BAB 5

Romance Completed 47078

Pelik. Itulah yang aku dapat rasakan sekarang. Kenapa pulak tiba-tiba mama aku suruh aku balik? Hemmm…kenapa aku rasa macam ada something yang akan berlaku? Aku mengemas pakaianku untuk dibawa pulang.

“Assalamualaikum, Hana.”

“Hemm… Nadrah! Waalaikumsalam. Kenapa ni?”

“Aku kena balik la. Mama aku minta aku balik. Katanya ada hal penting.”

“Oh…okay la kalau macam tu. Kirim salam dekat keluarga kau ya.”

“Ok..Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Tanpa berlengah, aku terus mengunci pintu bilikku untuk keluar. Aku segera menuju ke tempat letak kereta. Enjin kereta segera kuhidupkan.

Empat puluh minit sudah berlalu. Akhirnya aku tiba juga di kawasan perkarangan rumahku. Aku segera keluar dari kereta dengan langkah yang tergesa-gesa lalu bergegas masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum!” ucapku.

“Waalaikumsalam, Cik Nadrah dah balik?” sapa Mak Esah yang bekerja sebagai orang gaji di rumahku.

“Hemm..Mak Esah, mana mama saya?”

“Oh…Puan..”

“Nadrah …sayang!” sapa Puan Safea mesra. Rindu sekali dengan puteri tunggalnya ini. Puan Safea lantas mendapatkan anak kesayangannya itu lalu mendakap penuh erat.

“Mama…”panggilku lembut. Puan Safea membawa anak perempuannya menuju ke ruang tamu lalu melabuhkan duduk bersama-sama.

“Nadrah …mama ada sesuatu nak bincang dan perkara ni mama harap sangat Nadrah bersetuju demi kebaikan keluarga dan perniagaan kita.”

Aku sudah mula susah hati. Nampaknya perkara yang bakal disampaikan oleh mama kelihatan serius. Aku menarik nafas terlebih dahulu.

“Mama… Nadrah akan cuba bantu mama setakat yang Nadrah mampu.”

“Terima kasih sayang. Mama tahu yang Nadrah takkan hampakan hati mama. Baiklah. Macam ni sayang, teman bisnes mama tu berkenan dengan Nadrah. Jadi, teman mama tu nak merisik Nadrah untuk anak lelaki dia. Kalau Nadrah setuju, minggu depan teman bisnes mama tu nak datang untuk mengikat tali pertunangan anak lelakinya dengan Nadrah. Macamana? Nadrah setuju tak? Mama tengok anak lelaki teman mama tu baik dan berbudi bahasa orangnya.”

Oh! No. Bertunang? Dengan stranger? Aigoooo….apa hal pulak aku kena bertunang dengan someone yang aku tak kenal dan paling penting tak cinta! Wah…dah keluar dah ayat sastera aku. Hisy….ini yang bikin hati aku rasa tak sedap hati pulak. Mana taknya, inikan permintaan mama aku lagi. Susah…susah…

“Ehmm…mama, boleh tak mama berikan Nadrah masa untuk fikirkan hal ni?”

“Boleh…sayang. Mama beri masa tiga hari saja untuk Nadrah fikir tapi mama harap jawapannya menggembirakan hari mama. Ok, sayang?”

“Hemmm…okay.” Memang jawapan tak ikhlas langsung dari mulut aku. Tapi nampak gayanya kenalah aku perah otak dalam masa tiga hari ni untuk fikirkan hal ni. Haiyakkk…masa tiga hari mana cukup untuk aku fikirkan tentang hal yang bakal mengubah status ‘single’ ku kepada ‘tunang’ someone.

Aku berlalu naik ke atas menuju ke bilik tidurku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience