BAB 10

Family Completed 22164

"LIYA, owh Liya…" panggil Fariz kuat.

Liya membulatkan matanya dan mulutnya ternganga sebaik sahaja melihat Fariz yang sedang berdiri di hadapan rumahnya sambil berpeluk tubuh. Dia bersandar pada sebuah kereta jenama Honda yang kelihatan agak mewah.

"Eh abang Fariz, bila abang balik?" tanya Liya sambil mendekati Fariz.

Cermin mata hitam jenama Ray Ban itu ditanggalkan. "Baru jer. Ibu pergi mana?"

"Ibu pergi rumah abang Farid. Abang Fariz lupa lah tu Liya dah beritahu hari tu. Err ni ke kereta yang abang Fariz nak beli hari tu?"

"Ha ah, lawa tak. Orang macam aku jer yang mampu pakai kereta ni." Katanya dengan bangga. "Ni err laki kau mana?" soalnya pula.

Liya menjuihkan bibir. Merasa loya dengan kata-kata Fariz. "Abang Jamil kat kilang dia lah. Kenapa?"

"Takda apa, saja jer aku tanya. Hurm Liya, err Liya, kau err kau ada duit lebih tak? Meh aku nak pinjam seribu?"

"Seribu?" soal Liya dengan mulut yang melopong.

"Ya lah. Kau ada tak?"

Kening Liya berkerut. "Liya mana ada banyak tu, abang. Liya pun hidup menumpang abang Jamil jer. Abang nak buat apa duit banyak tu?"

"Kau ni banyak tanya lah Liya. Takpa ar…" balasnya. Farid masuk ke dalam perut kereta dan meninggalkan Liya yang terpinga-pinga.

Liya mengaru kepalanya sambil bercekak pinggang. "Apa lah dia ni. Pelik perangai. Tadi berlagak sangat tapi nak pinjam duit aku pula. Isk isk isk…" katanya sambil menggelengkan kepalanya.

Fari memandu keretanya ke arah kilang kerepek Jamil yang berada di hujung kampung. Dia memberhentikan keretanya di luar pagar kilang dan menapak masuk ke dalam kawasan kilang. Dia menuju ke pejabat Jamil setelah diberitahu oleh pengawal keselamatan yang berada di pondok pengawal sebentar tadi.

Tok Tok Tok

"Masuk…" suruh Jamil tanpa memandang wajah Fariz.

Fariz perlahan-lahan masuk ke dalam bilik pejabat Jamil dan melabuh duduk di hadapannya sambil menyilangkan kaki kanannya di atas kaki kiri.

Jamil mengangkat wajahnya. "Eh, Fariz. Sorry la aku tak perasan." Jamil bangun dan menghulurkan tangannya kepada Fariz. "Bila kau balik, aku tak tahu pun," soal Jamil sambil tersenyum.

"Baru jer tadi. Aku pergi rumah ibu tapi takda orang. Lepas tu aku pergi pula rumah kau, Liya kata ibu pergi rumah Farid. Tu yang aku datang sini…"

"Yer, ibu pergi rumah Farid. Lama jugak ibu kat sana. Jadi, kenapa kau nak jumpa aku? Ada apa-apa ke yang aku boleh tolong?" tanya Jamil seperti dapat bau sesuatu.

Fariz menanggalkan cermin mata hitam itu dan sangkut pada leher bajunya. "Hurm aku nak err kalau kau boleh tolong la. Aku…aku…" katanya teragak-agak.

"Kenapa ni? Takpa kalau aku boleh tolong, insyaallah aku tolong. Jangan segan-segan," kata Jamil dengan tenang.

"Macam ni, aku nak hurm nak pinjam duit kau. Tak banyak pun, seribu jer…"

"Seribu? Kau nak buat apa?" soal Jamil terkejut.

Fariz mengetuk meja dengan jari telunjuknya. "Aku nak bayar hutang. Kalau aku tak bayar hujung minggu ni, habislah aku, kereta aku kena tarik nanti."

"Hurm, aku boleh jer nak tolong kau tapi kalau boleh kau rajin-rajin la balik jenguk ibu. Kasian ibu asyik tanya pasal kau. Kita cuma ada ibu sorang jer, takkan nak tunggu ibu takda baru nak buat baik, dah tak guna dah masa tu," nasihat Jamil panjang lebar.

Fariz mendengus geram. "Aku tahu lah. Kau ni nak tolong aku ke taknak? Kalau taknak takpa lah," katanya lantas berdiri memalingkan wajahnya.

"Eh, Fariz. Kejap lah." Jamil mengeluarkan wang kertas bernilai RM100.00 sebanyak enam keping dan RM50.00 pula sebanyak empat keping. "Ni jer yang aku mampu tolong kau…"

Fariz berpaling dan mengambil wang tersebut. "Okay, terima kasih. Nanti aku bayar," katanya lalu keluar daripada bilik pejabat Jamil.

Jamil hanya mampu menggeleng melihat gelagat Fariz. Ikutkan hatinya, dia tidak mahu membantu abang iparnya itu tetapi apabila terkenangkan kebaikan arwah Pak Andak dan Salmah, dia tetap membantu Fariz.

Jamil pulang ke rumah selepas selesaikan semua tugasnya di kilang kerepek. Kereta yang dipandu di letakkan di halaman rumah.

"Assalamualaikum…" ucapnya lalu bertenggek di atas buaian di laman rumah.

"Waalaikumsalam. Abang…" Liya bersalam dengan Jamil lalu melabuh duduk di sebelah suaminya. "Kenapa ni?" tanya Liya apabila melihat wajah Jamil yang muram.

"Takda apa. Abang cuma risaukan ibu kat rumah Farid tu. Dah lama kan kita tak pergi rumah dia."

"Hurm tu lah. Liya pun tak tahu lah abang, cuma Liya rasa tak sedap hati sejak ibu pergi sana. Baik ke layanan dia orang dengan ibu tu, entah-entah dia orang buat ibu cam orang gaji jer," tutur Liya dengan wajah yang muram. "Tadi abang Fariz pergi jumpa abang tak?"

Jamil menghembuskan nafas agak kuat. "Entah lah, Liya. Abang pun risau juga ni. Dia orang pun dah lama tak call kita kan. Hurm ada tadi…"

"Kenapa? Dia nak pinjam duit kan?"

"Hurm,"

"Abang bagi ek? Hurm tu lah yang buat Liya risau. Abang Fariz tu tak habis-habis nak pinjam duit. Abang Farid pula, entah la dia boleh jaga ibu ke tak…"

"Takpa lah Liya, dah Fariz tu terdesak. Hurm nanti kita pergi jenguk ibu. Liya jangan risau sangat, tak baik untuk baby dalam perut ni," ujarnya sambil mengusap perut Liya yang masih lagi ramping sementelah usia kandungan yang baru berusia 3 bulan.

Liya ketawa mengejek apabila perutnya diusap. "Abang jangan la, Liya geli la…"

"Nak pegang sikit pun tak boleh ke. Apa lah mak awak ni baby," kata Jamil sambil ketawa.

Liya melentokkan kepalanya di atas bahu Jamil. "Abang, Liya rindukan ibu. Apa agaknya ibu buat kat sana yer?"

"Hurm, insyaallah ibu okay jer kat sana. Kita doakan yang baik-baik jer untuk ibu…" balas Jamil perlahan.

ANISA menahan geram melihat baju yang baru sahaja dibeli telah pun terkoyak terkena seterika panas. Mahu sahaja dia tangan-tangankan Salmah tetapi dia tidak mahu berlaku pergaduhan antara dia dan Farid nanti. Anisa mendengus kasar sambil mengerling Salmah yang sedang tertunduk.

"Maafkan ibu, Nisa. Ibu tak sengaja." Kata Salmah takut-takut.

"Nisa baru jer beli baju ni tau, tak sempat lagi nak pakai pun. Ni macam mana dah terkoyak, ibu ada duit ke nak bayar ganti rugi baju Nisa ni?"

"Ibu minta maaf, ibu tak sengaja." Rayunya lagi.

"Aaahhh banyak la kau punya minta maaf. Baju ni mahal tahu tak? Nampak ni dah terkoyak."

Nisa mengibas-ngibas bajunya di hadapan wajah Salmah. Salmah hanya mampu tertunduk.

"Nanti ibu bayar ganti rugi baju kamu."

"Banyak sangat ke duit ibu tu, rasanya nak beli sayur pun tak mampu. Ibu tahu tak baju ni jenama mahal tau, orang kaya macam kami jer yang mampu beli. Orang miskin cam ibu tu memang takkan mampu sampai bila-bila. Sekarang, ibu tengok ni dah berlubang macam ni, ibu rasa boleh lagi ke Nisa nak pakai? Memang tak boleh lah jawabnya!" Tengking Anisa kuat. Baju yang dipegang dilemparkan ke wajah Salmah.

Salmah terkejut dengan perbuatan Anisa. Dia mengangkat wajahnya merenung wajah Anisa. "Sampai hati Nisa kata ibu macam tu. Ibu ni mentua Nisa tau. Sama taraf dengan mama Nisa."

"Nisa tak kisah lah. Bagi Nisa, ibu tu bukan ibu Nisa. Mama sorang jer mama Nisa kat dunia ni. Kalau bukan disebabkan Farid tu, Nisa tak hingin lah nak panggil kau tu ibu!" kata Nisa lagi.

"Ya Allah. Sampai hati Nisa kata macam tu. Apa salah ibu pada Nisa? Hanya sebab baju ni, Nisa sanggup hina ibu."

"Whatever!"

Farid yang baru sahaja pulang daripada kampus terkejut melihat Salmah yang sedang menangis teresak-esak.

"Kenapa ni? Ibu? You, why?" soal Farid sambil melihat wajah Salmah dan Anisa silih berganti.

"Hurm you tengok la baju I ni, ibu mengaja koyakkan baju I. I baru jer beli. Dah la mahal. I tahu ibu sengaja sebab dia marahkan I tak tolong dia kat dapur…" tutur Anisa dengan mata yang berkaca. "Ibu, Nisa minta maaf tapi ibu tak patut buat Nisa macam ni. Nisa tahu ibu bencikan Nisa kan sebab tu ibu sengaja rosakkan baju Nisa," sambungnya lagi. Pipinya basah dengan air mata.

Salmah diam. Tangisannya mula kedengaran. Dia menyeka air mata dengan hujung lengan Baju Kurung Kedah yang dipakai.

"Ibu, betul ke?" soal Farid.

Salmah diam tidak berkutik.

"Ibu, kenapa buat Nisa macam ni? Kenapa ibu rosakkan baju Nisa? Ibu memang dah tak sayangkan Farid ke? Ibu suka yer tengok Farid dan Nisa hari-hari bergaduh?"

"Astaghfirullahalazim. Farid, ibu tak pernah fikir begitu. Ibu tak pernah nak rosakkan rumah tangga anak-anak ibu."

"Dah la ibu. Farid tahu ibu masih lagi marahkan Farid sebab Farid tak jemput ibu datang majlis kahwin Farid dulu kan sebab tu ibu nak balas demdam, nak hancurkan hidup kami."

"Ya Allah." Salmah terjelepok di atas lantai. "Allahuakhbar, ibu tak pernah fikir macam tu," ucap Salmah disusuli dengan tangisan yang semakin kuat.

"Dah la ibu, ibu tak payah la nak berlakon lagi. Farid dah tahu dah. Ibu tak pernah restui perkahwinan kami ni. Kalau ibu rasa dah tak boleh nak hidup dengan Farid, ibu boleh keluar daripada rumah ni. Farid pun dah penat nak melayan karenah ibu yang tiap-tiap hari nak cari salah isteri Farid." Katanya lalu meninggalkan Salmah yang masih berteleku di atas lantai.

Anisa mencebik. Dia tersenyum puas menyaksikan drama dua beranak tersebut. "Huh padan muka." Dia membuntuti Farid apabila melihat Farid berlari memanjat anak-anak tangga.

Salmah bangun dan menuju ke biliknya. Dia mengambil semua pakaian yang berada di dalam almari dan masukkan ke dalam beg. Tudung yang disangkut pada kepala katil diambil dan disarungkan di atas kepala. Salmah nekad, dia akan keluar daripada rumah Farid. Dia tidak mahu terus tinggal di sana kerana merasa kecewa dengan sikap Farid.

Langkah Salmah diatur perlahan-lahan meninggalkan rumah itu. Dia berdiri di halaman rumah dan berpaling melihat kawasan rumah tersebut.

"Farid, ibu pergi dulu yer. Jangan risaukan ibu, duduk la baik-baik dengan isteri kamu. Maafkan ibu kerana banyak menyusahkan kamu," ucap Salmah sebelum berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience