Tak sangka aku dengan rela hatinya menerima lamaran Aadif Rayyan. Dan aku lagi tak sangka Aadif yang beria-ia memilih tarikh pernikahan kami berdua. Pelik. Ah! Aadif memang suka buat hal sendiri. Gila…hujung tahun ni aku bakal disatukan dengan Aadif Rayyan pada 21.12.2012.
Bila aku tanya kenapa dia pilih tarikh tu? Jawapannya cuma, “Save the Date in your mind!”. Kurang asam betul! Hisy…betul ke aku nak kahwin dengan dia ni? Aku tak bersedia lagi.
Aku tak kira juga, tinggal dua minggu sahaja lagi aku akan bertukar status. Aku mesti jumpa dia. Aku menghantar mesej kepada Aadif.
“Nadrah! Turunlah. Aadif dah sampai tu. Jemput dia masuk.” Panggil Puan Safea.
Aku segera mencapai selendang lalu ku lillit sesuka hati. Biarlah senget ke apa ke..aku nak jumpa si Aadif je pun.
“Assalamualaikum.” Ucapku pada Aadif yang sedang berdiri di luar.
Aadif pantas menoleh ke belakang.
Ehmm….kacaknya dia hari ni. Sejak bila pulak dia jadi kacak ni? Dan hati aku…? Dup dap dup dap dup dap…
“Waalaikumsalam.” Jawabnya sambil menghadiahkan senyuman.
Haiyakkk…bertambah-tambah hansem pulak bila dia jawab salam aku. Oh hati? Kenapa aku tiba-tiba aku rasa begini?
“Nadrah! Nadrah!” panggil Aadif. Hairan dia melihat tunangnya yang tegak berdiri. Aadif memetik jari.
Aku lantas tersedar. Aigooo….malu weh! Mesti dia perasan yang sedang tengok dia.
“Kenapa pandang macam tu? Aku hansem kan? Kalah Dennis O’neill kau tu.”
“Hisy! Perasan. Mana boleh lawan Dennis O’neill aku. Dia senyum lagi manis sebab ada lesung pipit.” Balasku.
“So, kalau macam tu, aku senyum macam ni…” Aadif sengaja merapatkan wajahnya ke arah Nadrah lalu menghadiahkan senyuman manis yang jarang terukir di bibirnya.
Gulp! Aku menelan air liur. Serius memang hansem!! Jantung aku dah berdegup laju ni! Matilah kalau dia perasan.
“Ya Allah! Budak dua ekor ni, tak sabar-sabar! Tunggu dua minggu lagi.” Tegur Puan Safea.
Kami berdua hanya tersengih malu. Aku sempat menjeling ke arah Aadif dan dia boleh buat muka selamba. Dan paling penting sekali, muka kerut dia tu dah tak ada lagi. Sejak dua tiga menjak ni, aku tengok dia nampak happy je. Takkan dia happy pasal nak kahwin ni?
“Hish…kau ni suka buat aku malu. Tengok! Mama dah salah faham.”
“Kan kau nak tengok aku senyum. So, aku senyum tu special untuk kau. Ok?”
Dah kenapa pulak Aadif ni tiba-tiba jadi sweet muet ni? Aigooo! Masalah jiwa betul aku ni? Dahlah tarikh nikah dah nak dekat, tiba-tiba pulak aku ada masalah jiwa. Tolong! Siapa yang nak rawat ni?
“So, macamana dah ada feeling? Remember our promises?” aku terdiam.
Share this novel