Bacaan percuma untuk semua pembaca. Happy reading ^^ Sebagai seorang ibu tunggal, Salmah terpaksa membesarkan tiga orang anaknya selepas kehilangan suami tercinta akibat kemalangan maut. Salmah yang bekerja sendiri sebagai peniaga kuih-muih terpaksa membesarkan anak-anaknya tanpa seorang ayah. Sebagai seorang ibu, apa daya kudratnya ingin memaksa anak-anak untuk sentiasa berada di sampingnya. Dia hanya mampu berdoa supaya anak-anaknya sentiasa dalam jagaan Allah SWT. Hari demi hari, kerinduan terhadap Farid dan Fariz semakin menebal, tetapi kerinduan itu tidak dapat dilepaskan. Anak-anaknya sibuk dengan kehidupan masing-masing sehingga melupakan Salmah di kampung. Kesunyian yang dirasakan mengingatkan Salmah kepada arwah suaminya, Pak Andak. Andai kata arwah masih hidup, pasti dia akan ada peneman yang menemaninya menjalani hari tua bersama-sama. Adakah kerinduan Salmah dapat diubati? Atau dia semakin derita kerana menanggung rindu yang semakin menyeksa jiwa?
Update 06 December 2024
2023-10-12 1 Replies
sedihnya novel ni...xhbis² main emosi...hurm
2023-05-06 1 Replies
tahniah author :-)
2023-05-05 1 Replies
Alhamdulillah tahniah Ayana...