BAB 12

Romance Completed 47078

Coffee Bean..

Aku tergesa-gesa menuju ke pintu masuk Coffee Bean. Ok...20 minit sudah berlalu Nadrah. Kau rasa dia masih tunggu lagi ke tak? Mustahil la kan? Aku tak percaya la dia sanggup tunggu. Sedangkan boyfriend Hana pun dah membebel sebab Hana lambat 5 minit jumpa dia. Inikan pula si Aadif Rayyan yang memang mulutnya boleh tahan berbisa. Siaplah aku lepas ni. Kena tadah telinga free!

Aku berjalan dengan langkah yang tenang walaupun dalam hati sudah berdebar-debar bukan kerana malu hendak berjumpa dengan dia tapi aku sudah tahu ayat apa yang bakal keluar dari mulut Aadif.

“Ehemm! Assalamualaikum.” Aadif merenung aku lalu mempersilakan aku duduk. Pelik. Ke…dia nak sedang countdown nak membebel dengan aku. Ok..siap sedia je la Nur Nadrah Dahlia.

“Waalaikumsalam. So, lets discuss now about our relationship. Ok, Miss Fiancee?”

Uhuk…Uhuk!! Aku terbatuk gara-gara Aadif Rayyan menggelar aku Miss Fiancee. Eee…bila masa pulak aku setuju nak jadi Miss Fiancee dia ni? Perasannya. Dan ajaibnya…betul ke Aadif tak marah aku gara-gara lewat 20 minit? 20 minit tu!!! Lama kan? Aku kat rumah pun, mama sempat jerit kat aku cepat-cepat siap. Ok…moral value di sini, ‘don’t judge book by it’s cover’.

“Ehmm…chop chop! Kau tak marah ke aku datang lambat?” Aku segera menekup mulutku. Alamak! Nadrah. Yang aku sibuk tanya dia tu kenapa?

“Nak marah kenapa? Kau dah datang kan. Jadi, apa masalahnya?” balas Aadif Rayyan. Sebenarnya Aadif tidak kisah sangat hendak menunggu lama-lama kerana dia sudah terbiasa menunggu mamanya yang selalu kuat bershopping jika Aadif bersamanya.

Hisy..aku dah agak jawapan dia mesti menyakitkan hati. Sengaja bikin panas. Baru je aku puji dia tadi.

“Takde la. Aku ingat kau akan marah-marah. Aku tengok muka pun tahu. Kerut sana sini..” Aadif terdiam namun dalam hati menahan ketawa. Lucu pulak mendengar Nadrah ni mengutuk aku.

Ok! Nadrah, kau terlepas cakap lagi. Kali ni kau kutuk muka dia yang selalu berkerut tu. Tengok…dia tengah diam.

“Ok la. So, macamana? Kau nak teruskan atau tak pertunangan ni?”

Habislah! Dia dah masuk karakter dia semula.

“Of course la, aku tak nak. Kau pun tak nak kan. Kita dua-dua tak nak!” ujarku.

“Alasannya?”

“Maksud kau?” soalku. Kenapa pulak mamat ni sibuk tanya alasan pulak. Dah memang aku takde feeling dekat dia.

“Sebab? Kenapa? Mengapa? Dan sewaktu dengannya…” sindirnya.

Eh! Dia ni sibuk nak tahu sebab musabab ni kenapa pulak? Bukan dia pun dua kali lima sama juga macam aku. Dua-dua terpaksa ditunangkan.

“Ok. Pertama, aku tak kenal kau. Kedua, aku tak suka kau. Ketiga, aku tak ada feel pun langsung kat kau. Cukup!”

Tanpa diduga, Aadif ketawa besar.

“Semua sebab kau tu tak boleh pakai langsung! Ok. Aku dah buat keputusan. Jom, kita teruskan pertunangan ni.”

“What the…?” aku sudah terkejut mendengar keputusannya. Dia ni memang gila. Kenapa pulak nak teruskan kalau masing-masing tak suka? Hisyyy…geramnya mamat ni. Suka hati dia je nak buat keputusan.

“Tahniah!!! Mama sangat happy untuk korang berdua. Terima kasih, Aadif.” Ucap Puan Nadrah tiba-tiba menegur kami berdua dari arah belakang.

“Mama pun gembira sangat.” ucap Puan Adira sama.

Oh my! Sejak bila pulak mama aku dan mama dia ni berada di sini? Mereka dah rancang awal-awal ke? Habis semua yang aku cakap tadi, mama dah dengar ke?

“Nadrah …mama tahu mesti Nadrah terkejut. Tapi Nadrah dah buat keputusan yang bijak. Mama sangat happy untuk Nadrah dan Aadif. Takpe, cinta selepas kahwin kan lagi manis. Betul tak, Dira.”

“Betul tu. Aunt pun seronok sangat sebab Aadif dapat terima Nadrah. Aunt memang dah terima Nadrah dengan hati yang terbuka. Tahniah. So, sekarang ni boleh la Aadif dan Nadrah cari tarikh untuk majlis pernikahan nanti. Tak sabarnya Aunt.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience