Hari ini sudah masuk hari ketiga. Maknanya hari ini adalah hari terakhir untuk aku memikirkan kata-kata mama. Namun, sehingga kini aku masih buntu untuk mencari jawapan. Aku langsung tiada gambaran tentang bakal tunang ku nanti. Orangnya macamana? Budiman ke tidak? Hansem ke? Hisy..ke situ pulak. Janganlah aku bertunang dengan lelaki yang macam mamat kerut tu! Minta simpang empat puluh empat malaikat! Tak nak! Jiwa sengsara mendengar kata-kata yang takde insurans tu.
“Termenung jauh nampak? So, macamana? Dah ready untuk menukar status anda?” usik Hana kepadaku.
“Itulah…aku pun tengah fikir lagi ni. Aku tak tahulah. Aku masih tak sedia sebenarnya. Umur pun masih muda. Sampai bila aku nak bertunang? Takkan sampai habis graduate? Lepas bertunang, takkan nak kahwin pulak? Hisy…masalah negara betul la.”
“Kau kena fikir masak-masak dalam hal ni, Nadrah. Aku tak nak kau terburu-buru membuat keputusan. Siapa tahu jodoh kau dah sampai awal? Lagipun kalau pilihan keluarga ni kan biasanya diberkati tau. Kau belum kenal lagi dengan dia. Mungkin dalam tempoh korang mengikat tali pertunangan, masa tu lah kau boleh tentukan sama ada dia sesuai atau tak.”
“Hemmm….betul juga kata kau Hana. Wah! Ini yang aku bertambah sayang lagi ni. Kalau macam tu, aku dah buat keputusan. Aku setuju untuk bertunang. Hana, kau doakan aku ya.”
“Of course! You are my best pal in the world.” Kami berdua berpelukan.
Alangkah gembiranya mama saat aku memberitahu kata setujuku kepadanya. Aku pun tumpang gembira sama kerana dapat menggembirakan hati mama. Semoga apa yang aku buat ni akan memberikan kebahgiaan kepada semua orang.
Sudah dua minggu aku bergelar menjadi tunangan Aadif Rayyan. Nama yang sedap bukan? Aku suka nama itu. Comel je sebut nama Aadif tu. Tapi yang masalahnya sekarang, aku masih belum pernah berjumpa dengan dia. Kata mama, Aadif satu universiti dengan aku dan dia mengambil kos mechanical engineering. Hemm…bakal jurutera rupanya tunang aku.
“Asyik senyum je? Mesti teringatkan tunang tercinta ni?” Hana mengusik temannya. Alhamdulillah, nampaknya temannya itu kelihatan ceria sekali setelah mengikat tali pertunangan. Cuma Hana masih belum berkesempatan hendak bertanyakan nama tunang temannya itu.
“Hana!!! Miss you so much.” Ucapku.
“Macam la lama tak jumpa. Pergi bertunang je pun. Ni pipi merah-merah, mesti dok ingat tunang di sana tu kan? Cepat cerita siapa tunang kau tu? Tak sabar aku nak tahu.” Ujar Hana teruja.
“Hana…kau nak tahu tak? Tunang aku tu rupanya bakal engineer la. Info yang paling penting sekali ialah tunang aku tu belajar kat sini jugak.”
“Then? Yang kau excited ni kenapa? Hari tu kau call aku yang kau masih belum kenal pun dia dan kau tak pernah jumpa lagipun. Tapi, aku tengok kau ni macam suka je?”
“Sebab….aku suka sebut nama dia. Aku rasa nama dia comel dan tentu orangnya pun sama juga.” aku tersengih.
“Ya ke? Dengan nama je kau dah boleh jatuh suka even belum jumpa? Lagi aku rasa curious dengan tunang kau ni? So, apa nama dia?”
“Kalau aku sebut, mesti kau pun rasa comel je nak sebut.” Sengaja aku menguji Hana yang sudah tidak sabar-sabar lagi.
“Hisy..kau ni sengaja nak kasi aku saspens. Cepatlah, cakap siapa?”
“Ok…ok la. Nama dia…..Aadif Rayyan.”
“Aadif Rayyan. Hemm…kenapa aku rasa macam pernah dengar nama tu ek?”
“Comel tak? Kau pernah dengar ke? Kau kenal dengan Aadif?” soalku.
“Taklah. Aku cuma rasa macam pernah dengar je.”
“Comel tak nama dia? Comel kan.”
“Comel sangat…”
“Hisyy…tak sporting la.”
“Ok la….”
Kami berdua tergelak bersama-sama. Tiba-tiba, telefon bimbit ku bergetar tanda mesej masuk. Aku segera membukanya.
“MMS dari mama?” ujarku.
Nadrah …this is your fiancé, Aadif Rayyan.- Puan Safea
Apa? Ini Aadif Rayyan? This guy is my fiancé? No way!!! Aigooo….kenapa dalam banyak-banyak lelaki kat universiti ni, mamat kerut ni yang jadi tunang aku! Malangnya nasib aku. Menyesal aku puji nama dia comel. Memang tak comel langsung nama dia ni! Hisyy….mamat ni pulak, asal dia nak bertunang dengan aku pulak?
“Kenapa ni, Nadrah?”
“Hanaaaa….aku ada masalah negara!”
“Kenapa ni?” risau pula Hana dibuatnya.
“Hana….aku tarik balik kata-kata pujian aku pada tunang aku. Dia tak comel langsung! Dia memang menyakitkan hati betul! Mulut takde insurans! Muka dia asyik kerut je! Ahh!!!! Kenapa la dia yang jadi tunang aku?”
“Maksud kau?”
“Ingat tak lelaki yang kurang ajar sangat dengan aku masa kat depan pintu Bilik F tu? What a small world Hana? Rupa-rupanya, mamat tu sebenarnya tunang aku. Dia rupanya Aadif Rayyan!” geram aku bercerita kepada Hana.
“Oh!!! Aku dah ingat sekarang. Kat mana aku dengar nama dia. Kau tahu tak tunang kau tu, lelaki paling popular tau kat U kita ni. Sebab apa? Dia selalu dapat anugerah Dekan, aktif dalam bola keranjang dan paling popular dalam kalangan pelajar perempuan. Fuyooo….tak sangka kau dapat bertunang dengan Aadif Rayyan, jejaka idaman U kita ni. Melepaslah pelajar perempuan yang terhegeh-hegeh memikat dia. Itu lagi satu fakta penting. Perempuan yang nak pikat dia. Bukan dia yang pergi pikat perempuan.”
“Amboi! Bukan main lagi kau back up mamat kerut tu! Ada aku kisah dengan salasilah dia di sini. Memang taklah! Yang penting aku nak jumpa dia esok. Nak selesaikan benda ni. Apa nak jadi, jadi la!” Dah gaya macam Incredible Hulk tapi versi perempuan. Cuma tak bertukar kulit hijau saja.
“Relaxlah….aku just berkongsi maklumat saja dengan kau. Siapa tahu tiba-tiba dengan izin Allah, kau ‘Terjatuh Cinta’ dengan Aadif Rayyan.” Usik Hana. Hana benar-benar tidak menyangka temannya itu rupa-rupanya bertunang dengan Aadif Rayyan aka musuh ketat temannya. Apalagi, memang naik hantu la temannya itu.
Air putih diteguk dengan rakus sekali untuk menenangkan diri yang sedang panas. Nasib baik mama MMS gambar tunang aku. Wait? Tunang aku? No! Aku nak putuskan juga. Giler aku nak bertunang lepas tu nak berkahwin dengan dia? Satu juta sekali pun ditawarkan, memang aku tak nak dengan dia!!! Titik.
“Sabar la, Nadrah. Tapikan…orang kata jangan terlalu membenci nanti akan bertukar terlalu menyayangi pulak.”
“Dahlah. Aku nak balik bilik aku dulu nak tenangkan hati yang sedang membara. Assalamualaikum.”
Share this novel