LANGKAH ku laju serupa macam orang tak pijak tanah. Mampuslah! Gara-gara overslept sampai ke pukul 8 pagi aku benar-benar lewat ke kuliah! Tak pernah-pernah aku buat perangai macam ni, hari ni marked dalam calendar aku betapa aku,
AKU berjalan dengan agak tergesa-gesa menuju ke dewan kuliah gara-gara sudah terbabas tidur. Habislah aku kali ni! Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup Nur Nadrah Dahlia, aku akan lewat masuk kelas. Sudahlah hari ni, aku ada pembentangan yang melibatkan markah untuk mid-term. Sahlah! Memang aku kena nanti.
Aku mengerling sekilas jam tangan Baby-G pink ku. Oh! Tidak! Rasa nak menjerit saja untuk berhentikan masa. Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku bila aku dah lewat dalam kelas. Satu! Saat aku buka pintu bilik kuliah, pasti dan hundred percent akan ada suara-suara sumbang yang hu..ha..hu..ha..sibuk tepuk tangan macam menang award je. Dua! Mulalah tu sesi bergosip Kiah Propa, bisik sana bisik sini. Tiga! Kalau aku masuk bilik tu nanti sure aku kena fikir nak cari tempat duduk yang boleh menutup muka tebal aku ni. Hisy…banyaknya masalah negara yanga bakal aku alami nanti.
“KRING! KRING!”
“Hisy…siapa pulak yang telefon aku ni? Dahlah aku sekarang tengah darurat nak menuju ke kelas.”
“Hello! Nadrah. Tak pergi kelas ke?”
“Assalamualaikum, Cik Nurul Hana. Aku accident tidur la tadi. Presentation tu dah start ke? Habislah aku kena deduct markah nanti!”
“Cepatlah! Kau ada masa lagi. Lecturer tu belum sampai lagi. Baik kau lari pecut ke sini.”
“Okay! Okay! Aku akan sampai around 10 minutes. Save tempat duduk aku tau! Kalau tak, putus kawan!” ugutku pada teman baikku.
“Yes! Sir. Cepatlah datang.”
Aku segera berjalan dengan langkah yang tergesa-gesa. Tudung senget sudah tidak menjadi keutamaanku asalkan kepalaku tak senget. Aku tersenyum lega kerana aku kini sudah berada di depan pintu kuliah. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku cuba membuang segala 3 perkara yang aku fikirkan sebentar tadi.
Dengan ucapan Bismillah, aku melangkah kaki kanan lalu masuk ke dalam bilik kuliah dengan hati yang tenang. Gulp! Kenapa suasana diam pulak ni? Senyap dan sepi. Aku cuba meliarkan mata ke sekeliling bilik kuliah.
OMG!!! Rasa nak menjerit KING KONG dalam bilik kuliah ni. Aku dah salah bilik la!!! Ini bilik B la! Malunya aku! Aku rasa wajah aku ni dah malu tahap tinggi Menara KLCC daa. Apa pasal aku boleh salah masuk kelas ni! Hisy…tanpa berlengah aku hanya tundukkan kepala lalu menutup pintu bilik kuliah tersebut untuk beredar.
Jam sekali lagi aku kerling. Dah lambat 10 minit! Aku janji tadi dengan Hana around 10 minutes! Ceh…speaking konon! Mampus la aku. Aku mempercepatkan langkahku menuju ke bilik kuliah F.
Share this novel