BAB 7

Family Completed 22161

LIYA agak terkejut dengan tuduhan yang dilontarkan kepadanya. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja kawan baiknya Tasnim menuduh dia yang bukan-bukan.

Liya mengerutkan dahinya. "Tasnim, apa maksud kau dengan berlagak? Kita dah lama tak jumpa tau…"

"Yer lah, abang kau kahwin dengan anak orang kaya kan tapi kau tak jemput aku pun pergi majlis kahwin abang kau," ujar Tasnim.

"Hah? Majlis kahwin? Abang aku? Abang aku yang mana?"

"Abang Farid kau lah. Kau ni kenapa cam tak tahu jer. Pelik lah kau ni…" kata Tasnim dengan wajah yang hairan.

"Abang Farid aku kahwin? Mana kau tahu?" soal Liya sedikit cemas. Dahinya mula berkerut.

Tasnim menggaru kepalanya. "Liya, kau serius ke tak tahu?"

Laju Liya mengangguk.

"Kan aku satu universiti dengan abang kau, jadi dah heboh dah kat kampus tu yang pelajar akhir tahun yang dapat dekan tiap-tiap semester kahwin dengan anak datuk. Baru-baru ni baru aku tahu yang orang tu abang kau. Aku ingatkan kau pergi lah mahlis kahwin dia. Err kau tak pergi ke?" cerita Tasnim panjang lebar diakhiri dengan soalan pula.

Bola mata Liya memandang tepat ke wajah Tasnim. "Tasnim, kau memang tak tipu aku kan?"

"Astaghfirullahalazim. Takkan aku nak tipu kau. Tak dapat apa lah kalau aku tipu. Aku serius. Sumpah…" Tasnim mengangkat sumpah.

"Err Tasnim, kau kena tolong aku…"

"Tolong apa?"

"Boleh tak jangan cerita kat siapa-siapa pasal ni?"

"Err kenapa?" soal Tasnim cemas.

"Aku taknak ibu aku tahu. Nanti apa pula kata dia."

"Jadi memang betul lah keluarga kau tak tahu pasal ni?" Tasnim agak terkejut.

Liya menggeleng. "Tak tahu. Please, Tasnim…"

"Hurm okay lah. Aku akan simpan rahsia ni tapi aku tak sure tau kalau ibu kau dengar kat tempat lain."

"Okay. Aku takkan salahkan kau kalau ibu aku sendiri yang dapat tahu."

"Ya lah. Eh Liya, aku pergi dulu tau. Nak beli barang sikit. Nanti kita berbual lagi tau. Bye…" Tasnim meninggalkan Liya yang masih berdiri memandangnya.

"Okay, bye." Ucap Liya sambil melihat Tasnim berlalu.

Perlahan-lahan Liya menapak ke kedai yang diberitahu oleh Jamil sebentar tadi. Dia mencari kelibat Jamil di dalam kedai. Terlihat Jamil sedang membayar di kaunter pembayaran. Liya hanya menunggu di luar kedai.

"Sayang, kawan sayang dah pergi ke?" tanya Jamil apabila mendekati Liya yang sedang mengelamun.

"Hurm dah. Abang dah beli barang yang abang nak?"

"Dah. Esok mereka hantar kat kebun. Sayang okay ke?"

Liya tersentak. "Hah?"

"Sayang okay tak ni? Jom la kita berbual dalam kereta," kata Jamil. Dia memaut jemari Liya dan mereka berjalan beriringan ke arah kereta yang terletak tidak jauh daripada kedai tersebut.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, Jamil berpaling mengadap Liya. Sikap Liya yang agak pelik itu menarik perhatian Jamil.

"Sayang, sayang okay ke?'

Liya mengangguk.

"Cuba cerita kat abang, apa yang Liya fikirkan?'

Liya menatap wajah Jamil. "Abang, kenapa abang bagi duit tu kat abang Fariz? Dia mintak ke?"

"Taklah. Kenapa?"

"Hurm bukan apa, Liya taknak terhutang budi dengan abang. Liya malu dengan abang sebab sikap abang Liya macam tu…"

"Sayang, abang tak pernah tau nak pandang serong keluarga sayang. Lagipun, abang ada duit lebih, boleh la abang tolong dia. Abang taknak kalau Fariz jual harta pusaka arwah Pak Andak. Dulu arwah Pak Andak banyak tolong abang, abang terhutang budi dengan arwah. Hurm lagipun, abang ni dah tak ada saudara mara, hanya keluarga Liya jer yang abang ada sekarang ni. Pertama kali abang dapat merasakan kasih sayang seorang ibu. Abang bersyukur dapat masuk dalam keluarga Liya. Jadi, Liya jangan la risau yer. Insyaallah abang ikhlas…" tutur Jamil sambil tersenyum.

Liya membalas senyuman Jamil. "Terima kasih, abang. Liya tak tahu macam mana nak balas jasa abang."

"Sayang, nak balas apanya. Kita kan satu keluarga. Abang taknak sayang cakap macam tu lagi. Okay?" ujar Jamil sambil mencubit pipi Liya.

Liya menolak tangan Jamil. "Okay, abang." Balas Liya manja.

"Hurm sayang nak cakap pasal tu ke dengan abang?" soal Jamil pula.

"Sebenarnya… Hurm pasal benda lain…"

"Apa tu, sayang?"

"Err pasal abang Farid. Dia dah…dah kahwin."

"Kahwin? Bila?" Mulut Jamil ternganga kerana terkejut dengan berita yang baru sahaja Liya sampaikan.

"Baru jer tadi Tasnim beritahu Liya. Abang kahwin diam-diam. Dia kata dengan anak datuk. Hurm patut lah taknak jemput kita…" kata Liya sambil muncungkan mulut. Dia menunduk melihat jemarinya.

"Allahuakhbar. Kenapa lah Farid tak beritahu ibu. Kesian ibu…" tutur Jamil lemah. Dia menggelengkan kepalanya.

Terdengar hembusan nafas Liya yang agak kuat. "Tu lah, Liya kesian dengan ibu. Sampai hati anak-anak ibu buat macam tu kan. Hina sangat ke kita ni sebagai orang miskin, abang?" katanya perlahan. Air mata mula mengalir.

"Astaghfirullahalazim. Kita tak hina, sayang tapi manusia yang sombong dengan Tuhan jer yang buatkan orang miskin ni hina. Err sayang jangan beritahu ibu yer, risau nanti kalau ibu sedih…"

Jamil menyapu air mata Liya dengan ibu jarinya. Jemari Liya digenggam kemas.

Liya mengangguk perlahan. Dia menyeka air mata yang masih tersisa.

Jamil menghidupkan enjin kereta. Perlahan-lahan dia memandu kereta meninggalkan kawasan tempat letak kenderaan.

MARIAH mendekati Salmah yang sedang duduk di bawah rumah sambil meraut daun kelapa untuk dijadikan sebagai penyapu lidi. Dia melabuh duduk di sebelah Salmah.

"Eh Mariah, bila kau balik?" tanya Salmah.

"Semalam. Lepas tu aku kemas rumah kejap. Rasa cam lama betul aku tinggalkan rumah kali ni. Hihi…"

"Haha yer lah kan. Lama kau pergi kali ni. Dekat tiga minggu jugak kan."

"Ha ah tiga minggu. Biasa lah dah alang-alang kat sana kan, aku tolong lah apa yang patut. Anak pertama kan…" ujar Mariah. "Kau macam mana? Sihat ke?"

"Alhamdulillah, aku sihat jer. Macam ni jer lah," balas Salmah masih meneruskan kerjanya.

"Alhamdulillah. Kau pun sekarang dah ada Jamil, boleh tolong tengok-tengokkan kau dan Liya."

"Tu lah. Syukur sangat. Nasib baik dia orang tu ada kat sini, kalau tak, entah apa lah nasib aku nanti," balas Salmah sambil tersenyum.

Mariah menampar lembut tangan Salmah. "Eh, Farid dengan Fariz tak balik ke?"

"Ada Fariz balik sekejap hari tu. Farid balik masa raya tu jer lah. Sekarang dah tak nampak bayang dah. Hurm susah bila budak-budak ni dah besar. Nak jumpa dia orang tu nak kena buat temujanji dulu. Kalah menteri…"

"Tu lah tu. Sama lah anak aku pun. Susah betul dia nak balik kampung ni. Aku jugak yang nak kena pergi jumpa dia kat bandar tu. Bukannya kau tak tahu kalau dah pergi sana, makin lama lah nak boleh balik…" cerita Mariah disusuli dengan ketawa.

Salmah menggeleng sambil tersenyum. "Betullah. Esok lusa kalau aku dah dapat menantu, entah lah macam mana. Harap-harap la menantu aku tu cam menantu kau, baik jer…"

"Insyaallah, aamiin. Aku doakan untuk kau yer Salmah. "

"Aamiin." Ucap lalu ketawa perlahan.

Mariah menolong Salmah meraut daun kelapa dan mereka hanya berbual kosong sahaja sehingga kereta Jamil masuk ke perkarangan rumah Salmah.

Jamil perut daripada perut kereta. "Assalamualaikum…"

"Waalaikumsalam." Jawab Dalmah fan Mariah serentak.

"Ibu, makcik Mariah." Liya bersalaman dengan Salmah dan Mariah. "Bila makcik balik?" soalnya.

"Semalam lagi. Kamu daripada mana ni?"

"Kami pergi beli baja untuk kebun pisang abang Jamil ni. Alang-alang nak balik tu boleh la singgah rumah ibu kejap." Kata Liya lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. "Ibu, ni ada barang dapur sikit. Liya mintak abang Jamil bawa masuk dalam rumah yer…"

Jamil berlalu ke dalam rumah sambil membawa barang-barang yang dibeli sebentar tadi.

"Buat susah-susah jer lah kamu ni. Banyak lagi barang kat dalam tu," tegur Salmah sambil mengerutkan dahinya.

"Hisy kau ni Salmah, dah orang nak bagi, ambil jer lah. Tak baik tau tolak rezeki," ujar Mariah pula.

Liya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Mariah. "Ya lah, ibu. Tak baik tau tolak rezeki," katanya sambil tersengih.

"Hurm yer lah. Kamu berdua ni elok jadi kawan jer lah." Kata Salmah lagi.

"Kami memang dah jadi bff, kan makcik Mariah. Hihihi," Liya ketawa geli hati.

Mariah mengiyakan. "Betul tu. Kau jer tak tahu, Salmah."

Terdengar suara hilaian ketawa mereka di bawah rumah petang itu. Jamil yang berada di dalam rumah hanya menggelengkan kepala sahaja sambil tersenyum.

Liya dan Jamil makan malam di rumah Salmah sebelum pulang ke rumah mereka. Lagi pula, Salmah tidak membuat kuih-muih dan nasi lemak kerana ingin berehat sementara budak-budak swkolah masih lagi bercuti sekolah.

Liya meletakkan tiga biji pinggan di atas meja. Dia melabuh duduk di antara Jamil dan Salmah.

"Ibu, malam ni ibu nak Liya temankan ibu tak?"

"Tak payah la, Liya. Kamu balik jer kat rumah kamu. Lagi pula, makcik Mariah kamu ada jer kat rumah dia. Kamu jangan la risau sangat. Kesian Jamil dah berapa malam kamu tinggalkan dia sorang-sorang. Bila yang kamu nak mengandungnya kalau asyik berkepit jer dengan ibu…"

Liya dan Jamil saling bertatapan tetapi Liya melarikan pandangannya. Jamil tersenyum nipis.

"Hurm yer lah, ibu. Nanti Liya ikut abang Jamil balik. Kalau ada apa-apa, ibu telefon Liya tau…"

"Yer lah. Kamu jangan risau. Ibu sihat jer ni. Dah cepat makan, nanti kang sejuk pula lauk ni…" ujar Salmah sambil tersenyum. Alhamdulillah, ada juga anak yang dia boleh harapkan, tuturnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience