Lagu I Love You nyanyian Akdong Musician terus berdering dan terus berdering menganggu waktu pagiku. Aigoooo! Siapa yang menganggu aku ni? Mahu tak mahu, aku mencapai telefon bimbitku tanpa melihat pemanggilnya.
“Assalamualaikum..Hello!” ucapku dengan nada suara yang masih serak kerana baru bangun tidur.
“Waalaikumsalam. Seksi juga suara kau ya? Dahlah bangun cepat! Sekarang tengok jam dah pukul berapa?”
Hisy! Siapa pulak ni? Pagi-pagi memuji aku suara seksi. Aku melihat nama pemanggil di dada skrin telefon bimbitku. Oh my!! Dia? “Aaaaa!!!!!” Jeritku. Mataku terus membulat besar kerana terkejut dan bukan itu sahaja jam loncengku sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Gila! Memang aku dah lambat masuk kelas yang bermula 8.00 pagi!!!
Kelas Pemasaran berlalu begitu sahaja. Gila! Masa aku mula-mula masuk ke dalam kelas tadi, semua mata memang tertumpu habislah kat aku. Pelik juga aku. Kenapa? Selalunya, siapa-siapa yang datang lambat taklah mereka tengok dari atas sampai ke bawah. Then, siap senyum-senyum pulak. Al-kisahnya begini, rupa-rupanya kasut yang aku pakai tu lain pasangannya. Gila tak malu!
Mana taknya, sebelah kaki kanan, wedges dan sebelah lagi sneakers. Patutlah satu kelas tergelak-gelak tengok aku. Malunya!!! Hisy…ini semua gara-gara Aadif. Kalau dia tak menganggu aku semalam, taklah aku bangun lambat. Kurang asam!
“Nadrah! Kau nak pergi mana? Jom kita keluar?”
“Sorry la Han. Tak bolehlah hari ni. Aku ada hal nak diuruskan dengan si mamat kerut tu.”
“Wah! Perkembangan yang baik. Well..i’m happy for both of you.” Usik Hana.
“Perkembangan apa pulak? Ini dah sampai klimaks tau! Tak payah nak happy-happy sangatlah. Aku pun tak happy nak jumpa dia.”
“Elehh…malu nak mengaku la tu. Bak kata Dina, ‘ku malu tapi mahu’.” Hana ketawa.
“Dahlah. Malas aku nak melayan kau ni. Aku dah lambat nak jumpa dia tu. Nanti mamat tu bising pulak. Dia tu bising mengalahkan emak-emak!” aku membebek pada Hana.
Share this novel