BAB 10

Romance Completed 47078

Kusutnya fikiran aku sekarang ni. Kenapa pulak mamat tu setuju pulak? Bukan dia ke beriya-iya tak nak bertunang dengan aku. Tup tup dia pulak yang setuju. Apa kes? Macamana ni? Semalam aku sudah menghubungi mama. Ujar mama dia senang dengan kerana Aadif ada menghubunginya semalam. Bukan main lagi mama memuji mamat kerut tu! Ceh….dasar Poker Face betul!

Aku membaringkan diri di atas katil. Penat otak ini berfikir tentang mamat kerut tu. Aku berkalih ke kiri dan tidak lama aku berkalih semula ke kanan. Susahnya aku hendak melelapkan mata. Tiba-tiba, deringan telefon bimbitku berbunyi. Siapa pulak yang menganggu aku tengah-tengah malam ni?

“Hemm…nombor siapa pulak ni? Tak kenal pulak dengan nombor ni? Malaslah jawab. Lantaklah dia nak berbunyi ke tidak.

Aadif sengaja menghubungi tunang yang baru sahaja beberapa jam diketahuinya. Mamanya sudah meminta maaf kepadanya kerana tidak memberitahu dirinya terlebih dahulu berhubung perkara ini. Tak kurang juga layanan dari Puan Safea kepadanya sungguh mesra dan berbeza sekali dengan tunangnya.

Baru saja aku ingin melelapkan mata, sekali lagi telefonku berdering. Hisy…tak faham-faham betul la!

Aik! Dia tak nak jawab panggilan aku! Wah…boleh tahan keras kepala juga perempuan ni. Muka je nampak lembut tapi hati keras. Aku suka perempuan macam ni. Aadif tersenyum. Kali ini Aadif cuba menghantar mesej pulak.

Assalamualaikum. Aku Aadif Rayyan, TUNANG kau la. Apasal kau tak angkat telefon tadi?- Aadif Rayyan

Kali ini bunyi mesej yang menganggu tidurku. Hisy..geramnnya aku! Aku mencapai telefon bimbitku lalu membaca mesej tersebut. Mataku automatik segar-bugar melihat isi kandungan mesej itu. Cheesecake betul! Mamat kerut tu rupa-rupanya menganggu aku yang sedang ingin tidur. Ok..kalau kau nak sangat ganggu aku, boleh aje.

WAALAIKUMSALAM. Maaf anda salah nombor! – Nur Nadrah

Aku tersenyum puas selepas menghantar mesej itu. Padan muka!

Hem…boleh tahan juga keras hati perempuan ni. Aadif tersenyum. Masakan salah nombor kerana nombor telefon ini, Puan Safea sendiri yang memberinya. Aadif tahu pasti tunangnya yang garang itu sengaja memberi alasan.

Nadrah, Nadrah …siap tulisan besar lagi nak jawab salam aku. Ketara sangat tak ikhlas nak menjawab salam. Tak baik tau jawab salam tak ikhlas.- Aadif Rayyan

Haiyaaakk! Terkena batang hidung aku pulak! Memang nak kena betul si Aadif ni! Sengaja nak cari pasal aku tengah-tengah malam ni!

Excuse me!!! Tak kisahlah ikhlas atau tidak. Yang penting aku dah jawab. Jangan ganggu aku lagi. Esok aku ada kelas. Kalau aku lambat siap kau!!! Kita putus!!! – Aadif Rayyan

Aadif terkejut membaca mesej kali ini. Hemm..nak putus? Itu memang yang aku nak. Hah! Aku ada idea!

Esok aku kejutkan kau la... Kalau kau nak putuskan pertunangan ini, ada satu cara. Esok kita jumpa. Ok….good night my 8 Hours Fiancee. Dream on me, Aadif Rayyan. – Aadif Rayyan

Oh….yerkkkk!!! Daripada mimpi kan kau, lebih baik aku mimpikan Dennis O’neil aku. Lagi hansem! Geli geleman pulak aku nak baca mesej dia. Tetiba je nak berjiwang karat yang memang dah karat pun. Aku menarik selimut tanpa membalas mesejnya namun dalam hati aku sudah berbunga-bunga kerana ada sesuatu untuk hari esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience