BAB 9

Family Completed 22186

SALMAH mengemas pakaiannya kerana hendak tinggal bersama Farid di rumah mereka. Hatinya berbunga-bunga apabila Farid menyatakan hasratnya untuk membawa Salmah tinggal bersama mereka di bandar. Itu lah saat yang dinanti-nantikan oleh Salmah.

"Ibu, betul ke ibu nak tinggal dengan abang Farid? Ibu nak tinggalkan Liya ke?" soal Liya agak terkejut dengan keputusan Salmah.

"Betullah, ibu nak ikut abang Farid kamu."

"Ibu, biar Liya jer yang jaga ibu. Abang Farid dan abang Fariz kan sibuk," ucap Liya perlahan.

"Ibu lebih suka anak lelaki ibu yang jaga ibu. Kamu tu nak makan pun tak cukup, ini kan pula nak jaga ibu," balas Salmah tegas.

"Tapi ibu, abang Jamil kan selalu jaga kita. Ibu pun boleh rehat kat rumah…"

"Ibu taknak susahkan suami kamu," balas Salmah.

"Tapi, ibu…"

Belum sempat Liya menghabiskan ayatnya, Jamil cepat-cepat memotong kata-kata Liya. "Liya, tak apa lah. Abang Farid yang ajak ibu tinggal dengan dia orang."

"Liya bukannya apa, abang Farid tu kan baru jer semester akhir, takkan la tiba-tiba nak jaga ibu. Boleh ke dia? Lagipun isteri dia tu...err…"

Liya menghentikan kata-kata apabila Farid tiba-tiba menolak daun pintu bilik Salmah.

"Ibu, dah siap ke? Kita dah nak bertolak dah ni. Ibu tak payah la bawa banyak snagat pakaian, nanti kita beli jer kat sana," ujar Farid.

"Dah siap dah ni. Ibu bawa sikit jer." Salmah menghulurkan beg pakaiannya kepada Farid. "Liya, nanti tolong tengok-tengokkan rumah ibu yer. Jangan lupa siram semua sayur ibu kat belakang sana…"

Liya mengangguk lemah. "Insyaallah, ibu. Ibu baik-baik tau kat sana. Kalau ada apa-apa call Liya yer."

"Yer lah, kamu jangan la risau. Ibu nak tinggal dengan anak ibu, bukannya ibu nak pergi mana-mana pun. Jamil, nanti kamu jaga Liya ni baik-baik yer…" pesan Salman sebelum menapak keluar daripada bilik.

"Yer, ibu." Balas Jamil pendek.

Salmah, Liya dan Jamil mendekati Farid dan isterinya yang sedang menunggu di dalam kereta. Anisa hanya diam sahaja tanpa memandang wajah mereka. Sesekali terdengar dia mendengus kecil.

Selepas bersalam-salaman, kereta Farid perlahan-lahan meninggalkan halaman rumah mereka. Jamil dan Liya melambai-lambai ke arah Salmah yang berada di dalam kereta tetapi tidak di balas.

"Harap-harap la ibu okay jer kat sana kan. Risau Liya," kata Liya lali mendongak melihat wajah Jamil.

Jamil mengusap kepala Liya. "Insyaallah, sayang jangan la risau sangat, kan abang Farid ada. Ibu mesti gembira dekat sana…" ujar Jamil ingin meredakan kerisauan di dalam hati Liya.

"Ya lah. Jom la kita balik…"

Belum sempat mereka berdua masuk ke dalam perut kereta, terdengar teriakan Mariah dari jauh.

"Liya, JamilTunggu…" panggil Mariah dengan nagas tercungap-cungap. "Ibu kamu dah pergi ke?" soal Mariah.

"Makcik Mariah. Ha dah pergi dah, baru jer tadi…" jawab Liya.

"Laa yer ker. Hurm tak sempat makcik nak jumpa ibu kamu."

Liya dan Jamil saling memandang. "Kenapa makcik?" soal Liya hairan.

"Tak ada apa pun, makcik nak cakap yang makcik nak kena pergi rumah anak makcik. Ingatkan ibu kamu ada lah dekat rumah, nak mintak tolong tengok-tengokkan rumah jer. Kalau dia tak ada tak apa lah. Liya, nanti kamu tolong tengok-tengokkan rumah makcik yer…" pesan Makcik Mariah.

"Owhhh…okay lah, nanti Liya tolong tengok-tengokkan yer. Makcik jangan la risau," balas Liya lalu tersenyum.

"Terima kasih, Liya. Makcik pergi dahulu yer. Kamu berdua jaga diri…"

Liya dan Jamil mengangguk serentak sembari melihat Mariah berlalu pergi. Kereta Jamil bergerak meninggalkan halaman rumah Salmah.

"IBU, masuk lah. Ni rumah Farid."

Salmah memerhatikan sekeliling. Dia tersenyum bangga melihat rumah yang agak besar itu. Dia berbangga dengan Farid kerana mampu memiliki rumah besar walaupun belum lagi menghabiskan pelajarannya.

"Alhamdulillah, besar rumah kamu," ujar Salmah.

Farid menoleh malihat wajah Anisa yang sedang merenungnya tajam. "Err ibu, ibu duduk kat bilik bawah yer. Saya tunjukkan bilik ibu, senang sikit kalau ibu nak ke tandas atau nak makan ke, tak payah turun naik."

Salmah mengangguk. Dia membuntuti Farid ke ruangan yang dikatakan olehnya. "Takpa, ni pun dah bersyukur dah…"

"Ibu rehat lah dulu, nanti kalau nak apa-apa panggil jer Farid."

"Yer lah, kamu jangan la risau…" ujar Salmah lalu tersenyum.

Sebaik sahaja Farid dan Anisa meninggalkan dia di situ, Salmah mengeluarkan pakaiannya daripada dalam beg. Bilik tersebut lebih kecil berbanding biliknya di kampung dan hanya ada satu almari kecil sahaja. Salmah terkilan tetapi dia tetap bersyukur kerana dapat tinggal bersama-sama dengan Farid.

Salmah berbaring di atas katil bersaiz queen itu, mungkin kerana terlalu penat dalam perjalanan, dia terus tertidur. Dia terbangun apabila mendengar bunyi ketukan yang agak kuat di muka pintu.

"Ibu…ibu…"

Tergesa-gesa Salmah membuka pintu bilik. "Yer. Owh Anisa. Maaf la, ibu tertidur."

"Hurm. Jom lah makan." Beritahu Anisa. "Baru jer sampai dah start nak jadi tuan rumah, ingat aku ni orang gaji ke apa nak kena buat semua benda," rungut Anisa perlahan.

Telinga Salmah menangkap kata-kata Anisa walaupun agak perlahan. Dia hanya mampu menggeleng dan berlalu ke bilik air.

"Ibu, duduk la. Kita makan dulu yer. Masakan simple jer ni. Err Anisa pandai masak yang biasa-biasa jer…" ujar Farid sebaik sahaja Salmah melabuh duduk di atas kerusi.

"Alhamdulillah, ini pun dah sedap. Hurm takpa lepas ni biar ibu jer yang masak. Kamu berdua kan sibuk."

"Yer ker, ibu. Err Farid taknak susahkan ibu tapi kalau ibu yang nak buat, Farid okay jer…"

"Boleh jer, Farid. Lagipun ibu dah biasa masak kat kampung tu. Tak susah mana pun," ujar Salmah.

"Okay lah kan macam tu. Boleh la hari-hari Farid makan masakan ibu. Kan you," katanya lalu menoleh melihat Anisa.

Anisa tersenyum tawar. "Yer…" balasnya pendek.

"Kedai jual barang ni tak jauh pun ibu, ada dekat simpang sana jer. Takpalah nanti Farid boleh tolong belikan barang untuk ibu. Ibu cuma masak jer…" kata Farid lagi.

"Yer lah. Kalau kamu tak sempat, ibu pergi beli sendiri. Ibu taknak kacau kamu berdua."

Farid mengangguk. Dia melajukan suapan. Anisa pula hanya tersenyum hambar tetapi dalam hatinya dia merasa lega kerana tidak perlu dia bersusah payah hendak memasak untuk Salmah.

Seusai makan, Farid menapak naik ke tingkat atas. Dia mencari baju korporat yang akan dipakai esok tetapi tiada di dalam almari pakaian.

"You, baju corporate I you dah basuh ke belum? Kenapa takda dalam almari?" soal Anisa yang sedang duduk di ruang tamu.

"Ada kat dalam bakul tu. I tak sempat nak basuh. Kenapa? You nak guna ke?"

"I nak pakai lah esok. Tolong basuhkan untuk I…"

"Eh taknak lah. You pergi lah basuh sendiri. Kan baju you tu. I penat lah, nak rest," balas Anisa sambil melentokkan kepalanya di atas sofa.

Farid mendengus kasar. "You ni, I minta tolong sikit pun tak boleh kan."

Anisa mendecit.

Salmah yang berada di dapur terdengar perbualan Farid dan Anisa. Dia lantas mendekati mereka berdua.

"Farid, kenapa ni?" soal Salmah.

"Tak, esok Farid nak kena pakai baju ni tapi tak basuh lagi. Hurm terpaksa lah Farid basuh."

Salmah memandang Anisa yang sedang menilik telefon bimbit. Dai menggeleng. "Takpa lah, biar ibu jer yang basuh. Meh sini baju kamu tu."

"Eh takpa ke, ibu?" katanya sambil menghulurkan baju. "Susahkan ibu jer lah…"

"Takpa, ibu bukannya buat apa pun." Salmah berlalu ke bilik air membawa baju korporat Farid.

"Kan ibu you ada, boleh jer dia basuhkan. You ni sengaja nak menyusahkan I." Kata Anisa sambil menjuihkan bibir.

Farid mengeluh. "I taknak susahkan ibu I. Dah la ibu baru jer datang rumah kita. Lagipun ibu tu bukannya sihat sangat. You kan ada, boleh la tolong ibu."

"Excuse me, you ingat I ni orang gaji you ker. Dah la you pun menumpang dekat rumah I, ada hati nak arah-arah I. Sedar diri tu sikit ek…"

"Sshhh...you ni dah kenapa? Nanti ibu dengar. Dah la, I malas nak layan you." Farid berlalu ke tingkat atas tanpa berpaling memandang Anisa.

Anisa mencebik. Dia teruskan aktivitinya tadi tanpa pedulikan Farid. Mulutnya terkumat-kamit marahkan Farid dalam bahasa yang dia sendiri sahaja yang faham.

Salmah yang mendengar pertengkaran kecil anak dan menantunya itu merasa serba salah kerana ingin tinggal bersama mereka. Nampaknya terpaksa lah dia menolong mereka melakukan semua kerja di dalam rumah ini, keluhnya perlahan.

5 bulan berlalu sejak Salmah tinggal bersama-sama Farid dan Anisa. Dalam masa tersebut, Salmah menguruskan rumah seperti biasa sehingga dia tiada masa untuk berehat. Ada kalanya Liya datang ke rumah Farid tetapi Salmah tidak membenarkan Liya untuk bermalam di sana.

Salmah sibuk memasak di dapur apabila Anisa datang mendekatinya. Dia meneruskan kerjanya tanpa pedulikan Anisa.

"Ibu, baju Nisa yang ni kenapa ibu tak basuhkan lagi. Nisa nak pakai lah hari ni. Kan Nisa dah beritahu…" kata Nisa apabila menghampiri Salmah.

"Oh. Maaf Nisa, ibu lupa. Sini biar ibu basuhkan."

"Hurm ibu bukannya sibuk pun kat rumah ni. Dah la makan pakai pun kami yang tanggung, rajin-rajin lah sikit buat kerja tu. Jangan la tunggu nak makan tidur jer. Ingat duit tu jatuh daripada langit ke." Marah Anisa sambil mengerutkan keningnya.

"Yer, ibu faham. Ibu ni hanya menumpang jer dekat rumah kamu ni tapi jangan la kamu buat ibu macam pembantu rumah kamu pula," luah Salmah perlahan.

"Bila yang Anis buat ibu macam orang gaji? Kan ibu sendiri yang nak buat semua ni. Kalau ibu taknak buat takpalah. Biar Nisa sendiri jer yang buat tapi ada baiknya kalau ibu keluar daripada rumah ni. Nisa dah taknak tanggung biawak hidup," katanya kasar.

Anisa melemparkan jelingan tajam sebelum berlalu pergi. Ternampak jelas riak wajah Anisa yang angkuh itu.

Salmah hanya diam membisu tanpa membalas kata-kata Anisa. Dia meneruskan kerjanya semula. Dalam diam, perlahan-lahan mutiara jernih mengalir di pipi tuanya. Cepat-cepat dia menyeka dengan hujung jari kerana risau Anisa akan melihat. Salmah merasa terkilan dengan perbuatan Farid dan Anisa yang menganggapnya sebagai orang gaji sahaja di rumah mereka. Salah dirinya juga kerana ingin tinggal bersama mereka tanpa menghiraukan pujukan Liya dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience