BAB 12

Family Completed 22161

"YOU, I tak boleh pilih. I nak you dan family I. Please jangan buat I rasa terdesak macam ni…" rayu Anisa dengan mata yang berkaca. Tangan sasa Farid dipeluk kuat.

"No! You kena pilih antara I dengan family you. Kalau you rasa hidup dengan I ni membebankan hidup you, you boleh berambus daripada kehidupan I. I tak perlukan you lagi." Tutur Farid tegas. Dia yang tadinya berdiri mengadap papa dan mama mentuanya, kini berpaling dan membelakangkan mereka.

Anisa menangis teresak-esak sambil menekup mukanya dengan tapak tangan. "I tak boleh pilih. I taknak pilih."

"Anisa, come here! Papa dan mama ada lagi. Boleh jaga you. Kenapa you nak bergantung kepada orang miskin dan hina macam dia. He's not valuable like us!"

"Boleh tak kalau kau stop mention pasal miskin. Aku dah muak dah nak dengar. Sebelum aku lanyak muka kau, baik kau blah! Pergi!" Tengking Farid.

"You, no. Jangan halau papa dan mama I. Please…" rayunya lagi.

"Kalau kau nak sangat dengan dia orang, kau pergi sana. Kau tak layak hidup dengan aku lagi. Anisa, aku ceraikan kau dengan talak satu. Kau boleh pergi mana kau suka dan kau boleh kahwin dengan orang yang kau suka. Aku miskin dan hina, tak layak dengan orang kaya macam kau orang. Jangan ganggu hidup aku lagi lepas ni…"

Pintu dihempas kuat. Farid melabuh duduk di atas kerusi di ruang tamu. Air mata jantan mengalir dengan deras.

"You, I minta maaf. Please, buka pintu ni. Please, maafkan I. Papa, I taknak tinggalkan Farid. Please, tolong pujuk Farid. You, tolong buka pintu. I nak hidup dengan you, please…"

Anisa mengetuk pintu bertubi-tubi tetapi tidak dilayan oleh Farid. Tangisannya semakin kuat kedengaran.

"Anisa, you jangan jadi gila lah. Jom balik! Don't be stupid, Anisa!"

Tubuh Anisa ditarik masuk ke dalam kereta. Kereta itu memecut laju meninggalkan halaman rumah Farid.

KERETA Jamil perlahan-lahan masuk ke perkarangan rumah Salmah dan berhenti betul-betul di laman rumah mereka. Jamil mendukung Salmah masuk ke dalam bilik. Tubuh Salmah dibaringkan di atas katil. Wajah Salmah pucat dan tidak bermaya.

"Abang, apa kata kita bawa ibu pergi hospital. Liya tak sedap hati lah."

"Hurm, abang pun rasa macam tu jugak. Jom lah."

"Jom lah, abang…"

Mereka membawa Salmah masuk ke dalam kereta semula dan bergegas pergi ke hospital. Salmah dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lebih lanjut. Dia ditahan di dalam wad untuk beberapa hari kerana dengupan jantungnya agak lemah.

Liya duduk di sebelah Salmah dan kepalanya direbahkan di atas katil. Salmah mengusap kepala Liya perlahan-lahan. Risau jika Liya akan tersedar.

"Liya, terima kasih kerana sayangkan ibu…" ucap Salmah perlahan. Dia menatap wajah Liya yang sedang tidur dengan nyenyak. Bayangan Pak Andak muncul di hadapannya, seolah-olah sedang memanggil-manggil dia. "Abang Andak, jangan pergi. Tunggu Sal…"

Liya tersedar apabila mendengar tangisan Salmah. "Ibu, ibu kenapa? Ibu sakit ke?" soalnya kaget.

Salmah menggeleng. "Abang Andak…"

Liya memandang sekeliling tetapi tiada sesiapa di situ. Bulu romanya mula menegak. "Ibu, takda siapa lah. Ibu mimpi jer. Istighfar yer ibu. Astaghfirullahalazim. Ibu ikut Liya. Astaghfirullahalazim…"

"Astaghfirullahalazim. Lailahaillallah…" ucap Salmah perlahan. Emosinya kembali tenang. Dia menutup mata.

Liya bangun daripada duduk. "Ibu? Ibu?" panggilnya lalu menampar lembut pipi Salmah. Di menekapkan telinganya pada dada ibunya itu. Nafasnya dihembus panjang apabila jantung Salmah masih berdegup. "Alhamdulillah, berdegup lagi. Terkejut aku…" ujarnya. Dia bersandar pada kerusi dan tidak berani melelapkan matanya semula.

"Sayang, ibu macam mana?"

"Allahuakhbar…"

Kedatangan Jamil yang tiba-tiba itu mengejutkan Liya yang sedari tadi hanya diam sahaja. Nafasnya seakan terhenti.

"Abang, Liya terkejut tau."

"Oh. Abang minta maaf. Ibu macam mana?"

Liya muncungkan mulutnya. Masih lagi marah dengan Jamil. "Hurm okay jer. Tadi ibu meracau-racau sebut nama ayah."

"Owhhh yer ker. Ni ibu dah tidur ke? Liya boleh la rehat sekejap. Ni abang belikan nasi dengan tea ais."

Jamil menghulurkan apa yang dibawanya kepada Liya.

"Hurm okay dah. Tu ibu tidur balik…" beritahu Liya.

"Okay lah tu. Liya makan la," ujar Jamil. Dia duduk di atas kerusi malas yang berada di sebelah Liya.

Liya menikmati makanan yang dibawa oleh Jamil. Suasana sunyi di dalam bilik tersebut membolehkan pesakit berehat dengan aman. Nasib baik juga tidak ramai pesakit di dalam bilik berkenaan.

Dua hari Salmah dirawat di hospital, wajah Farid dan Fariz tidak juga kelihatan. Puas Liya menelefon Fariz tetapi tidak dijawab. Manakala Farid pula hanya masuk ke peti simpanan suara.

Salmah dibenarkan pulang apabila keadaannya kembali stabil tetapi badannya terasa lemah dan tidak bermaya. Liya dan Jamil lah yang sentiasa menjaga Salmah siang dan Malam.

Mariah berjalan masuk ke dalam bilik Salmah dan melabuh duduk di sebelahnya yang sedang duduk dan bersandar pada kepala katil. Dia mengusap tangan Salmah perlahan-lahan.

"Sal, kau macam mana?"

"Alhamdulillah. Okay sikit…"

Mariah tersenyum. "Alhamdulillah. Kau kena makan tau, jangan tak makan. Kau kena kuat."

"Aku penat, Mariah. Aku dah letih hidup kat dunia ni. Aku selalu menyusahkan Liya dan Jamil. Padahal aku ada anak kandung tapi dua-dua tak boleh harap…"

"Tak baik kau cakap macam tu. Nanti kalau si Liya dan Jamil tu dengar, terasa dia orang. Tak baik," bisik Mariah. "Kau kena bersyukur, Sal. Kau ada anak yang boleh jaga kau. Tak kisah lah dia orang tu siapa, yang penting dia orang tu ada bila kau memerlukan. Kau jangan fikirkan sangat pasal Farid dan Fariz tu. Insyaallah, nanti dia orang balik lah," tutur Mariah cuba menenangkan hati Salmah.

Salmah terdiam. Dia mengangguk perlahan. "Mariah, aku ada hutang dengan kau lagi ke? Kalau ada beritahu la, aku mintak Jamil tolong bayarkan."

"Hisy apa kau ni balik-balik sebut pasal hutang. Dah tak ada dah. Semua aku dah halalkan. Kau jangan risau. Sekarang ni aku nak kau sihat jer. Kau faham. Aku rindu nak merasa nasi lemak kau, jadi kau kena cepat sihat, nanti aku boleh la beli dengan kau…"

"Kau ni, tak habis-habis dengan nasi lemak tu. Bagi lah peluang untuk aku berehat." Balas Salmah sambil tersenyum.

"Haha yer lah. Kau rehat dulu tapi kena cepat-cepat sihat. Kena rajin makan ubat…"

"Yer. Aku rajin makan ubat. Kau jangan risau. Aku ni kuat lagi tau. Tengok ni," ujar Salmah sambil menunjukkan penumbuk.

Mariah ketawa melihat gelagat Salmah. "Yer lah, kau memang kuat lagi," katanya sambil menyembunyikan tangisannya.

"Kalau kau nak menangis, kau menangis lah. Aku tahu kau sedih kan."

Merembes air mata Mariah selepas mendengar kata-kata Salmah. Tangisannya tidak dapat ditahan lagi.

"Aku minta maaf, Salmah. Aku tak… tak dapat nak tolong kau. Aku cuma mampu doakan kau sihat selalu…" tutur Mariah dengan air mata yang mengalir deras.

"Tak apa lah, Mariah. Kau dah banyak tolong aku. Sejak Pak Andak meninggal sampai lah sekarang, kau tak pernah tinggalkan aku. Aku tak tahu macam mana nak balas jaga baik kau. Terima kasih, Mariah."

Tangisannya semakin kuat disusuli dengan gelengan laju. "Kenapa kau cakap macam tu. Aku dah anggap kau ni dah macam saudara-mara aku. Dah macam adik aku sendiri. Susah senang kita sama-sama. Jangan difikir semua tu, Sal. Aku ikhlas…" ujar Mariah sambil tersenyum hambar.

Mereka menangis teresak-esak di dalam pelukan. Bertahun-tahun lamanya hidup sebagai jiran membuatkan mereka semakin akrab seperti adik-beradik kandung.

Liya yang sedang mencuri dengar perbualan mereka hanya mampu menangis di luar bilik. Dia tidak sanggup kehilangan ibunya yang telah membesarkan dia. Seandainya ibu dan arwah ayah tidak menjadikan dia sebagai anak angkat, entah di mana dia berada sekarang. Dia sangat bersyukur dapat mengenali ibu dan arwah ayahnya.

FARIZ menggerakkan badannya mengikut alunan muzik yang sangat kuat. Kepalanya digoyangkan, matanya tertutup rapat dan bibirnya mengukirkan senyuman penangan pil ekstasi yang ditelan tadi. Tangannya memeluk pinggang seorang wanita yang berpakaian agak seksi yang merupakan teman wanitanya.

"Sayang, kejap lagi kita nak pergi mana?" bisik Fariz ditelinga teman wanitanya.

"Bie nak pergi mana sayang ikut jer. Nak pergi atas langit pun sayang ikut," ujarnya sambil mengoyangkan kepala.

Fariz ketawa. Tubuh teman wanitanya kemas dalam pelukannya. "Kita pergi cucuk langit lah. Hahaha…"

"Nakal lah bie nih. Jom lah kita keluar. Bising lah kat sini."

"Okay, sayang. Jom…" Fariz menoleh melihat sekeliling. "Hoi, jom ar kita blah. Jom jom!" Jeritnya kuat.

Berpusu-pusu kumpulan mereka keluar daripada kelab malam tersebut. Terhuyung-hayang kaki melangkah mencari jalan. Masing-masing masuk ke dalam kereta. Kereta yang berderet itu berhenti di kawasan panas yang selalu dilepak oleh mat rempit dan pelumba haram.

"Malam ni kau nak bet berapa?" soal salah seorang kawan Fariz.

"Aku nak bet RM200.00. Confirm malam ni aku yang menang. Hahaha…"

"Eleh. Kau jangan nak berlagak sangat ar. Lawan ar dulu. Baru tahu siapa hero siapa pondan. Hahahah."

Bergema suara ketawa mereka.

"Ni Fariz lah. Pernah ke Fariz kalah? Tak pernah kan? So? Setakat jalan macam ni aku tak hairan lah. Sayang, jom." Katanya sambil ketawa.

"Bie, jangan la malam ni. Sayang tak sedap hati lah. Esok jer lah…" rayu teman wanita Fariz.

"Sayang ni dah kenapa? Sebelum ni okay jer. Sayang takut ker? Hahaha. Jangan takut, kita takkan mati lah. Setakat jalan straight macam ni jer," katanya dengan berlagak.

"Bie kan tak sihat ni. Sayang taknak lah. Sayang takut."

Fariz mendecit. "Kalau kau takut kau memang tak boleh couple dengan aku ar. Kau blah sekarang. Pergi dekat lelaki yang pengejut macam kau."

"Wei, Fariz. Aku pun rasa malam ni kau jangan race lah. Bahaya. Otak kau ni bukannya betul pun," kata kawan Fariz lagi.

Fariz mendengus kasar. "Korang ni dah kenapa? Dah buang tabiat ke? Tiba-tiba pula jadi baik. Kau demam ek? Huh? Hahahaha. Aku ni Fariz la, setakat malam ni jer, aku tak takut ar."

Kawan Fariz menggaru kepalanya. Susah untuk menasihatkan Fariz yang degil itu.

Fariz masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Kakinya menekan minyak membuatkan exzos berbunyi dengan kuat. Tanpa pedulikan pujukan teman wanitanya, kereta yang dipandu Fariz meluncur laju di atas jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience