BAB 2

Family Completed 22161

FARID dan Fariz yang baru sahaja pulang daripada sekolah secara tidak sengaja terlihat Salmah yang diganggu oleh dua orang pemuda di depan kedai runcit Pak Leman. Farid mengambil seketul batu berukuran sederhana dan melemparkan ke arah seorang pemuda.

"Aduh!" teriak Syah lalu memegang dahinya. Darah mengalir dipipi lelaki itu. Bola matanya meliar mencari orang yang telah melemparkan batu ke arahnya. Matanya terbeliak melihat Farid yang sedang memegang seketul batu.

"Pergi balik!" Pak Leman pula teriak ke arah Syah dan Mirul.

"Kau! Kau jaga!" teriak Syah kuat.

Mereka menunggang motosikal lalu meninggalkan kawasan kedai runcit tersebut. Pelanggan yang berada di dalam kedai berlari keluar ingin melihat apa yang sedang berlaku kerana mendengar suara teriakan yang agak kuat.

"Kenapa ni?" soal salah seorang pelanggan pada Pak Leman.

"Budak-budak tu dah kacau si Salmah ni. Hurm..." Pak Leman memandang ke arah Farid dan Fariz. "Kamu okay ke Salmah?"

"Saya okay. Err terima kasih Pak Leman," ujar Salmah lalu pergi mendapatkan Farid dan Fariz. "Jom kita balik!"

Sampai sahaja di rumah, Salmah mematahkan ranting pokok rambutan di halaman rumah lalu menarik Farid masuk ke dalam rumah. Ranting itu singgah di badan Farid bertubi-tubi.

"Ibu, jangan pukul Farid," rayu Farid disusuli dengan tangisan.

Fariz dan Liya yang menyaksikan abang mereka dipukul terus menangis teresak-esak.

"Ibu…"

"Kan ibu dah kata buat perangai baik-baik. Kenapa yang kau pergi baling batu kat dia orang tu. Kenapa kau ni degil sangat Farid!" herdik Salmah.

"Arrgghhh…sakit ibu…sakit!!!"

Fariz dan Liya mendekati Salmah dan memeluk tubuh itu. Tangisan semakin kuat.

"Lepaslah!" Salmah menolak Liya hingga terjatuh. "Tak boleh ke kalau kau dengar cakap aku, susah sangat ke hah!" jerkahan Salmah bergema di dalam rumah. Ayunan semakin laju melabuh di tubuh Farid.

Fariz melepaskan rangkulannya dan berlari mendapatkan Liya yang tesembam di atas lantai.

"Baby," panggil Fariz. "Ibu, baby jatuh…"

Liya duduk sambil memegang dahinya yang benjol.

Salmah menoleh melihat Liya dan Fariz. Ranting rambutan yang berada di tangannya di lepaskan.

"Baby!!!"

Salmah mendapatkan Liya dan mengangkatnya perlahan. "Ya Allah. Baby…" ucap Salmah lalu memeluk Liya. "Ibu minta maaf sayang," katanya lalu menangis.

Farid yang sedari tadi berdiri melihat ibunya tiba-tiba menghampiri Salmah. "Ibu, Farid minta maaf. Farid salah. Farid tak dengar cakap ibu," kata Farid lalu merangkul tubuh Salmah.

Mereka saling berpelukan dan hanya suara tangisan yang kedengaran.

Mariah muncul dimuka pintu dengan nafas yang tercungap-cungap. "Sal, kenapa ni? Aku dengar kau menjerit tadi?" soalnya. Dia melihat Salmah dan anak-anaknya saling berpelukan. Air matanya mengalir tanpa dia sedar.

Selepas solat zohor, Salmah duduk di meja makan bersama anak-anaknya. "Sedap tak?" tanya Salmah.

"Sedapnya ibu. Fariz suka makan macam ni hari-hari," kata Fariz lalu menghulurkan pinggan untuk menambah nasi.

"Ni Mak Long Mariah yang bagi tadi. Sedap ke baby? Baby suka?" soal Salmah kepada Liya. Nasi dicedok ke dalam pinggan Fariz.

Liya membalas dengan anggukan. "Ibu, bila ayah nak balik? Kenapa ayah lama sangat nak balik?"

"Ayah kita dah meninggal lah. Kan baby pergi kubur ayah hari tu. Baby lupa ke?" kata Farid.

"Owh tapi angah kata ayah tidur jer nanti ayah akan balik tapi kenapa ayah tak balik pun," Liya menguis-guis nasi di dalam pinggannya.

"Anak-anak ibu, ayah dah takda, ayah dah meninggal. Ayah dah ada kat taman syurga, jadi kita kena la hadiahkan ayah doa tiap-tiap hari okay. Cepat makan, nanti buat kerja sekolah…"

Mereka bertiga mengangguk. Entaj faham entah tidak. Salmah bangun dan berlalu ke singki. Air mata yang mengalir dipipi diseka laju. Tidak pernah dalam sehari dia melupakan arwah suaminya itu.

"Ibu, Fariz nak lauk tu lagi. Dah habis ke?" soal Fariz yang berdiri di sebelahnya.

"Dah habis dah. Nanti ibu buatkan untuk Fariz lagi yer," katanya lalu mengusap kepala Fariz.

"Ala ibu ni. Fariz nak sekarang! Sekarang!" kata Fariz lalu kakinya di hentak-hendak ke lantai.

Salmah mendengus kasar. "Fariz, jangan buat perangai boleh tak!"

"Fariz nak lagi. Nak lagi. Kenapa kita ni miskin sangat? Fariz tak suka hidup miskin!" jerit Fariz lalu berlari ke luar rumah. Dia duduk di atas pangkin di halaman rumah.

"Ya Allah, Fariz."

Salmah terjelopok di atas lantai. Liya turun daripada kerusi dan menghampiri Salmah. "Ibu…" panggil Liya lembut lalu memeluk bahu Salmah. Dia menepuk bahu Salmah perlahan. "Ibu jangan nangis, baby ada…"

Air mata Salmah mengalir deras selepas mendengar kata-kata Liya. Hatinya terguris apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Fariz. Ya, dia miskin. Dia tiada harta. Hanya rumah itu satu-satunya harta yang dia dan arwah Pak Andak ada. Kerana miskin, dia berusaha untuk cukupkan makan pakai anak-anaknya itu.

"Ibu okay jer baby, jangan risau yer. Dah pergi basuh tangan. Farid tolong jagakan baby yer, nanti ibu nak pergi kedai. Tadi kamu dah ambil duit dekat kedai Pak Leman?"

"Dah ibu, ni duitnya," Farid menghulurkan duit kepada ibunya.

"Alhamdulillah. Nah kamu ambil RM30, nanti beli baju yang kamu nak beli tu, jangan beli benda lain tau."

"Terima kasih ibu…" Farid berlari masuk ke dalam rumah. Dia menyimpan wang yang diberikan oleh ibunya di dalam poket beg galas.

"Baby duduk dengan abang Farid yer. Ibu nak pergi kedai," Salmah mengusap kepala Liya lalu mencapai tudung yang disangkut pada paku di dinding rumah.

Salmah turun ke bawah dan mencari kelibat Fariz. Ternampak Fariz sedang duduk di bawah rumah sambil bermain guli.

"Fariz, nak ikut ibu pergi kedai tak?"

Soalan Salmah dibalas demgan gelengan.

"Nanti ibu belikan aiskrim. Nak tak?" soal Salmah sekali lagi.

Fariz berlari ke arah ibunya. "Nak…"

"Kalau nak, Fariz janji dengan ibu jangan merajuk lagi, boleh?"

"Okay," jawab Fariz.

Salmah dan Fariz berjalan sambil berpegangan tangan. Senyuman terukir di wajah Fariz. Sungguh naif sikap seorang kanak-kanak dan mereka juga mudah untuk dipujuk.

Hari demi hari, permintaan terhadap nasi lemak dan kuih-muih semakin bertambah. Salmah semakin sibuk menyiapkan pesanan pelanggan. Wang yang dia dapat akan digunakan untuk perbelanjaan rumah dan sekolah anak-anaknya. Sudah lama dia tidak gunakan untuk dirinya sendiri. Bagi Salmah, pembelajaran anak-anak lebih penting berbanding keselesaan dirinya sendiri.

Nasib Salmah baik kerana Liya rajin membantunya. Balik sahaja sekolah, apa sahaja yang disuruh oleh ibunya, dia pasti akan lakukan. Walaupun baru berusia enam tahun tetapi dia sudah jauh lebih matang daripada abang-abangnya, malah tidak pernah Liya meminta supaya Salmah belikan mainan untuknya, sedangkan kanak-kanak seusianya pasti ingin bermain dengan anak patung atau permainan yang lain. Kadang-kala Salmah juga dibantu oleh Mariah. Mariah akan menghantar nasi lemak dan kuih-muih Salmah ke kedai makan yang berhampiran. Ada masanya, Farid akan membawa nasi lemak ke sekolah dan menjualnya kepada para guru di sekolah.

Bulan berganti tahun, 12 tahun telah berlalu. Farid dan Fariz telah melanjutkan pelajaran mereka ke salah sebuah universiti tempatan. Manakala Liya pula sedang menunggu keputusan spm sambil membantu ibunya menjual nasi lemak dan kuih-muih di halaman rumah mereka.

"Liya, nah pergi susun kat atas meja," suruh Salmah sambil menghulurkan bekas kuih.

"Yer ibu…"

"Nanti jangan lupa pergi kedai belikan udang, ibu nak buat masak lemak cili apa. Fariz suka tu. Petang nanti dia balik," ujar Salmah.

"Okay ibu. Ibu, esok keputusan spm Liya keluar tau. Tak sabarnya…"

"Hurm apa yang kamu tak sabar tu? Kamu tu perempuan, belajar tinggi-tinggi pun nantinya ke dapur jugak," kata Salmah sambil mengemas bekas kuih.

"Tapi ibu, Liya pun nak sambung belajar macam abang Farid dan abang Fariz jugak," tutur Liya perlahan.

"Kamu ada duit ke? Kamu ingat murah ke nak bayar yuran tu semua? Aku ni dah nak mati jual nasi lemak tiap-tiap hari…"

Liya menunduk. Perasaannya bercampur-baur. "Tapi ibu, Liya…"

Belum sempat Liya habiskan ayatnya, Salmah terlebih dahulu memotong kata-kata Liya.

"Kau bawa balik bekas-bekas ni, nanti jangan lupa yang aku pesan!"

Liya berjalan perlahan-lahan ke rumah mereka. Air matanya mula mengalir. "Kenapa ibu tak faham apa yang Liya nak? Kenapa Liya tak boleh jadi seperti abang Farid dan abang Fariz? Ibu tak sayang Liya ke?" desis Liya perlahan. Hatinya benar-benar terguris dengan kata-kata ibunya. Bukannya dia inginkan pakaian mewah atau emas dan berlian tetapi dia cuma ingin sambung pelajarannya sahaja.

Jarum jam menunjukkan pukul 8 malam. Seusai solat maghrib, mereka makan bersama-sama. Fariz yang baru sahaja balik bercuti itu di sambut gembira oleh Salmah dan Liya. Sudah hampir dua bulan Fariz tidak pulang ke kampung.

"Ibu, nanti bagi Fariz RM200 yer. Fariz nak beli kasut baru. Kasut Fariz dah buruk lah ibu," ujar Fariz sambil menyuap udang ke dalam mulutnya.

Liya menoleh melihat kasut Fariz yang disusun di atas rak di dapur. "Liya tengok okay jer kasut abang, takda lah buruk pun, takkan dah nak tukar baru, hahaha. Kan ibu," kata Liya disusuli dengan ketawa.

"Eh kau jangan nak menyibuk boleh tak! Suka hati aku lah nak beli yang baru pun, aku bukannya mintak duit kau! Dah la, tak lalu aku nak makan!" teriak Fariz kasar. Dia bangun dan menuju ke singki lalu terus naik ke tingkat atas.

"Eh Fariz, makan la dulu," panggil Salmah lalu memandang Liya dengan riak wajah yang bengis.

Liya menunduk. Dia tergaman selepas mendengar kata-kata Fariz yang agak kasar. Entah apa salah dia kali ini. Dia juga tidak tahu kenapa Fariz selalu bercakap kasar dengannya. Semenjak dia masih kecil, Fariz selalu mengejeknya dan kerana Fariz juga lah, gelaran baby sudah tidak digunakan lagi. Itulah gelaran arwah ayah berikan kepadanya dahulu.

"Kau tengok tu, sebab mulut kau lah Fariz tu taknak makan. Kau ni memang kan…" Salmah membasuh tangannya lalu naik ke tingkat atas. "Fariz… Fariz…"

Tidak lama kemudian, tiba-tiba terdengar duara orang menjerit.

"Arrgghhh…"

Liya terkejut lalu bangun dan berlari ke tingkat atas. Sampai sahaja di ruang tamu, Liya terkejut melihat darah yang mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience