BAB 13

Family Completed 22161

"FARIZ!!!"

Teriak Salmah kuat. Dia bangkit daripada perbaringan.

Liya yang sedang tidur di sebelah Salmah terpinga-pinga. "Ibu, kenapa ni?"

Tangisan Salmah semakin kuat. Dia meracau-racau menyebut nama Fariz. Liya binggung.

"Ibu, kenapa ni? Ibu, mengucap ibu. Liya ada ni…" ujar Liya dengan mata yang tertutup.

"Sayang, kenapa dengan ibu?" soal Jamil sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.

Liya mengangkat kedua-dua bahunya.

Jamil mendekati Salmah yang sedang duduk di atas katil. "Ibu, ibu okay ke? Kenapa ni?"

"Fariz. Ibu nak jumpa dengan Fariz. Fariz…" panggil Salmah mendayu-dayu.

Liya memandang wajah Jamil. "Abang, macam mana ni? Abang cuba call abang Fariz."

"Ha yer yer…" Jamil mencapai telefon Liya yang berada di atas meja solek.

Kring! Kring!

Panggilan disambungkan.

"Hello…"

"Err hello. Fariz…"

"Tak, ni Farid. Telefon Fariz ada dengan aku. Hurm Jamil, aku nak beritahu kau sesuatu tapi pastikan kau jangan beritahu ibu."

Jamil mengangguk. "Hurm okay…" balasnya.

"Fariz dah meninggal dunia. Dia meninggal dunia sebab kemalangan. Mungkin dia orang call ibu tapi tak dapat, jadi dia orang call aku. Tolong rahsiakan perkara ni daripada ibu…" beritahu Farid.

Jamil keluar daripada bilik Salmah. "Innalillahiwainnailaihirojiun…" ucap Jamil perlahan. "Tu kau ada kat hospital ke?"

"Aku kat hospital nak uruskan jenazah dia. Esok lepas selesai urusan pengebumian, aku gerak balik kampung. Err aku dan Anisa dah bercerai." Beritahu Farid pula.

"Astaghfirullahalazim. Kenapa sampai macam tu?"

"Dah tak ada jodoh, Jamil. Tak apa lah. Yang penting sekarang ni, kau dan Liya kena jaga ibu. Aku taknak apa-apa terjadi dekat ibu kalau dia tahu perkara ni."

"Kau jangan risau. Aku akan simpan rahsia ni sampai kau balik. Hurm, okay. Waalaikumsalam."

Jamil menamatkan panggilan. Dia masuk semula ke dalam bilik. "Ibu, esok Farid balik. Ibu jangan sedih yer…"

"Farid nak balik kampung? Farid dah tak marahkan ibu ke?" soal Salmah sambil tersenyum.

Jamil menggeleng. "Tak, ibu. Farid tak marahkan, ibu. Ibu jangan risau yer."

"Fariz? Fariz macam mana?" soal Salmah lagi.

Jamil memandang wajah Liya. Dia menelan liur. "Err Fariz, insyaallah akan balik jugak. Ibu jangan risau yer. Ibu rehat la dulu, esok nak jumpa Farid dan Fariz kan. Kena lah segar," ujarnya.

"Ya, ibu kena tidur kan. Esok nak jumpa Farid dan Fariz. Yer, nak jumpa Farid dan Fariz."

Mata Liya mula berkaca. "Ibu, Liya nak pergi minum air. Ibu tunggu Liya tau." Liya merosot turun daripada katil. Dia berjalan laju keluar daripada bilik.

Selepas menyelimutkan Salmah, Jamil membuntuti Liya keluar daripada bilik. Dia mendekati Liya yang sedang menangis di luar bilik. Tubuh itu dirangkul kemas.

"Sayang…" panggil Jamil lembut. Dia mengusap bahu isterinya dan mengucup lembut dahi Liya. "Sayang, abang nak beritahu Liya tapi Liya kena rahsiakan perkara ni daripada ibu…"

Liya yang sedari tadi menunduk terus mendongak memandang wajah Jamil. Kepalanya mengangguk laju.

"Sebenarnya, abang Fariz dah meninggal dunia. Tadi Farid yang jawab telefon. Dia tengah uruskan jenazah Fariz."

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Ya Allah, abang Fariz…" ucapnya lalu menyembamkan wajahnya di dada Jamil.

"Sshhh…jangan sedih yer. Insyaallah, semuanya okay…"

"Abang, Liya tak sanggup nak tengok ibu sedih. Liya taknak apa-apa terjadi dekat ibu. Liya tak boleh…"

"Liya, sayang. Jangan macam ni. Liya kena kuat demi ibu. Kalau Liya lemah, macam mana Liya nak jaga ibu?" pujuk Jamil. "Liya nangis la puas-puas malam ni tapi esok Liya janji Liya kena kuat, demi ibu dan anak kita. Yer, sayang?"

Liya mengangguk lemah. Nafas dihembus kuat. "Hurm…"

"Jom kita pergi tidur. Liya penat sangat ni, pergi berehat." Kata Jamil.

Mereka masuk ke dalam bilik. Salmah sedang tidur dengan nyenyak. Barangkali gembira selepas mendengar berita yang Farid dan Fariz akan pulang ke kampung esok.

Keesokannya, Salmah bangun untuk mengerjakan solat subuh. Wajahnya ceria tidak seperti selalu. Dia menyediakan makanan kegemaran Farid dan Farid untuk sarapan pagi.

Liya tersenyum memandang Salmah yang ceria dan bertenaga sambil menongkat dagu. Hatinya gembira melihat Salmah dalam keadaan begitu.

"Ibu, ibu masak apa tu?" soal Liya sengaja ingin mengusik ibunya.

"Ibu masak udang masak sambal dan ayam masak kicap untuk Farid dan Farid. Kejap lagi mereka balik," ujar Salmah sambil tersenyum.

"Sedapnya, ibu. Liya suka."

"Untuk Liya, ibu buatkan air asam dengan daging. Liya suka kan?"

Liya mengangguk laju. "Liya suka semua masakan ibu," balasnya. Liya bangun dan memeluk Salmah daripada belakang. Sikap Salmah yang pelik itu membuat hati Liya berdebar-debar. Dia tahu, pasti ada yang tidak kena dengan ibunya. "Ibu, Liya sayang ibu sangat-sangat. Ampunkan dosa Liya yer. Halalkan semua makan minum Liya selama ni," mohonnya sambil memeluk tubuh itu kuat.

"Ibu maafkan, Liya. Ibu ampunkan semua dosa-dosa Liya dengan ibu. Liya pun, maaf ibu yer sebab ibu tak boleh jadi ibu yang terbaik buat Liya. Bila ibu dah tak ada, jaga diri yer. Jaga Jamil baik-baik. Jaga baby baik-baik. Ingat pesan ibu…"

"Ibu, jangan la cakap macam tu. Ibu tak pernah buat salah dengan Liya. Liya tak pernah marahkan ibu. Ibu lah yang terbaik dalam dunia ni. Takda yang dapat menggantikan ibu." Dia menangis teresak-esak dalam pelukan Salmah.

Salmah tersenyum. Dia mencium ubun-ubun Liya. Dia tahu Liya anak yang paling baik. Tidak pernah melawan cakap dan selalu buat apa yang disuruh. Dia bersyukur kerana Liya sentiasa ada dengannya dan tidak pernah merungut walaupun tidak pernah dapat apa yang dia inginkan.

Kereta Farid perlahan-lahan masuk ke halaman rumah Salmah. Salmah menjenguk melalui tingkap dapur. Dia bergegas keluar sebaik sahaja Farid keluar daripada perut kereta.

"Farid. Anak ibu."

"Ibu, ampunkan Farid." Farid meraih tangan Salmah dan mencium berkali-kali. "Ibu, banyak dosa Farid dengan ibu, ampunkan Farid, ibu. Farid takkan tinggalkan ibu lagi."

Salmah memeluk tubuh Farid. Tangisannya mula kedengaran. "Ibu ampunkan Farid. Ibu maafkan semua salah silap Farid. Ibu ampunkan semua dosa-dosa anak ibu."

Liya yang menyaksikan ibunya dan Farid menangis teresak-esak. Jamil yang baru sahaja masuk ke halaman rumah berhentikan keretanya agak jauh dan berjalan mendekati Liya.

"Mana Fariz? Jamil kata Fariz nak balik. Lama ibu tak jumpa Fariz. Ibu rindukan Fariz," kata Salmah. Bola matanya bergerak-gerak memandang wajah Farid.

"Ibu, maafkan Farid. Fariz sebenarnya… dia sebenarnya…"

"Dia sebenarnya apa? Beritahu ibu?"

Farid menangis lalu memeluk tubuh ibunya. "Fariz dah tak ada, ibu. Fariz dah meninggal."

"Ya Allah…" Salmah memegang dadanya lalu jatuh terjelepok di atas tanah.

"Ibu…" jerit Liya daripada jauh.

Tubuh Salmah didukung dan di baringkan di atas pangkin. Mariah yang berada di rumahnya berlari mendekati Salmah apabila terdengar suara Liya menjerit.

"Fariz… Fariz…" panggil Salmah perlahan. Matanya terbuka sedikit. Nafasnya turun naik. Sesekali wajahnya berkerut menahan sakit.

"Abang, kita bawa ibu pergi hospital." Kata Liya sambil menangis.

"Liya…" Salmah menggeleng. "Biar ibu meninggal kat rumah ibu. Ni tempat ibu…"

"Ibu, mengucap yer. Lailahaillallah. Ibu ikut Farid. Lailahaillallah…"

"La ila ha illallah…" ucap Salmah lambat-lambat. "Ibu ampunkan dosa anak-anak ibu. La ila ha illallah…"

Tangan Salmah yang berada di dalam genggaman Liya jatuh ke bawah.

Semua terdiam. Keadaan sunyi seketika.

"Ibu…" panggil Liya kuat memecahkan kesunyian.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Salmah, semoga kau tenang di sana. " Ucap Mariah.

"Ibu… Jangan tinggalkan Liya…"

"Liya. Jangan macam ni. Sabar Liya." Jamil cuba memujuk Liya. Tubuh isterinya dipeluk kuat.

Farid terdiam. Hanya tangisan mengiringi pemergian Salmah.

Seusai pengebumian Salmah. Semua penduduk kampung beredar pulang ke rumah. Yang tinggal hanya lah ahli keluarga arwah Salmah dan Mariah sekeluarga.

Dari jauh sebuah kereta mewah masuk ke dalam perkarangan kubur. Keluar seorang wanita daripada perut kereta dan menapak ke arah mereka.

Farid mendengus perlahan. Dia kenal figura wanita itu. Dia melempar pandang ke arah lain.

"You, I datang nak jenguk ibu. I nak minta maaf dengan ibu," ujar Anisa.

"Tu, kau minta maaf la." Farid tunjuk ke arah pusara arwah Salmah.

"Ibu err ibu dah meninggal? Bila?" soal Anisa terkejut.

Farid diam. Malas dia hendak melayan soalan Anisa.

"Ibu meninggal pagi tadi lepas tahu abang Hafiz dah tak ada…" beritahu Liya.

Anisa terjelepok di atas tanah. "Ibu. Maafkan Nisa. Nisa banyak dosa dengan ibu. Ibu…" panggilnya dengan suara yang mendayu-dayu.

"Tak payah la Nisa, kau balik jer. Buat apa kau nak minta maaf selepas ibu meninggal. Kenapa tak daripada dulu kau minta maaf dengan ibu?"

"Nisa menyesal. Nisa… Nisa berdosa dengan ibu… Ibu, ampunkan dosa Nisa dengan ibu…"

"Pergi lah balik. Kau tak payah la menangis kat sini. Tak elok," Farid memapah Anisa supaya bangun berdiri.

Anisa memaut lengan Farid. "You, maafkan Nisa. I betul-betul tak boleh hidup tanpa you. Kita rujuk balik yer. Err I nak beritahu you yang I mengandung. Please, jangan tinggalkan I. I akan berubah…" rayu Anisa masih tidak mahu melepaskan tangan Farid.

Farid terdiam. Dia mendongak sambil memejamkan matanya. Nafasnya dihembus perlahan-lahan. Bola matanya memandang wajah orang yang berada di situ seorang demi seorang.

"Kita balik. Sini bukan tempat untuk kita berbincang…" kata Farid. Langkahnya laju meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

Yang lain membuntuti Farid tanpa menghiraukan Anisa yang masih lagi berdiri kaku. Anisa duduk disamping pusara Salmah. Dia menangis sepuas-puasnya sebelum meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

FARIZ dan Jamil duduk di atas pangkin di halaman rumah. Mereka hanya melayan perasaan dan melemparkan pandangan kosong.

"Tak sangka ibu dah pergi buat selama-lamanya," kata Farid.

Jamil memandang wajah Farid.

"Dulu, kat situ lah ibu jual nasi lemak. Nasi lemak ibu tiap-tiap hari akan habis. Ramai yang suka makan nasi lemak yang ibu buat…" katanya sambil tersenyum.

Jamil mengangguk. Mengiyakan apa yang dikatakan Farid.

"Tak lama lagi dah nak puasa tapi ibu tak sempat nak sambut puasa dengan kita kan. Aku pun dah lama tak berbuka puasa dengan ibu."

Jamil menepuk bahu Farid. "Kau kena redha, okay. Dah sampai ajal ibu, kita tak boleh menolak qada' dan qadar…"

"Yer, aku tahu. Cuma aku rasa terkilan tak boleh sambut puasa dengan ibu. Banyak yang aku terlepas. Rugi hidup aku kan sebab mensia-siakan masa dengan ibu."

"Dah tertulis macam tu, Farid. Kita kena redha. Tu semua pilihan kita sama ada nak dengan taknak. Hari tu lah ramadhan terakhir buat ibu. Lepas ni, dah tak ada dah. Kita yang masih hidup ni usaha lah jadi yang terbaik. Didik anak-anak supaya sayangkan ibu dan ayah. Tu jer kita mampu buat…"

"Betul kata kau. Kita dah terlepas tapi anak-anak kita belum. Kita didik dia orng supaya tak jadi macam aku. Nak menyesal pun dah tak berguna," tutur Farid lalu mendengus perlahan.

Jamil menepuk bahu Farid. Mereka beriringan menapak masuk ke dalam rumah.

Di dunia ini, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Yang telah pergi tidak akan pernah kembali. Hargai lah mereka yang berada disekeliling kita, supaya nanti kita tidak akan menyesal jika mereka pergi buat selama-lamanya.

"Izinkan aku menjadi anakmu sekali lagi, agar aku dapat menebus kesilapanku yang lalu…"

-T A M A T-

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Ramadhan Terakhir Buat Ibu telah melabuhkan tirainya hari ini. Terima kasih kepada semua pembaca yang dah menyokong karya Ayana. Maaf jika ada sebarang kekhilafan daripada diri Ayana. Jemput baca karya-karya Ayana yang lain dan akan datang Diary Cinta Melati. Peluk dari jauh buat anda semua ^-^ Tamat 5 May 2023/ 2:00 am

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience