BAB 8

Family Completed 22161

PERKAHWINAN Farid masih lagi menjadi rahsia. Liya dan Jamil tidak berani membuka mulut kerana risau Salmah akan merasa sedih. Mereka risau jika kesihatan Salmah akan terjejas. Nanti entah apa yang akan berlaku terhadap ibunya itu.

Salmah mengayuh basikal tuanya ke kedai Pak Leman untuk membeli barang keperluan membuat kuih-muih. Dia menongkat basikal tuanya di sebelah kereta kereta Jamil yang kebetulan juga sedang membeli barang.

"Eh ibu, ibu nak beli apa? Biar Jamil yang belikan…" ujar Jamil sebaik sahaja terlihat Salmah yang masuk ke dalam kedai.

"Jamil. Tak apa, ibu nak beli sagu jer. Tiba-tiba pula habis."

"Okay lah. Jamil nak pergi kebun sekejap. Hati-hati nanti masa balik," pesan Jamil sebelum keluar daripada kedai.

"Yer lah. Baik-baik memandu tu." Ujar Salmah lalu melangkah ke arah barangan kering di dalam kedai.

Jamil masuk semua ke dalam kedai. Dia menghulurkan wang kertas bernilai RM50.00 kepada Pak Leman setelah kelibat Salmah sudah tidak kelihatan.

"Pak Leman, saya bayarkan untuk ibu saya, nanti kalau ada lebih Pak Leman berikan kepada ibu saja yer. Terima kasih, Pak Leman," bisik Jamil perlahan. Dia kuatir jika Salmah akan terdengar.

"Baiklah. Kamu jangan la risau…" balas Pak Leman.

Jamil berjalan keluar daripada kedai dan menuju ke arah keretanya. Perlahan-lahan dia memandu meninggalkan kedai Pak Leman dan menuju ke kebunnya yang terletak hanya 2 kilometer sahaja dengan kedai Pak Leman itu.

Selepas mengambil dua paket besar sagu dan 5 paket gula pasir, Salmah berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Pak Leman, tolong kira berapa semua?"

"Sekejap yer." Pak Leman menekan kalkulator yang berada di atas meja. "Semua RM19.00 ringgit jer…"

Salmah mengeluarkan beg duitnya untuk mambayar tetapi ditegah oleh Pak Leman.

"Salmah, tak payah bayar, ada yang tolong bayarkan. Nah ni duit baki…"

"Eh siapa yang tolong bayarkan?" soal Salmah hairan.

Pak Leman muncungkan mulutnya. "Tu tadi tu menantu kamu si Jamil tu tolong bayarkan. Ni ada duit lebihnya. Nah ambil…"

"Oh yer ker. Budak ni, bertuah betul…"

"Alhamdulillah, syukur kamu Salmah dapat menantu baik macam tu. Bertuah Liya walaupun kahwin dengan duda, hidup dia mewah jer…" kata salah seorang orang kampung yang berada di dalam kedai.

"Alhamdulillah. Dah jodoh dia kak Melah. Nasib baik lah ada juga yang nakkan orang miskin macam kami ni, kalau tak entah lah apa nasib kami anak beranak," balas Salmah.

"Eh apa pula kata macam tu, Salmah. Duda pun kalau duit banyak, saya pun tak kisah. Betul tak Pak Leman." Kata Kak Melah lagi.

"Hurm yer lah. Bujang ke, duda ke, kalau dah baik tu tak apa lah. Terima saja." Balas Pak Leman pula.

"Kak Melah, Pak Leman, saya balik dulu lah. Nak siapkan tempahan orang pula. Assalamualaikum…" ucap Salmah lalu menapak keluar daripada kedai dan menuju ke arah basikalnya. Malas dia hendak berbasa-basi dengan Kak Melah yang suka membawang itu. Perlahan-lahan dia mengayuh basikal meninggalkan kedai Pak Leman.

Sampai sahaja di rumah, Salmah mendorong basikal tuanya ke bawah rumah. Dia masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Liya tersenyum manis ke arah Salmah sebaik sahaja Salmah mendekatinya.

"Ibu, banyak ke tempahan kuih?" soal Liya apabila melihat barang yang terletak di atas meja.

"Tak banyak pun. Macam biasa jer. Panas betul cuaca hari ni kan. Berpeluh-peluh ni ha." Ujar Salmah sambil menyeka peluh yang mengalir di dahinya dengan belakang tapak tangan. "Masa dekat kedai tadi, ibu terserempak dengan Jamil. Dia bayarkan barang-barang ibu pula."

"Oh yer ker. Okay lah tu ibu. Boleh ibu jimat duit kan. Hehehe…"

"Okay tu memang lah okay tapi ibu segan lah. Dah banyak dia keluarkan duit belanja untuk ibu, isk malu lah ibu," katanya lagi.

"Ala ibu ni, biar jer dia nak belanja ibu. Lagi pun kalau bukan kita yang habiskan duit abang Jamil, siapa lagi nak habiskan. Abang Jamil tu bukannya ada saudara mara pun. Tak apa lah, ibu…" tutur Liya panjang lebar.

Salmah memandang wajah Liya. "Yer lah kamu tu. Ni ibu nak tanya, kamu tak ada tanda apa-apa lagi ke?"

"Tanda apa, ibu?" tanya Liya dengan wajah bersahaja.

"Tanda orang nak mengandung lah."

Liya tersedak air liur. "Ibu ni, mana ada lagi lah. Liya kan muda lagi. Tak nak lah," ujar Liya sambil tersengih-sengih.

"Masa muda lah orang nak dapat anak, nanti dah tua kan susah. Alang-alang kamu berdua ni masih muda, beranak lah ramai-ramai…"

"Malas lah Liya nak jaga anak ramai-ramai. Nanti bila Liya dah masuk 20 tahun ke, baru lah fikir nak mengandung," balas Liya.

Salmah menggaru kepalanya. "Macam-macam lah kamu ni Liya."

"Hehehe. Hurm ibu, Liya ada benda nak cakap dengan ibu tapi ibu jangan la terasa hati tau…"

"Kamu ni, beritahu jer lah benda apa?"

"Ibu jangan marah tau…"

Salmah mendengus perlahan. "Kalau kamu main-main lagi lah ibu rasa nak marah. Beritahu lah benda apa?" soal Salmah sambil memandang wajah Liya.

"Macam ni, err sebenarnya kan err sebenarnya…"

"Sebenarnya apa?" soal Salmah sambil menepuk meja.

"Sebenarnya abang Farid dah kahwin!"

"Hah? Apa kamu kata?" Salmah menyoal Liya dengan wajah yang terkejut.

Liya serba salah. Dia melarikan pandangannya ke tenpat lain.

"Liya?" panggil Salmah.

"Yer. Hurm abang Farid dah kahwin. Kawan Liya si Tasnim tu beritahu." Beritahu Liya perlahan.

Salmah diam seketika. "Astaghfirullahalazim. Betul ke? Ya Allah. Kenapa dia tak beritahu kita? Kenapa dia tak beritahu ibu?" Tutur Salmah sebak. Matanya berkaca. "Sampai hati Farid tak jemput ibu ke majlis perkahwinan dia." Air jernih mula membasahi pipi.

"Ibu, mungkin abang Farid tak sempat nak beritahu." Liya cuba memujuk.

Terdengar tangisan Salmah yang mendayu-dayu. "Kenapa dia tak jemput kita Liya? Kita ni tak prnting ke dalam hidup dia? Ibu ni tak penting ke?" tanya Salmah perlahan.

Liya mendekati Salmah lalu memeluk bahu ibunya itu. "Ibu, jangan la menangis. Nanti Liya call abang Farid suruh balik yer…"

"Tak. Tak payah la Liya. Dia orang tu tak pernah ingat dengan kita, sampaikan kahwin pun tak jemput kita. Ibu gagal, Liya. Ibu dah gagal…"

"Ibu, bukan salah ibu. Ibu tak pernah gagal. Maafkan Liya, ibu. Liya tak patut cerita dekat ibu. Salah Liya." Tangisan Liya juga kedengaran.

Mereka berdua menangis sambil berpelukan. Salmah terkilan dengan sikap Farid yang tidak menghormatinya sebagai seorang ibu sehingga tidak menjemputnya ke mahlis perkahwinan tersebut.

SEMINGGU kemudian Farid dan isterinya Anisa pulang ke kampung untuk berjumpa dengan Salmah setelah puas dipujuk oleh Liya. Farid merasa bersalah kerana tidak memberitahu tentang majlis perkahwinannya kepada Salmah, kerana itu lah dia takut hendak pulang ke kampung.

"Ibu, maafkan Farid sebab tak beritahu ibu pasal majlis kahwin kami. Farid tak sempat. Perkahwinan ni pun tanpa dirancang…"

Masih terngiang-ngiang alasan Farid di telinga Salmah. Matanya berkaca apabila terkenangkan sikap Farid yang berubah serta merta.

"Ibu, jom lah kita turun makan kat bawah. Abang Farid dan akak Anisa pun dah tunggu kat bawah…"

"Yer lah, kamu pergi lah dulu, nanti ibu turun." Kata Salmah tanpa berpaling melihat wajah Liya.

Liya meninggalkan Salmah yang masih diam membisu lalu menuju ke dapur.

"Ha Liya, mana ibu? Kata nak makan sama-sama." Soal Farid sebaik sahaja melihat wajah Liya.

Liya melabuh duduk di sebelah Anisa. "Kejap lagi ibu datang la. Ibu tengah kemas bilik." Liya terpandang ibunya yang baru sahaja muncul. "Ha tu ibu dah datang. Jom makan…"

Salmah melabuh duduk di sebelah Liya. "Makan la. Farid, Anisa, jemput makan. Masakan kampung jer," ujar Salmah.

Anisa tersenyum hambar. Dia menguis-guis nasi di dalam pinggan lalu menyuap ke dalam mulut sedikit demi sedikit.

"Anisa, ambil la lauk tu. Jangan segan-segan…"

"Takpa lah, ibu. Anisa tak pernah makan masakan macam ni. Kat rumah Anisa selalu orang gaji jer yang makan macam ni. Err you, I naik atas dulu lah." Kata Anisa dengan wajah yang berlagak. Dia berjalan ke sinki untuk membasuh tangan.

"Err okay lah. Nanti I temankan you lepas makan…" balas Farid.

Salmah terdiam mendengar kata-kata Anisa. Sungguh hina makanan yang mereka hidangkan untuknya. Sedangkan makanan itu lah yang menjadi makanan kesukaan keluarga mereka.

"Ibu, Farid dah kenyang. Farid nak pergi tengok Anisa sekejap." Farid membasuh tangan dan berlari naik ke tingkat atas.

Air mata Salmah mengalir deras. Dia terasa hati dengan kata-kata menantunya itu. Baru sahaja mereka berjumpa pagi tadi tetapi begitu layanan yang Salmah dapat daripada menantu sulungnya.

"Ibu…" Liya menggenggam jemari Salmah.

"Liya makan yer, ibu dah kenyang."

Selepas membasuh tangan, Salmah masuk ke dalam biliknya di tingkat atas. Di dalam bilik, Salmah menangis sepuas hati. Gambar arwah Pak Andak dipeluk erat. Biar tangisan yang menceritakan segala rasa sedih yang terbeku selama ini.

Ibu mana yang tidak terasa dengan sikap anak dan menantunya yang baru sahaja dia jumpa setelah sekian lama. Mungkin salahnya juga kerana menjadi seorang ibu yang miskin, yang tidak dapat membanggakan anak-anak.

"Abang Andak. Abang tengok lah perangai anak-anak kita. Semuanya dah berubah. Sal dah tak kenal mereka sekarang. Entah di mana salah Sal, abang. Mungkin salah Sal masa mendidik mereka dulu. Patutnya Sal usaha untuk jadi lebih kaya, semuanya salah Sal…"

Gambar perkahwinan dia dan arwah Pak Andak ditenung lama. Air matanya juga sudah berhenti mengalir. Dia duduk termenung sambil bersandar pada kepala katil.

"Kan I dah kata I taknak balik, kenapa you suka paksa-paksa I. You tengok ni, badan I ni dah gatal-gatal you tahu tak? Hisy I memang tak suka lah kampung you…" marah Anisa kuat.

"Sshhh jangan la bising, nanti ibu I dengar. Okay, malam ni last kita kat sini. Kita baru jer sampai, takkan dah nak balik. You sabar lah sekejap. I tak puas lagi berbual dengan ibu I," kata Farid pula.

"You hantar I balik, lepas tu you berbual lah puas-puas dengan ibu you tu. I dah tak sanggup nak stay dekat sini. You tahu kan seumur hidup I, I tak pernah pijak kaki I kat rumah kampung macam ni. Eeuuww I geli tahu."

"Nisa, please. Tolong hormat family I. Sebelum ni I dah pernah cerita dekat you kan siapa I sebenarnya dan I tak pernah paksa you untuk kahwin dengan I. Takkan la sekarang lepas kita kahwin, lepas you jumpa family I, you terus nak berubah! This is not fair!" Kata Farid dalam nada yang berbisik.

"Whatever! Apa-apa pun, I nak balik jugak. Full stop!"

Salmah yang berada di bilik sebelah terdengar pertengkaran Farid dan Anisa. Air matanya kembali mengalir dengan laju. Kata-kata mereka benar-benar mengguris perasaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience