BAB 6

Family Completed 22186

FARIZ sedang duduk santai di pangkin rumah sambil menikmati angin petang. Kelihatan daripada jauh kereta Jamil masuk ke perkarangan rumah mereka.

"Kenapa pula dia orang ni datang, tak puas lagi ke nak kena maki dengan aku…" kata Fariz separuh berbisik.

Liya dan Jamil keluar daripada perut kereta dan berjalan ke arah Fariz.

"Abang Fariz, mana ibu?" soal Liya sebaik sahaja mendekati Fariz.

"Ibu ada kat dalam. Kenapa?" soal Fariz dengan wajah yang bersahaja.

"Takda apa, saja jer tanya. Liya masuk dalam dulu lah." Kata Liya sambil berjalan ke arah dapur.

Jamil melabuh duduk di sebelah Fariz. "Err Fariz, kereta yang kau nak beli tu tak cukup berapa ribu lagi?"

Fariz mengerutkan dahi. "Kenapa? Kau nak belanja aku ke? Mampu ke kau ni? Hahaha," perlinya sambil ketawa.

Jamil menghulurkan satu bungkusan kepada Fariz.

"Apa ni?" soal Fariz hairan.

"Kau buka lah dulu."

Fariz membuka bungkusan yang dihulurkan tadi. Matanya terbeliak dan mulutnya ternganga sebaik sahaja bungkusan tersebut dibuka.

"Ni untuk aku ke?"

"Ha ah. Kau guna lah untuk beli kereta. Dalam tu ada RM5000 ringgit. Aku harap cukup untuk kau beli kereta," ujar Jamil.

"Hahaha. Serius lah? Ni bukan hutang tau. Aku taknak kalau hutang," tutur Fariz sambil mengira duit.

"Taklah. Aku halalkan untuk kau. Aku harap err kau tak mintak ibu jual tanah ni. Ni jer tanah arwah ayah tinggalkan untuk korang."

Fariz mencebik. "Aku tahu lah. Terima kasih. Lepas ni kau jangan mintak Liya tu ungkit pasal ni."

"Ya, aku tahu. Kau jangan risau la pasal Liya tu, tahu lah macam mana aku nak pujuk dia," tutur Jamil perlahan.

"Ha bagus lah macam tu. Nasib baik kau jadi adik ipar aku, ada guna jugak. Nak harapkan ibu belikan kereta untuk aku, sampai ke mati pun aku tak dapat naik kereta baru."

"Tak baik kau kata macam tu, ibu tu tak ada duit, kalau ibu ada duit, mesti ibu bagi kat kau. Ibu mana nak tengok anak dia hidup susah. Hurm lepas ni kau kerap-kerap la balik jenguk ibu, kesian ibu selalu rindukan kau dan Farid," ujar Jamil panjang lebar.

Fariz mendengus perlahan. "Aku tahu lah. Aku bukannya budak kecil."

Jamil menepuk lembut bahu Fariz. Mereka berbual kosong. Terserlah kegembiraan di wajah Fariz selepas Jamil memberi wang kepadanya.

Liya menegur Salmah yang sedang mencedok lauk ke dalam mangkuk sebaik sahaja masuk le dalam rumah.

"Ibu, buat apa tu?"

"Liya. Hurm ibu nak hidang lauk ni. Kamu datang dengan siapa?" tanya Salmah sambil memandang Liya.

Liya mengambil mangkuk yang berisi asam pedas di tangan Salmah lalu meletakkan di atas meja.

"Liya datang dengan abang Jamil la ibu, takkan dengan Pak Mail pula, hihihi. Abang Jamil ada kat luar tu tengah berbual dengan abang Fariz…"

"Eh budak ni, aku ketuk nanti. Ha nanti makan nasi kat sini yer. Panggil Jamil sekali. Hurm Liya, kamu marahkan ibu lagi ke?"

Liya menoleh melihat ibunya. "Taklah ibu. Kenapa Liya nak marahkan ibu?"

"Hurm ibu minta maaf sebab dah tipu kamu. Bukan ibu taknak ceritakan perkara sebenar tapi kamu dah ibu anggap sebagai anak kandung ibu sendiri," kata Salmah sambil melabuh duduk di atas kerusi.

Liya mendekati Salmah. Bahu Salmah dipeluk erat. "Ibu, Liya tak pernah marahkan ibu. Selama ni, ibu yang jaga Liya. Pengorbanan ibu, Liya takkan lupa sampai Liya mati. Ibu tetap ibu Liya sampai bila-bila."

Mata Salmah mula berkaca. Perlahan-lahan air mata jatuh di pipinya. "Ibu mintak maaf, Liya. Ibu tak dapat bagi apa yang kamu nak. Ibu halang cita-cita kamu bukan sebab ibu tak sayangkan kamu." Esakan kecil mula kedengaran.

"Ibu, jangan la nangis." Liya menyapu air mata di pipi Salmah. "Liya tak salahkan ibu. Ibu ada alasan ibu sendiri. Lagipun bila-bila jer Liya boleh sambung belajar kan. Sekarang pun ada yang jaga Liya, ibu taklah susah sangat. Liya sayang ibu…"

"Ibu pun sayangkan Liya…"

Mereka saling berpelukan. Liya mencium kedua-dua belah pipi ibunya. Terdengar hilaian ketawa mereka di ruang dapur.

"Amboi, seronoknya ketawa." Tegur Fariz yang baru muncul di ruang dapur.

"Eh abang Fariz. Hehehe. Mestilah seronok. Kan ibu?"

"Yer lah. Fariz, Jamil. Cepat duduk, kita makan sama-sama," panggil Salmah lalu mengambil empat biji pinggan di atas rak pinggan.

Mereka mengambil tempat di meja makan.

"Wahh sedapnya lauk asam pedas ibu masak. Lama tak makan," ujar Fariz.

Liya mencedok nasi ke dalam pinggan dan hulurkan kepada Jamil dan Fariz. "Ibu, cepat lah duduk sini. Lama kita tak makan ramai-ramai cam ni kan." Kata Liya sambil tersenyum.

Salmah membalas senyuman Liya. Dia melabuh duduk di antara Fariz dan Liya. Perasaannya ketika itu tidak dapat digambarkan. Betapa dia gembira dapat bersama dengan anak-anaknya setelah sekian lama. Wajah seorang demi seorang yang berada di situ ditatap penuh rasa sayang. Dalam hati dia memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dapat beekumpul dengan mereka.

Sungguh berselera Fariz dan Jamil menjamah makanan yang dihidangkan walaupun sekadar masakan kampung. Fariz kelihatan agak ceria berbanding semalam. Mungkin ada sesuatu yang menggembirakan hatinya, fikir Salmah.

"Alhamdulillah…" ucap Fariz sambil mengusap perutnya sebaik sahaja selesai makan. Badannya disandarkan pada kerusi. "Ibu, Fariz minta maaf pasal semalam. Ibu tak payah la jual tanah ni. Fariz taknak susahkan ibu."

Salmah tersentak sebaik sahaja mendengar kata-kata Fariz. "Kenapa? Kamu tak jadi nak beli kereta ke?"

"Eh taklah, Fariz jadi jer. Cuma, Fariz dah ada duit dah," kata Fariz sambil memandang wajah Jamil.

Salmah memandang Liya dan Jamil silih berganti. Bola matanya menilik wajah Fariz selepas itu. "Mana kamu dapat duit tu?"

"Err Jamil bagi."

"Jamil?" soal Salmah terkejut.

"Takpa, ibu. Kebetulan Jamil ada duit sikit hasil untung jual pisang hari tu…"

"Nanti ibu gantikan duit kamu tu, yer."

"Eh tak pyah lah, ibu. Takpa. Saya ikhlas." Kata Jamil.

Salmah hanya mampu tersenyum. Dia merasa bersalah terhadap Liya dan Jamil kerana sikap Fariz yang sewenang-wenangnya mengambil wang mereka walaupun mereka ikhlas memberikan kepadanya.

Seusai makan, Jamil dan Fariz melepak di halaman rumah sementara Liya dan Salmah sedang mengemas dapur.

"Liya, nanti ibu gamtikan semula duit yang Jamil berikan kepada abang Fariz kamu…"

"Eh, tak payah lah ibu. Abang Jamil ikhlas nak bagi kat abang Fariz." Ujar Liya.

"Tapi ibu rasa bersalah terhadap kamu dengan Jamil tu. Lagipun pasti Jamil nak gunakan duit tu untuk kilang kerepek dia tu kan," tutur Salmah.

"Takpa lah ibu, kami ada jer simpanan lagi. Insyaallah, pasal kilang tu ibu jangan la risau, semuanya dah cukup dah," ujar Liya lalu memeluk ibunya yang sedang mencuci pinggan. "Liya taknak ibu jual rumah arwah ayah ni. Liya sayang rumah ni. Ni saja kenangan arwah ayah tinggalkan untuk kita kan, ibu?"

Salmah terdiam. Matanya mula berkaca. Tiba-tiba air mata mengalir di pipinya. "Liya, ibu minta maaf. Ibu banyak menyusahkan Liya dan Jamil."

"Ya Allah, ibu. Takda apa lah. Kami ikhlas nak bagi kat abang Fariz. Abang Fariz lagi memerlukan duit tu. Nanti lepas abang Fariz dah beli kereta, mesti dia bawa ibu pergi jalan-jalan kan. Takda lah ibu asyik nak buat kuih jer tiap-tiap hari. Hehehe…" tutur Liya ingin mengambil hati ibunya walaupun dia tahu jauh di dasar hati ibunya itu timbul rasa bersalah.

"Terima kasih, Liya. Nanti sampaikan terima kasih ibu pada Jamil yer. Allah saja yang dapat membalas jasa kamu berdua." Balas Salmah sambil memeluk Liya. Tangisannya semakin kuat kedengaran.

"Dah la, ibu. Meh sini Liya yang basuh. Ibu pergilah berbual dengan dia orang kat luar sana."

"Biar ibu jer yang basuh, sikit jer lagi ni…"

Liya menarik tangan Salmah. "Takpa, biar Liya jer yang buat. Ibu pergi depan yer…" kata Liya sambil tersenyum.

"Yer lah dah begitu. Ibu pergi depan. Nanti tinggalkan jer yang selebihnya." Salmah berlalu ke tingkat atas meninggalkan Liya sendirian di dapur. Dia mendekati Jamil dan Fariz yang sedang duduk santai.

Fariz menoleh melihat Salmah. "Eh, ibu. Duduk la…" ujar Fariz.

Salmah melabuh duduk di sebelah Fariz dan melemparkan senyuman kepada Jamil.

"Ibu, esok Fariz dah kena balik tau. Fariz tak boleh lama-lama kat kampung. Dua minggu depan Fariz ada peperiksaan akhir tahun," beritahu Fariz sambil memandang tepat ke wajah Salmah.

"Oh yer ker. Takpa lah, kamu balik jer. Uruskan dulu urusan kamu. Nanti dah tak sibuk, baru kamu balik."

"Okay, ibu. Jamil, nanti tolong tengok-tengokkan ibu yer. Insyaallah nanti aku balik lagi…" pesan Fariz.

"Insyaallah, aku akan jaga ibu baik-baik. Kau jangan risau. Kau fokus jer kat pembelajaran kau. Pasal ibu, kau serahkan kat aku." Balas Jamil sambil menepuk bahu Fariz perlahan.

"Terima kasih. Tak sia-sia Liya kahwin dengan kau kan, boleh aku tumpang senang. Hahaha," kata Fariz diiringi dengan hilaian ketawa.

"Hisy apa kamu ni Fariz. Tak baik kata macam tu. Bersyukur sebab ada orang sudi jaga Liya, jaga ibu. Kamu dan Farid takda lah risau sangat."

"Betullah tu, ibu." Fariz mengakui kata-kata ibunya.

Malam itu suasana ceria menyelubungi keluarga Salmah. Jauh di sudut hati dia sangat bersyukur kerana Fariz pulang ke rumah walaupun dengan niat yang tak baik.

Fariz pulang ke kampus selepas tiga hari berada di kampung. Selama tiga hari tersebut, wajahnya selalu ceria. Tidak lagi marah-marah seperti sebelum ini. Keadaan itu membuatkan Salmah juga gembira.

"LIYA…" jerit seorang wanita sambil berlari ke arah Liya dan Jamil. "Liya…"

"Eh, Tasnim. Lama tak jumpa kau," ujar Liya apabila Tasnim mendekatinya.

"Sayang, abang tunggu kat sana tau." Jamil menunjuk ke arah sebuah kedai menjual barangan untuk tanaman.

"Okay abang." Balas Liya. "Tasnim, kau sihat ke? Kau tak study ke?" soal Liya apabila Jamil meninggalkan mereka berdua.

"Aku sihat, alhamdulillah. Aku cuti sekarang. Kau pula macam mana? tanya Tasnim pula.

"Aku alhamdulillah. Sihat jer. Cam kau nampak lah. Hehehe. Kau cuti lama ke?" Liya tersenyum memandang Tasnim.

"Syukur kan kau dapat suami baik. Ha ah, aku cuti semester 4 minggu. 1 bulan lah ek. Hehehe. Eh Liya, kau berlagak ek sekarang…"

"Berlagak? Kenapa?" Liya menyoal Tasnim kerana merasa pelik dengan kata-katanya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca Novel Plus. Semoga raya ini mengeratkan lagi sillaturahim antara kita semua ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience