BAB 6

Romance Completed 47078

Kuliah berjalan seperti biasa namun masa sangat mencemburui aku. Sedar tak sedar, esok merupakan hari ketiga untuk aku memikirkan jawapan kepada soalan mama. Masalah negara betul la! Mana sempat tiga hari untuk aku fikirkan benda tu. Dua hari ni aku memang sibuk dengan urusan kuliahku. Hemmm….

“Ouchhh!!” aku menggosok kepalaku gara-gara terlanggar dengan seseorang. Hisy…time ni jugak kepala aku yang jadi mangsa. Dahlah kepala aku ni sekarang tengah sibuk berfikir soalan mama. Aku lantas memandang gerangan yang melanggar aku.

“Kau lagi! Asyik-asyik kau! Hisyy….menyusahkan betul!”

Ya Allah! Dalam banyak-banyak pelajar kat universiti ni, asal mamat kerut ni lagi aku jumpa hah? Hisy! Menyampahnya….dahlah mulut takde insurans. Lepas ni, aku tahu pasti mamat kerut ni akan mula membebel dan terus membebel. Kita tengok!

“Hello! Jalan ni kan besar. Yang kau nak lalu sini juga, apa hal?” balasku dengan renungan tajam yang tidak berkedip.

“Huh! Mata kau tu yang letak kat kaki! Asyik-asyik nak langgar orang? Macam takde orang lain pulak yang kau nak langgar! Ke…kau memang sengaja nak langgar aku? atau kau sengaja nak tarik perhatian aku supaya jatuh cinta kat kau, pendek?”

Erghh!!! Geramnya mamat ni! Laser betul mulut dia ni. Nak aje aku sumbat dengan cili merah kat mulut mamat ni. Benciiiii!!! Mamat ni budak kos apa ek? Peguam kut? Sebab setiap soalan aku, bukan main hebat lagi dia balas.

“Hisy….menyampahnya dengan kau ni! Memang mulut takde insurans betul. Ingat kau buat muka kerut-kerut tu aku takut la? Sorry la! Aku tak takut langsung la dengan muka kerut kau, badan macam lori simen!” ambik kau habuan dari aku. Suka hati je nak mengutuk aku pendek.

Aadif sedikit tersentak dengan kata-kata perempuan genit di depannya ini. Sungguh berani sekali. Sebenarnya Aadif tidak bermaksud untuk mencari pasal dengannya namun dek kerana fikirannya sedang melayang ketika itu, jadinya perempuan inilah yang menjadi mangsanya.

Aadif menghadiahkan sebuah senyuman yang menggoda ke arah perempuan di depannya ini. Sengaja ingin menguji reaksinya.

Eh…kenapa pulak dengan mamat kerut ni tersenyum-senyum? Takkan dah sewel sebab terlanggar dengan aku? Konon nak menggoda aku la tu? Excuse me? Takde makna aku nak tergoda dengan senyuman macam tu! Lainlah kalau senyuman dari Dennis O’neill. Itu memang aku tergoda habis. Nak nak lagi kalau jadi bakal tunang aku. Memang aku setuju. Eh! Apa yang aku merepek ni?

“Ok la, Encik Yang Aku Tak Tahu Nama Yang Berbudi Bahasa Sangat, beginilah aku minta maaf sebab dah langgar kau tadi. Aku bukannya sengaja pun nak langgar kau. Ok. Done.” Ucapku lalu beredar.

Aadif terdiam seketika. Nak gelak pun ada juga mendengar nama yang begitu panjang diberikan oleh perempuan itu. Macam-macam sungguh kerenah orang perempuan ini. Belum kira lagi dengan kerenah mamanya. Lagi la Aadif tak terlayan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience