ke bazar ramadhan. Jamil akan menghantar Salmah terlebih dahulu, selepas itu baru lah dia akan menghantar Liya pula.

"Sayang, semua dah siap ke?" soal Jamil yang sedang berdiri di sebelah keretanya.

"Ha ah. Dah siap. Abang tunggu kejap, Liya nak call abang Farid dan abang Fariz," ujar liya lalu membuka layar telefon. Skrin telefon ditekan beberapa kali. Terdengar suara di corong telefon.

"Hello. Assalamualaikum. Abang Fariz," ucap Liya.

"Waalaikumsalam. Yer. Ada apa Liya?"

"Abang Farid, tak balik ke puasa ni?" Liya menyoal lagi.

Soalan Liya tidak berbalas.

"Hello, abang Farid?" Liya kuatkan suaranya.

"Ha yer. Err abang sibuk lah nak siapkan assignment. Nanti lah kalau abang tak sibuk, abang balik."

Liya memandang wajah Jamil yang berada di sebelahnya. "Owh. Okay lah macam tu. Bye. Assalamualaikum." Liya menamatkan panggilan. "Liya nak call abang Fariz lah." Kata Liya pula. Skrin telefon ditekan lagi, kali ini nombor telefon Fariz yang dicari. "Hello…"

"Hurm ada apa?" soal Fariz sebaik sahaja menjawab panggilan.

"Abang Fariz tak balik sambut puasa ke?"

"Tak, aku sibuk nak siapkan assignment aku. Dah la. Bye."

Tut tut tut.

Panggilan dimatikan.

Liya terkesima. Dia mendengus kasar.

"Kenapa?" tanya Jamil apabila melihat Liya hanya diam sahaja.

"Dua-dua taknak balik. Sibuk katanya. Kesian ibu, susah betul nak kumpul ramai-ramai kan…"

Jamil menggenggam jemari Liya. "Takpa lah dah dia orang sibuk. Kita kan ada boleh temankan ibu. Jom lah kita pergi, nanti lewat pula."

Liya melemparkan senyuman hambar. Dia merasa kecewa dengan sikap kedua-dua abangnya. "Hurm jom lah."

Perlahan-lahan kereta Jamil meninggalkan halaman rumah. Bazar ramadhan menjadi tujuan mereka.

Hari ini, nasib tidak menyebelahi Salmah, kuih-muih yang dijual tidak habis seperti selalu. Banyak kuih-muih yang dibawa pulang. Ada yang dimakan sendiri, ada pula yang di sedekahkan kepada jiran.

"Hurm nampaknya tak laku lah kuih kita hari ni," ujar Liya sambil meletakkan kuih ke dalam pinggan.

"Takpa lah Liya, dah rezeki kita setakat ni jer. Alhamdulillah cukup lah ni," kata Salmah pula.

"Yer lah ibu. Insyaallah esok mesti banyak yang terjual kan. Err ibu, tadi Liya call abang Farid dan abang Fariz, dia orang kata dia orang sibuk, tak dapat nak balik."

"Owh yer ker. Hurm tak apa lah. Nak buat macam mana kan. Liya, nanti kutip semua basuh yer. Ibu nak masuk dalam bilik kejap…" Salmah berlalu ke biliknya.

Liya menatap sayu ibunya itu. Mungkin dia terlepas kata, tanpa sengaja membuat ibunya terasa hati.

Salmah masuk ke dalam bilik lalu duduk di birai katil. Air mata mengalir tanpa dipaksa. Gambar perkahwinan dia dan arwah yang berada di sisi meja di ambil dan diusap perlahan.

"Abang, apa khabar abang kat sana? Sal rindu abang…" ujarnya lalu menyeka air mata dengan hujung jari. "Abang tahu, anak-anak kita dah besar, dah tak macam dulu. Sekarang semua bawa haluan masing-masing, bagi mereka saya ni dah tak penting." Tangisannya semakin kuat kedengaran. Dia berbaring di atas katil sambil memeluk bingkai gambar tersebut.

Kereta Jamil masuk ke perkarangan rumah perlahan-lahan. Liya sudah menanti di pintu dapur sambil melambai ke arah Jamil yang berada di dalam kereta.

"Sayang, jom balik."

"Err abang, kalau hari ni Liya tidur kat sini boleh?"

"Hurm kenapa? Ibu tak sihat ke?" soal Jamil terkejut.

"Ibu tu macam tak sihat jer. Tadi Liya ada cakap pasal err abang Farid dengan abang Fariz."

"Lahh kenapa yang sayang cakap pasal dia orang. Mesti ibu terasa tu," ujar Jamil sambil menggaru kepalanya.

"Hurm Liya mana tahu."

"Takpa lah, Liya temankan ibu lah malam ni."

"Liya bungkuskan lauk untuk abang yer. Nanti balik abang panaskan jer." Liya memegang jemari Jamil. "Terima kasih tau selalu faham Liya…"

Jamil mengusap kepala Liya. "Takpa lah Liya. Ibu tu tinggal sorang, risau kalau jadi apa-apa. Lagi pun kita berdua ni cuma ada ibu jer kat dunia ni, tak salah berbakti dengan orang tua."

"Terima kasih abang. Jom kita masuk ambik lauk."

"Terima kasih jer, takda hadiah lain ke?" tanya Jamil yang masih berdiri kaku.

"Hadiah apa?" Liya mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan kata-kata Jamil.

Jamil menunjuk ke pipinya sambil tersenyum.

"Isk abang ni. Malu lah kalau orang tengok. Jom lah masuk dalam." Liya berjalan laju sambil tersenyum.

Jamil hanya ketawa melihat gelagat Liya yang malu-malu kucing. Dia membuntuti Liya masuk ke dalam rumah.

Salmah yang berada di dalam bilik secara tidak sengaja terdengar perbualan anak dan menantunya itu. Dia bersyukur kerana Liya di jodohkan dengan Jamil walaupun jarak umur antara Jamil dan Liya ialah 10 tahun. Dapat lah juga Jamil menjaga Liya apabila dia semakin uzur nanti.

SEMINGGU lagi bulan ramadhan akan berakhir. Farid pulang ke kampung kerana ingin meraikan hari raya bersama Salmah dan adiknya, Liya. Fariz masih diam tanpa sebarang berita.

"Ibu, raya ni kita nak masak apa?" soal Fariz yang duduk di sebelah Salmah.

"Kita buat ketupat dan rendang la. Farid suka kan?"

"Suka suka. Sedapnya ibu. Dah lama Farid tak makan masakan ibu." Ujar Farid sambil tersenyum.

"Kalau suka nanti makan banyak-banyak yer. Kamu cuti berapa hari ni?" soal Salmah pula. Dia melabuh duduk di atas kerusi di sebelah Farid.

"Err lepas raya Farid dah nak kena balik kampus. Hurm ibu, Farid ada benda nak cakap sikit." Farid menunduk. Tidak berani menatap wajah ibunya.

"Kenapa ni?" soal Salmah. Sayur kangkung yang berada di atas meja di letakkan ke tepi.

"Err Farid err Farid…"

"Kenapa ni?"

"Farid err nak kahwin." Beritahu Farid takut-takut.

"Kahwin? Dengan siapa?" Air muka Salmah mula berubah.

Farid melarikan pandangan. Risau jika ibunya melenting. "Farid nak kahwin dengan anak bos tempat Farid praktikal hari tu."

"Dengan anak datuk tu ke?" tanya Salmah perlahan.

"Ha ah. Dengan anak Datuk Ridwan. Err Farid nak beritahu ibu sebab tu Farid balik."

"Kalau bukan sebab ni kamu memang taknak balik jumpa ibu ke?" Salmah menunduk. Air mata mula bertakung.

"Err bukan lah ibu. Farid memang balik sebab nak jumpa ibu dan nak beritahu berita gembira ni sekali. Ibu jangan la risau, Farid takkan minta duit ibu. Nanti Farid usahakan. Lagi pun datuk tak mintak belanja tinggi pun, Farid pun dah cari kerja, mungkin lepas ni Farid jarang-jarang balik kampung," Panjang lebar Farid terangkan kepada Salmah. Bersungguh-sungguh dia menyakinkan Salmah supaya ibunya itu tidak berkecil hati.

"Ikut kamu lah Farid, kamu dah besar. Kamu dah boleh buat keputusan sendiri. Cuma ibu harap sangat kamu boleh habiskan pelajaran kamu. Ibu nak tengok kamu berjaya."

"Ibu jangan la risau, Farid tetap akan habiskan pengajian Farid kat universiti tu. Farid takkan hampakan ibu." Kata Farid lagi.

"Hurm siapa nama bakal isteri kamu?"

"Nama dia Anita, ibu. Farid tunjukkan gambar dia." Farid mengeluarkan telefon bimbit di dalam poket seluarnya. "Ni bakal menantu ibu, cantik kan?"

"Alhamdulillah. Cantiknya bakal menantu ibu ni. Bertuah anak ibu." Ujar Salmah sambil mengusap bahu Farid perlahan.

"Hehehe tu lah. Beruntung Farid sebab anak datuk sukakan Farid ni."

"Okay lah tu Farid err tapi dia orang tahu ke yang keluarga kita ni tak kaya? Risau juga ibu nanti tiba-tiba tak biasa nak pergi rumah orang kaya ni…"

Farid ketawa selepas mendengar kata-kata ibunya. "Haha ibu ni, Farid dah cerita semuanya. Datuk dan datin okay jer lah ibu. Dia orang pun tak kisah."

"Yer ker. Syukur kalau dah begitu. Ibu doakan Farid dimudahkan urusan dan bahagia dengan pilihan Farid. Jangan risaukan ibu kat sini…"

"Yer ibu. Terima kasih."

Salmah meneruskan kerjanya semula. Jauh di sudut hati Salmah merasa terkilan dengan keputusan Farid yang ketepikan dia dalam membuat keputusan terbesar dalam hidupnya. Mungkin itu lah pilihan yang terbaik untuk Farid. Dalam senyuman, terselit rasa sedih seorang ibu yang tidak dapat di ceritakan kepada anak-anak mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience