Suasana di kafe begitu bising sekali dengan kehadiran pelajar-pelajar di situ. Aku terus mencari kedudukan Hana. Hah! Itupun dia.
“Hai!”
“Hemm..sampai pun. Weh…apasal tadi tu? Kau mesti cerita dengan aku kesemuanya. Takde satu pun tinggal tau!”
“Kalau iya pun, tunggulah aku pergi beli makanan dulu. Aku tengah lapar ni.”
Hana tersengih kerang busuk. Hana benar-benar ingin tahu cerita di sebalik kejadian tadi. Rasanya jika dia tidak silap, lelaki itu ialah Aadif Rayyan. Tapi cuma itu sahajalah setakat yang Hana tahu. Dia tahupun sebab teman-teman dalam kerja kumpulannya yang selalu menunjukkan gambar Aadif Rayyan kepadanya.
Selesai membuat pembayaran untuk makanan tengah hariku, aku terus menuju ke meja makan tempat Hana berada. Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengan Hana.
“Kita makan dulu. Lepas tu baru aku cerita kat kau. Aku tahu mesti kau tengah tunggu cerita goreng panas dari akukan?”
“Pandai kau teka. Ok. Kita makan dulu!!” Kami berdua berselera sekali menjamu hidangan tengah hari. Kalau perut sudah lapar, memang kami berdua tidak akan berbunyi langsung.
“Erghhh..…” Kalau mak-mak mentua tengok aku bersendawa macam tu, confirm aku kena reject awal-awal. Tapi bukan aku sengaja nak buatpun. Tak sempat.
“Hisy…kau ni Nadrah! Cubalah sendawa tu elok-elok. Kalau orang nampak, malu tau.”
“Alaa…tak kisahlah. Dah nak sendawa, mana boleh tahan-tahan. Itu maknanya dah kenyang.”
“Kut iya pun ucaplah Alhamdulillah.”
“Hihihi…alhamdulillah.” Aku tersengih malu dan tanpa sedar aku rasa diri aku sedang diperhatikan dan…keputusannya tepat sekali. Lelaki itu lagi! Haishh! Kenapa dia ketawa macam tu? Takkanlah dia nampak aku sendawa tadi? Bencinya! Boleh tak dalam satu hari ni aku tak nak tengok si kerut muka tu! Menyampah!
Aku menjeling tajam kepadanya.
“Aadif! Aku dengar kau gaduh dengan seorang perempuan cun tadi ek?”
Aku salah dengar ke apa ni? Perempuan cun mana pula aku gaduh tadi? Aadif musykil dengan pertanyaan Reezal.
“Aku gaduh dengan perempuan cun? Bila masa pulak?”
Reezal tersengih. Temannya ini hendak berahsia pulak.
“Alaa…bro, tak payah la nak berahsia dengan aku. Tadi aku nampak kau gaduh dengan seorang perempuan cun di depan pintu kuliah F. Apa kes? Setahu aku, kau ni kan jarang layan perempuan.”
“Aik! Main kasar nampak?”
Hemm…sekarang barulah Aadif mengerti akan maksud kawannya itu. Perempuan pendek tu dikatakan cun? Cun ke? Aadif sempat mengerling ke meja perempuan yang bergaduh dengannya tadi. Cun ke? Aku tengok biasa je. Takde pun cun!
“Aadif! Aadif!” panggil Reezal.
“Hemm…aku tak pekak lagi la.”
“Cepatlah cerita..aku nak tahu juga perempuan mana yang berani sangat cari pasal dengan kau tu? Aku tabik la dengan perempuan tu sebab berani giler melawan.”
Aadif pun menceritakan kejadian pagi tadi yang melibatkan dirinya dengan perempuan itu. Reezal hanya mertertawakan kisah temannya itu. Sahlah..tak lama lagi perang akan tercetus. Dua-duanya nak menang.
“Kau ketawa kenapa?” soal Aadif.
“Saja..”
“Saja?”
“Kau nak dengar satu pepatah dari nenek moyang aku tak?”
“Mula-mula benci, lama-lama jatuh cinta.”
“Wooo! Ini dah lebih ni. Apa hal pulak tiba-tiba masuk topik cinta ni? Dahlah. Malas aku nak layan kau. Lebih baik aku balik dulu.”
Reezal hanya tersenyum melihat sikap Aadif. Dia tahu sebab Aadif bersikap begitu kerana kisah silamnya.
“Aadif…Aadif…You'll never fall in love the same way twice” bisik hati Reezal.
Share this novel