Hari ini aku akan membuat perhitungan dengan si mamat kerut tu. Apa nak jadi…jadi la! Hisy….naik geram pulak bila aku sibuk duk puji nama dia comel. Ah! Takde maknanya lagi. Itu semua poyoooo!!!
Nama Mr.Kerut tu Aadif Rayyan. Berumur 22 tahun dan tahun ini adalah tahun akhir dia study kat sini. Bagus! Lagi cepat dia habis lagi aku suka! Dia ambil kos Mechanical Engineering. Macam tak kena je dengan dia! Eh..ada aku kisah! Memang aku tak nafikan yang Mr.K ni orangnya pandai. Kalau tak pandai, macamana boleh terima Dean Award every sem. Tapi itu semua bukannya hal aku. Yang menjadi masalahnya di sini ialah sikap dia yang tak beretika langsung!
Kalau dia boleh tunggu kat depan pintu bilik kuliah aku, dia ingat aku tak berani buat? Ini Nur Nadrah Dahlia! Sekali dicabar pantang mengalah…dah mula keluar ayat sastera aku. Tenang…fikirkan macamana kau nak mulakan ayat pertama bila bersemuka dengan Mr.K tu!
“Kau tunang aku? Aku tak tahu kau rupanya. Kalau aku tahu, dah lama aku cancel.” Bunyi macam kerek la pula. Tukar ayat sikit.
“Kau Aadif Rayyan! Tak sangka kecik betul dunia ni dan aku lagi tak sangka yang kau sebenarnya tunang aku. Aku nak putuskan hubungan ni. Tak mainlah nak bertunang dengan kau!” ok…ayat ni lagi ok dari yang tadi sebab ini lagi keras bunyinya. Hihihi…siap kau Aadif Rayyan.
Pintu bilik kuliah A terbuka luas. Mataku lekas-leka menangkap susuk tubuh yang sangat aku kenal. Itu dia! Aku segera menuju ke arahnya dan berhenti tepat-tepat di depannya.
“Aku nak cakap dengan kau.” Ujarku dingin.
Aadif sedikit terkejut disebabkan kemunculan perempuan yang ditemui beberapa hari lepas. Masakan Aadif tidak mengenalinya kerana perempuan inilah yang melanggarnya. Bukan setakat itu sahaja, mulut pun boleh tahan juga bisanya. Tapi apa hal pulak minah ni nak jumpa aku?
“Woo…Aadif, aku tahu la kau ramai peminat tapi yang kali ni memang cun giler.” Usik Reza.
“Kau jalan dulu. Nanti aku jumpa kau tempat biasa.” Ujar Aadif kepada Reza.
“Ok…bro. Relax la..hihihi..” Reza tersengih lalu beredar meninggalkan Aadif.
Kini tinggal aku dan mamat kerut ini berdua. Hisy…dia ni main tenung-tenung pulak? Ingat dia hansem la kalau tenung aku macam tu? Nope! Tak mainlah tenung-tenung macam tu. Aku memetik jari untuk menyedarkannya.
“Well…well…Kau Aadif Rayyan? Tak sangka kecik betul dunia ni dan aku lagi tak sangka yang kau sebenarnya tunang aku. So, aku tak nak buang masa aku yang berharga ni lebih baik kita putuskan hubungan ni. Tak mainlah nak bertunang dengan kau!”
Hah? Tunang? Bila masa pulak aku ni jadi tunang dia? Takkanlah minah ni dah sewel sebab aku langgar dia hari tu? Tapi dia ni…macam cantik jer? Dah kenapa aku boleh puji minah ni pulak!
“Hello! Aku cakap dengan kau ni. Dengar ke tak dengar?” Geram pulak aku dengan mamat kerut ni. Asyik-asyik nak berkerut. Takde ekspresi lain ke?
“Ya..aku dengar la. Tapi buat pengetahuan kau, bila masa pulak aku bertunang dengan kau? Dan untuk pengetahuan kau, kalau aku nak pilih tunang pun, aku takkan pilih kau la?”
Tak guna betul mamat ni! Macamlah aku nak sangat bertunang dengan dia. No way! Apa ingat aku ni tak laku ke? Excuse me? Aku je malas nak layan.
“So, kalau kau tak percaya aku pun tak kisah juga. Aku lagi suka. Bukannya aku nak sangat bertunang dengan kau! Mak kau yang nak aku bertunang dengan kau.” Balasku. Huhhh….boleh tahan juga panas berdebat dengan mamat ni. Memang hati batu betul!
Aadif pelik. Mama? Apa yang mama dah buat ni? Aadif mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi mamanya.
“Assalamualaikum, mama.”
“Waalaikumsalam, Aadif. Baru saja mama terfikir nak call Aadif. Ehm..Aadif sibuk ke? Kalau tak sibuk, mama nak bincang sesuatu dengan Aadif.”
Sah! Memang ada udang di sebalik batu. Fikir Aadif tentang mamanya. Ya lah, mamanya ni kadang-kadang bukan boleh diagak orangnya. Disebabkan hal yang suatu ketika dahulu melibatkan hal abangnya, mamanya lebih bersifat protective pada dirinya.
“Do you mean about engagement?” duga Aadif.
Gulp! Puan Adira menelan air liurnya. Rasanya Aadif sudah dapat tahu tentang pertunangan yang sengaja dirahsiakan daripada pengetahuannya. Bukan niatnya untuk merahsiakan perkara ini cuma masa belum mengizinkan. Namun, Puan Adira tahu Aadif pasti akan mendengar katanya.
“Aadif…Aadif tahukan mama sayang Aadif. Mama buat semua ni supaya Aadif tak buat kesalahan yang sama seperti abang Aadif. Aadif setuju ya?” pujuk Puan Adira.
Share this novel