Tiga jam sudah berlalu. Aku dan Nurul Hana keluar dari bilik F selepas selesai sahaja pembentangan tadi. Nasib baik, aku dapat menyampaikan presentation aku dengan baik. Baru sahaja aku keluar dari bilik kuliah F, tiba-tiba langkah kami berdua dihalang oleh sekujur tubuh sasa. Aku cepat-cepat memandang ke depan.
“Kau!! Apa kau buat kat sini?” soalku kasar.
“Kau hutang kata maaf dengan aku!” balasnya tidak berpuas hati.
Ya ampun! Sampai begitu sekali lelaki ni cari aku. Ini betul-betul dah melampau. Dahlah ramai orang lalu lalang kat kawasan ni. Dia ni sibuk nak menagih maaf pulak kat sini.
“Nadrah! Siapa lelaki ni?”
“Hana, kau tunggu aku di kafe. Nanti aku cerita. Ok?”
Dengan rasa berat hati, Hana pergi meninggalkan teman baiknya itu. Kini, hanya aku dan lelaki yang suka berkerut ini. Lantaklah pandangan orang. Dia yang mulakan dulu.
“Kau ni kenapa? Asal kau tak buat announcement saja? Itu pun nak kecoh! Ok..ok..aku tahu aku yang salah sebab langgar kau tadi. So, aku minta maaf. Ok. Selesai!” aku mengatur langkah untuk beredar namun lenganku tiba-tiba direntap kasar.
“Siapa cakap dah selesai? Aku tak dapat rasa kata maaf kau tadi tu ikhlas.”
Hisy….meluatnya aku dengan lelaki ni. Dia ni memang sengaja nak mencipta perang dengan aku! Aku dah minta maaf tadi tu pun dah kira baik. Dia juga yang beriya-iya nak aku minta maaf tadi. Kuat berkira betul la.
“Ikhlas atau tak, aku dah minta maaf. Kalau kau tak dapat nak terima, aku tak kisah. Yang penting aku dah minta maaf! Hope sangat-sangat yang kita tak terserempak lagi.” Ucapku.
Lelaki itu hanya tersenyum sinis. Perempuan ini benar-benar menguji kesabarannya. Selama ini belum pernah seorang pun perempuan yang berani bertentang mata dengannya. Berlainan dengan perempuan ini. Interesting. Ujarnya dalam hati.
“Ok. Aku terima kata maaf kau. Aku pun harap yang kita tak akan bertembung lagi.”
“Bagus. Aku pergi dulu.”
Aku terus berlalu pergi. Pandangan orang sekeliling aku tidak ambil peduli. Bukannya aku buat salahpun.
Share this novel