Completed
63
JIKA sebelum ini, untuk aku bangun solat tahajud mungkin sebulan sekali. itupun aku solat kerana aku terjaga dan tidak boleh lelapkan mata kembali.
tetapi sejak empat hari yang lalu, solat tahajud seolah solat yang wajib aku buat setiap pagi. bukan lagi kerana aku terjaga. tetapi memang aku setkan dalam kepala aku mesti jaga untuk tidak terlepas solat tahajud.
didalam solat itu juga tumpahkan air mata aku sepuasnya untuk kesembuhan Amru. didalam solat ini juga aku didik hati aku perlahan-lahan supaya menerima segla ketetapan ini. didalam solat ini juga aku adukan kesakitan aku.
didalam solat ini aku pinta supaya tuhan yang maha pemurah, kuatkan aku. lapangkan dada aku untuk menerima ujian yang cukup berat bagi aku yang tidak pernah diuji sebegini.
selesai berdoa, aku mencapai alquran. seperti sudah menjadi rutin. kulit alquran itu aku usap bersama senyum nipis. tidak semena-mena air mata aku mengalir deras.
dulu, jika Amru suruh aku mengaji, ada saja alasan aku. aku hanya mengaji jika aku bernar-benar ada masa.
'ngaji Baby, I suruh ngaji pun You banyak alasan. takkan nak tunggu I dah tak ada baru nak ngaji? masa tu mengaji sambil menyesal baru You tahu.'
kata-katanya kembali terngiang. tidak perlu tunggu dia tiada aku sudah rasa menyesal itu. menyesal kerana merajuk hanya kerana disuruh mengaji.
"i'm sorry..." alquran itu aku bawa ke bibir lalu aku kucup lama.
benar katanya. aku menyesal. menyesal kerana aku susah baru aku cari alquran. aku dah sakit baru aku cari tuhan. aku dah rapuh baru aku nak merintih pada tuhan. aku benar-benar hamba yang tak kenang diuntung.
dengan lelehan air mata yang masih deras mengalir. aku angkat kepala menoleh ke arah pintu apabila telinga aku menangkap bunyi pintu itu ditolak dari luar.
wajah Ayah yang sudah siap berbaju melayu dan berkain pelikat menyapa mata aku. tidak ketinggal ketayak menutup uban putih yang hampir penuh di kepalanya.
"baca surah ikhlas sampai Ayah habis solat." tanpa basa basi, ayah terus mengarah aku.
tidak membantah aku mula membaca suruh yang dinamakan surah ikhlas, tetapi tiada satupun perkataan ikhlas yang tertera dimana-mana ayat dalam surah itu. sesekali mata aku ikut terbaca tejemahan surah itu.
kataknlah (wahai muhammad): tuhanku ialah Allah yang esa (1)
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk utuk memohon sebarang hajat (2)
ia tidak beranak dan ia pula tidak di peranakkan (3)
dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganku (4)
Sedari tadi tangis yang tiada berkesudahan aku perlahan-lahan tenang walaupun aku masih tidak tahu mengapa aku disuruh baca surah al-ikhlas oleh ayah.
seusai Ayah memberi salam, dia memusing badan menghadap aku yang masih berteleku ditikar sejadah bersama Quran di tangan dan telekung yang masih tersarung dibadan.
Aku tertunduk apabila renungan ayah semakin tajam menikam tepat sehingga ke ulu hati terasa tajamnya.
"Dalam surah ikhlas, ayat kedua Allah berfirman. Allah ialah tempat sekalian makhluk minta hajat. Jadi, tugas kita sebagai hamba adalah meminta. Minta sebanyak mana kita nak. Minta sebanyak mana kita mahu. Sama ada nak bagi atau tidak. Itu pilihan Allah. Dia takkan bagi semua yang kita minta dia bagi apa yang jadi keperluan kita. Dia bagi apa yang paling terbaik untuk jalan hidup kita." Aku tak faham maksud ayah. Berkerut dahi aku mahu fahamkan. adakah ayah mahu kata aku sebenarnya tak perlukan Amru?
"Tapi orang perlukan Amru. Macam mana orang perlukan mak Ayah untuk hidup orang, macam tu juga orang perlukan Amru."
"Ayah tak kata kamu tak perlukan Amru. Kita semua perlukan pasangan kita. Cuma, sebagai hamba. Kita ada batas kita. Kita ada kehendak kita. Kita nak apa yang kita nak. Kita doa seolah-olah kita memaksa Allah supaya ikut kehendak kita. Hakikatnya kita ni hanya hamba. Macam mana pun kita rasa permintaan kita untuk kehidupan yang lebih baik, tapi Tuhan lebih tahu apa yang paling terbaik untuk kita.
Macam manapun kita, pada akhirnya kita tetap kena akur pada ketentuan tuhan. Doa boleh ubah takdir. Tapi jika takdir yang kita harap dapat diubah tu akan menjerumus ke arah yang tak baik. Adakah kita nak salahkan diri kita?
Sebab tu, jangan minta seolah memaksa. Minta kita tetap kena minta. Tapi selitkan juga supaya, Allah bagi yang paling terbaik untuk kita." Aku diam. Quran yang sudah ditutup aku kuis hujung penjurunya.
"Macam mana kita doa sungguh-sungguh Allah sihatkan Amru. Macam tu kita Ayah nak kamu doa supaya Allah beri terbaik untuk kamu. Andaikan kehidupan kamu akan jauh lebih baik dengan semakin sembuhnya Amru. Maka minta Allah angkat sakit-sakitnya. Jika dengan ketiadaan Amru buat kamu jadi terbaik. Minta sungguh-sungguh pada tuhan yang paling berkuasa supaya beri kamu kekuatan. Campak rasa ikhlas dan reda dalam hati kamu. Ikhlas dengan reda ni kena minta sungguh-sungguh pada Allah. Kena banyak cakap pada diri sendiri." Kali ini air mata jatuh deras tanpa aku terfikir untuk seka.
Aku mahu membentak kerana Ayah seolah tidak faham apa yang aku rasa. Tetapi, aku cuba untuk kekal waras. Apa yang ayah kata langsung tiada salahnya. Cuma aku saja yang sukar untuk terima kerana emosi aku sendiri sedang terumbang ambing.
Aku diam. meski bukan sekarang, aku harap perlahan-lahan aku dapat serap apa yang ayah sampaikan pada aku tadi.
Tubuh gempal ayah aku peluk erat. "Ayah doakan orang eh?"
"Setiap masa ayah doa supaya Allah beri Kekuatan luar biasa pada anak Ayah.... Satu-satunya anak Ayah."
Lagi-lagi kata-kata ayah buat aku banjir.
SEMENTARA menunggu Mami jemput aku untuk bersama ke hospital sekejap lagi, aku ambil kesempatan untuk melayan Aysar makan memandangkan sudah berapa hari ni Aysar banyak diurus oleh Mak.
sambil aku teman anak bujang seorang ini megnhabiskan makanannya, aku mengutip butir nasi yang bertaburan diatas alas yang sengaja aku alaskan dibawah Aysar.
sejenak kutipan nasi terhenti saat telinga aku menangkap bunyi deringan telefon. jantung aku sempat berdebar. tetapi mengingatkan sebentar lagi aku akan ke hospital, besar kemungkinan panggilan itu dari Mami.
tanpa membasuh tangan, aku bangun dari duduk lalu membawa kaki menuju ke arah tv memandangkan telefon aku caskan di plak sebelah tv itu.
jantung aku berdegup laju serta merta saat melihat nama pemanggil tidak tertera diksrin. hanya nombor yang tidak dikenali. tak perlu aku berteka teki, tentunya panggilan ini dari pihak hospital.
nafas aku tarik dalam meski tersangkut. nak atau tidak, aku tetap perlu menyambut panggilan ini. bagaimana aku tak mahu dengar lagi berita buruk meski kebarangkalian untuk aku dengar perkara sebegitu adalah tinggi, aku tetap perlu hadap.
lambat-lambat aku jawab. aku diam menunggu pihak sana yang mula bercakap dahulu.
"hello selamat pagi, saya dari unit rawatan rapi HSA, boleh saya bercakap dengan waris encik Amru Waeel Bin wahab?"
"ye saya bercakap. ada apa ye?" sehabis daya aku mengawal getar suara. telefon aku genggam erat mahu mengurangkan getaran pada pegangan telefon.
"saya nak maklum pada Puan, Encik Amru dah sedarkan diri malam tadi dan akan dipindahkan dari ICU. Pesakit tidak perlukan rawatan rapi lagi. hanya memerlukan pemantauan di wad biasa saja sehingga pesakit dibenarkan discaj." serta merta senyuman aku melebar bersama air mata yang mengalir laju. setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan dalam hati.
"baik, baik. terima kasih ye." tanpa aku menunggu pihak hosital meletakkan panggilan, aku terlebih dahulu yang memutuskan panggilan.
"Mak! Ayah!" nama Mak dan ayah aku laung bersama deraian air mata.
"Mak... Ayah..." lagi-lagi nama Mak aku seru saat kaki aku melangkah ke pintu dapur. aku tak nampak kelibat Ayah, tapi aku nampak Mak. belakang badan Mak yang sedang terbongkok-bongkok mengutip hasil buminya aku pandang.
laju-laju mak menoleh apabila aku memanggilnya lagi dengan esakan syahdu.
"kenapa?" dengan langkah tergesa, mak merapati aku.
"Amru dah sedar. dah stabil dah tukar wad." esakan aku makin kuat berlagu. syukur aku masih diberi kesempatan untuk mendengar berita baik tentangnya selepas hampir seminggu suami aku tak sedarkan diri.
bukan hanya satu, malah tiga berita gembira aku terima. andai aku hanya menerima satu saja perkahabaran dan perkembangan baik tentang Amru saja, sudah besar rahmat pada aku. tetapi ini, Allah hadiah tiga sekali pada aku.
masya Allah, baiknya Allah. hanya aku aja yang sering persoalankan kebaikkan-Nya. sedangkan aku hanya hamba-Nya yang tak patut pun untuk mempersoalkan segala yang Dia beri pada aku.
"alhamulillah." ucap Mak sambil meraup muka dengan tapak tangan.
"orang tinggal Aysar lagi boleh? orang nak pergi jemput Mami pergi hospital." aku serba salah untuk susahkan Mak lagi. Tapi aku juga tiada pilihan.
"pergilah..." kesanggupan Mak buat aku sebak lagi. air mata aku yang hampir kering kembali laju.
"terima kasih Mak. orang minta maaf banyak susahkan Mak dan Ayah." ucap aku menatap lurus ke dalam anak mata Mak.
"Kamu anak mak Ayah. kamu satu-satunya anak Ayah. selagi mana nama kamu berbintikan ayah selagi tu tak ada istilah susahkan Ayah. macam mana, Aysar saham akhirat kamu dengan Amru. macam tu juga dengan kamu. sampai matipun, kamu tetap saham akhirat Mak ayah. pergilah. jangan risaukan Aysar. kalau kamupun Ayah tak bagi orang sakitkan, inikan pulak Cucu Ayah." tak tahu dari Mana Ayah muncul, tiba-tiba dia bagi kata-kata buat esakan aku makin menjadi-jadi.
aku sembamkan muka aku ke celah ketiak ayah. lelaki yang tidak pernah berkira dengan aku. jika Amru lelaki terbaik aku, Ayah lelaki paling terbaik aku. tiada siapa dapat tandingi ayah.
Share this novel