BAB 11

Family Completed 22186

FARID tergamam apabila Salmah tiada di dalam rumah. Puas dia mencari tetapi masih juga tidak kelihatan. Dia masuk ke dalam bilik dan membuka pintu almari pakaian tetapi semua pakaian Salmah tiada.

"Mana ibu ni, aduh…"

Farid menggaru kepalanya sambil berdiri di hadapan pintu bilik.

"Hurm ibu dah lari lah tu. Dah buat salah, senang-senang jer nak lari." Kata Anisa yang sedang bersandar pada pintu sambil memeluk tubuh.

"Kau diam! Sebab kau lah ibu aku lari tau, kau jangan nak cakap banyak. Aku lempang kang!" Tengking Farid kuat.

"Berani you cakap macam tu dengan I, you ingat I ni hamba you ke?" balas Anisa sambil membesarkan matanya. Wajah Farid ditenung seperti seekor singa yang sedang melihat mangsanya.

Farid mendengus perlahan. "Okay-okay. You tunggu sini, I nak cari ibu I," beritahu Farid dan terus berlari mendapatkan keretanya di halaman rumah.

"You! You! Farid! Come back here! Farid!!!" Jerit Anisa kuat sehingga bergema suaranya di ruang tamu tersebut.

Farid yang sedang memandu cuba mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar tetapi tiba-tiba telefon bimbit tersebut jatuh. Dia meraba-raba lantai tetapi masih tidak dapat mencapai telefon bimbit itu. Bunyi hon yang kuat mengejutkan Farid. Dia menekan brek kecemasan sehingga menyebabkan keretanya hampir terbabas dan keretanya berhenti betul-betul di tengah jalan. Nasibnya baik kerana tiada kenderaan yang membuntuti keretanya daripada belakang.

"Astaghfirullahalazim. Allahuakhbar…" ucapnya sambil mengusap dada.

Farid memandu keretanya ke tepi jalan. Dia mencapai telefon bimbit di atas lantai dan cuba menelefon Salmah. Malangnya, telefon bimbit Salmah tidak dapat disambungkan. Dia cuba lagi sekali tetapi masih juga gagal.

Farid meraup wajahnya. Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Dia menekan skrin telefon bimbit dan cuba menghubungi Liya pula. Nasibnya baik kerana telefon Liya berbunyi.

"Hello…"

Terdengar suara Liya dicorong telefon.

"Hello, Liya. Abang nak beritahu yang ibu dah hilang."

"Hilang? Bila?"

"Baru jer tadi."

"Macam mana boleh hilang?"

"Ada lah masalah sikit. Abang nak cuba cari kat stesen bas yang terdekat ni, harap-harap la ibu ada kat situ."

"Ha okay lah, nanti Liya dengan abang Jamil pergi sana."

"Okay."

Farid menamatkan panggilan. Dia meneruskan pemanduan ke stesen bas yang terdekat.

"Harap-harap la ibu ada kat situ," doanya disusuli dengan dengusan halus.

Sampai sahaja di stesen bas, Farid meletakkan keretanya di luar pagar dan berlari masuk ke kawasan stesen bas tersebut. Dia mencari figura Salmah tetapi tidak kelibat. Puas dia berpusing daripada satu tingkat ke satu tingkat. Dia duduk termenung di atas kerusi penunggu. Terdengar keluhan berat keluar daripada mulutnya.

Farid berjalan pula ke kawasan tempat meletak motosikal. Dia ternampak figura seseorang yang sangat dia kenali sedang duduk di atas kerusi. Kawasan tersebut agak gelap membuatkan pandangan mata Farid agak kabur.

"Ibu ke?"

Farid berjalan mendekati Salmah yang sedang duduk termenung. Tangisannya sudah lama kering yang menyebabkan matanya sembap.

"Ibu…" panggil Farid perlahan.

Salmah mengangkat muka. Dia melihat Farid sedang berdiri di hadapannya. Dia berpaling daripada melihat wajah Farid.

"Ibu, ibu dah taknak tengok muka Farid ke? Ibu dah benci dengan Farid?" tanya Farid sambil berlutut di hadapan Salmah. Lutut Salmah disentuh perlahan.

"Ibu nak balik kampung," beritahu Salmah.

"Ibu, Farid minta maaf. Jom kita balik dulu yer."

"Tak apa lah Farid, biar jer ibu kat sini. Ibu dah tak penting untuk kamu. Kamu pergilah balik."

"Ibu, macam mana Farid nak balik kalau ibu ada kat sini. Farid tak boleh tinggalkan ibu kat sini. Jom la kita balik."

Tangan Salmah ditarik perlahan.

"Tak payah la. Ibu taknak pijakkan kaki kat rumah kamu lagi. Biar saja ibu kat sini. Pergilah balik, nanti isteri kamu risau pula."

Salmah masih lagi bertegas dengan keputusannya.

"Ibu. Hurm. Okay lah kalau ibu taknak ikut Farid, biar Farid jer duduk kat sini. Malam ni kita tidur dekat sini."

Salmah membatukan diri. Dia malas hendak membalas kata-kata Farid. Hatinya sakit apabila terkenangkan kata-kata Farid sebentar tadi.

Farid memandang Salmah berulang-ulang kali tetapi Salmah masih diam membatu. Dia meraih tangan Salmah. "Ibu, Farid minta maaf. Farid tahu Farid bersalah dengan ibu. Farid tak sepatutnya cakap macam tu dengan ibu. Maafkan Farid yer…" rayu Farid lalu memeluk bahu Salmah pula.

Salmah menyeka mutiara putih yang jatuh di pipinya dengan hujung jari. Laju sahaja air mata itu mengalir kembali.

"Ibu, maafkan Farid. Ampunkan Farid. Farid berdosa dengan ibu," tutur Farid perlahan. Mulutnya mengucup tangan Salmah berulang-ulang kali.

Salmah mengangguk. "Tak apa lah Farid. Ibu maafkan Farid tapi biar lah ibu balik ke rumah ibu. Tu jer tempat ibu," katanya dengan suara yang serak.

"Ibu.." panggil Farid. "Hurm kalau itu yang ibu nak, Farid ikutkan jer. Liya dan Jamil on the way datang sini," ujarnya. "Kalau ibu dah taknak balik ke rumah Farid, nanti Farid minta dia orang datang kat stesen bas ni ambil ibu," sambungnya lagi.

Salmah diam.

Farid bangun dan berdiri agak jauh dengan Salmah. Dia menghubungi Liya dan bercakap dengannya. Sesekali terlihat dia mengangguk. Tidak lama kemudian, Farid kembali melabuh duduk di sebelah Salmah. Mereka hanya diam sahaja. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Hampir 2 jam mereka menunggu Liya dan Jamil di sana. Salmah sudah melentokkan kepalanya pada dinding pagar. Tubuh tua itu terlalu penat menangis.

Telefon bimbit Farid tidak berhenti berbunyi. Setiap kali dia melihat nama yang terpapar pada skrin telefon, dia akan mendengus berat. Panggilan masuk diabaikan. Dia malas hendak bertengkar mulut dengan Anisa kerana khawatir hatinya semakin sakit mendengar tohmahan isterinya itu.

Tidak lama selepas itu, kereta Jamil memasuki perkarangan stesen bas dan berhenti betul-betul di hadapan Farid dan Salmah. Liya bergegas keluar daripada perut kereta.

"Ibu, Liya datang. Ibu…" panggil Liya sambil menepuk bahu Salmah perlahan-lahan.

Bola mata Salmah bergerak-gerak. Matanya terbuka luas apabila mendengar suara Liya. "Liya, kamu dah sampai?"

"Yer, ibu. Liya datang ni. Jom kita balik."

Liya memapah Salmah masuk ke dalam kereta. Tubuh Salmah tidak bermaya, mungkin terlalu penat. Dia di letakkan di tempat duduk belakang bersama Liya dan kepalanya berbaring di atas peha Liya.

Farid meraih tangan Salmah dan mengucupnya perlahan. "Ibu, maafkan Farid," rayu Farid disusuli dengan esakan kecil.

"Farid, kami balik dulu yer. Terima kasih sebab dah jaga ibu," ucap Jamil sambil menepuk bahu Farid.

Kata-kata Jamil membuatkan hati Farid tersentuh. Jiwanya terguris melihat layanan baik Jamil dan Liya terhadap Salmah walaupun mereka bukan lah anak kandung ibunya itu. Sedangkan dia, anak kandung Salmah sendiri, tidak mampu berbuat baik dengan ibunya, malah lebih teruk lagi, dia sanggup menyakitkan hati ibunya.

Farid memerhatikan kereta Jamil meninggalkan stesen bas tersebut. Tangisannya teresak-esak seperti budak kecil. Dia menekup mukanya dengan tapak tangan. Terlalu banyak dosanya terhadap Salmah sedangkan ibunya itu bersusah payah demi membesarkan mereka tiga beradik.

Kering sahaja air mata, Farid memandu pulang ke rumah. Masuk sahaja di dalam perkarangan rumah, dia dapat melihat kereta papa dan mama mentuanya. Langkahnya diatur perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Dia tahu, malam ini pasti perkara yang buruk akan terjadi kepada dirinya.

"Hah, Farid." Tegur papa mentuanya.

"Yer, papa."

"You pergi mana? Kenapa susah sangat nak angkat telefon?"

"Err Farid temankan ibu Farid."

"So?"

"Ibu dah balik rumah dia kat kampung."

Renungan tajam papa mentuanya itu membuatkan dirinya sangat kerdil. Dia hanya mampu menunduk merenung lantai rumah.

"Farid. I tak suka sikap you macam ni. I tak kisah kalau you miskin sekali pun tapi I tak taknak you sakitkan hati anak I. Kenapa you nak defense sangat ibu you yang miskin tu? Orang miskin tak layak dipanggil ibu. I boleh bagi apa sahaja yang you nak dalam dunia ni tapi I tak suka bila you ketepikan anak I demi ibu you yang entah datang daripada mana tu. You faham tak?"

Farid mengangguk lemah. Hidungnya kembang kuncup menahan marah. Penumbuk dikepal kuat. Mahu sahaja dia tumbuk wajah lelaki yang berada di hadapannya itu.

"I bagi you dua pilihan. Satu, you stay dengan anak I dan tinggalkan ibu you yang miskin tu atau kedua, you tinggalkan anak I dan semua yang you ada sekarang ni dan berambus balik ke reban ayam kat kampung you. I nak you pilih sekarang!"

Bola mata Farid bergerak-gerak. Fikirannya celaru. Dia tidak tahu mana yang patut dia pilih.

"Kenapa papa nak Farid pilih sesuatu yang tak adil untuk Farid. Patutnya papa faham keadaan Farid. Dari dulu lagi Farid dah beritahu papa dan mama yang Farid ni miskin tapi semua orang okay dengan status Farid tapi sekarang kenapa semua orang nak berubah?"

"I tak kisah la apa you nak kata. Yang I tahu, you kena buat pilihan ni. Nombor satu atau nombor dua?" soalnya tegas.

Farid menggeleng. Dia mendengus kuat. "Kau orang semua boleh pergi mampus lah! Dan kau, sebelum penumbuk aku naik kat muka kau, baik kau keluar daripada rumah aku. Sekarang!!!"

Papa mentua dan mama mentua Farid terpinga-pinga. Mereka terkejut dengan sikap Farid yang selama ni hanya sebagai penurut kini berubah seperti anjing liar.

"Apa maksud you? You dah gila ke?" soal papa mentuanya.

"Kau orang tua, kau boleh pergi mampus! Keluar!"

Tergopoh-gapah mereka keluar daripada rumah tersebut.

"You, berani you melawan. Ni rumah I, you yang kena keluar daripada rumah ni!" Kata mama mentua Farid pula.

"Hahaha kau buat lawak apa ni orang tua oi. Kau lupa ke kau dah bagi aku rumah ni. Ke kau nak aku tunjukkan geram tanah? Hahaha…" kata Farid lalu ketawa terbahak-bahak.

Anisa memaut lengan Farid. "You, jangan la buat macam tu dengan family I. Tu pun papa dan mama mentua you kan," tutur Anisa lemah.

"Owh, sekarang bila papa mama kau kena hina, kau merayu aku suruh cakap baik-baik. Masa kau hina ibu aku, ada kau fikir apa perasaan aku? Kau tak fikir kan sebab hati kau ni dah busuk! Tak guna! Sekarang aku bagi kau dua pilihan. Satu, kau minta maaf dengan ibu aku dan hidup dengan aku macam biasa, atau kedua kau pergi mampus dengan papa dan mama kau yang tua keparat ni!" Tengking Farid kuat.

Kedua-dua bahu Anisa terangkat kerana terkejut dengan tengkingan Farid. Anisa menggelengkan kepalanya. Dia memaut lengan Farid sambil memerhatikan papa dan mamanya. Dia tidak mahu memilih antara mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience