BAB 2

Romance Completed 47078

Mataku bersinar-sinar penuh cahaya kerana akhirnya aku sudah menemui bilik kuliah F. Aku segera ke sana namun cahaya yang mulanya bersinar tiba-tiba menjadi gelap gelita. Tidak!!! Punah segala harapanku. Siapakah makhluk yang tidak beradab ini sehingga memusnahkan pagiku yang penuh mencabar? Keluar sudah ayat sasteraku!

Aku menggosok-gosok bahuku akibat terlanggar seseorang. Ya Allah! Aku terlanggar dengan lori simen ke apa? Keras gilerr. Sakitnya bahu aku ni. Aku pantas mendongak ke atas. Dia hanya tersenyum sinis dengan wajah yang sudah berkerut.

“Kau pandang apa? Aku tahulah aku ni hansem tapi lain kali mata tu jangan letak kat lutut! Pandang depan, buka mata tu luas-luas! Faham!!” sindirnya.

Aigooo! Menikam kalbu sungguh ayat sindirannya. Tak guna betul lelaki ni. Bukan main kurang ajar lagi dia ni. Memang mulut takde insurans langsung. Ingat aku ni boleh jatuh cinta la kat spesies lelaki bad boy plus arrogant macam gini?

No way! Walaupun aku tahu trend sekarang ni, perempuan suka lelaki yang spesies ala-ala bad boy, tapi bagi aku tak! Aku lebih suka lelaki yang gentleman. Itu baru lelaki pilihan. Bukan macam lelaki seekor ni. Menyakitkan hati betul kata-kata dia ni.

“Amboi! Cantiknya bahasa. Budi bahasa budaya kita dan bahasa melambangkan bangsa!” balasku. Itu dia…tagline iklan berbudi bahasa pula yang keluar dari mulut aku. Ingat aku tak berani la nak balas kata-kata dia. Piraaahh..

Lelaki yang sedang berkerut itu sedikit terkejut mendengar ayat sinis dari aku. Padan muka! Jangan pandang sebelah mata sama gua!

“Kalau dah ciplak tagline iklan budi bahasa tu, kenapa tak reti-reti lagi minta maaf?”

Berdesing telingaku sekali lagi mendengar ayat yang berbisa darinya. Dahlah badan besar, tinggi gedabak, mulut takde insurans…hisy, siaplah kalau dia satu kos dengan aku. Memang aku anti dia sampai graduate! Hope bukan satu kos dengan aku.

“Apasal tenung-tenung? Tak pernah jumpa lelaki hansem ke?”

Poyo betul mamat ni. Perasannya nau’zubillah..

“Hello! Excuse me. You are not my taste! Siapa cakap yang kau ni hansem? Rasanya orang yang puji kau hansem tu, ada masalah mata kut. Ke…dorang sengaja je nak sedapkan hati kau tu.”

“Mengaku je la...kalau dah jatuh cinta tu. Mungkin aku boleh pertimbangkan kata maaf kau tu.”

Uwekkk! Nak termuntah aku mendengar. Wah! Lelaki ni memang mulut dia dah tamat tarikh luput kut insurans dia ni. Gaya dia bercakap mengalahkan mereka yang bertanding dalam pilihan raya. Hemm…dia ni sengaja bikin hati aku panas betul. Nak minta maaf ke tak? Astagfirullah… Nur Nadrah Dahlia Kau dah lupa ke dengan presentation kau?

“Ermm…..”

Lelaki itu menanti balasan jawapan dari aku.

“Aku pergi dulu la. Aku takde masa nak bertekak dengan kau sekarang. Ok!” Tanpa memandangnya, aku segera berlari menuju masuk ke dalam bilik kuliah F. “Hey!!!” jerit lelaki itu.

Alhamdulillah…sempat juga aku masuk ke dalam ni. Dengan wajah yang selamba, aku mencari Nurul Hana. Aku menarik nafas lega kerana giliran untuk aku membuat presentation belum lagi masanya. Fuhhh…sungguh hari ini benar-benar menduga kesabaranku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience