Sebulan yang lalu…
“Happy la kau sekarang? Mama kita berdua dah sibuk nak cari tarikh untuk majlis pernikahan kita?”
“Love is a gamble. Face it or leave it. Sometimes you need take a risk. So, lets take a deal between us. Can you give me a month to make you fall in love with me.” Aadif senyum padaku dan aku tiba-tiba sahaja menjadi kaku kerana masalah jiwa yang baru saja aku alami.
Selama sebulan itulah, Aadif benar-benar menepati kata-katanya. Kalau aku terlajak tidur, dia yang setia menjadi jam penggeraku. Dan kalau kereta aku jatuh sakit, dia yang menjadi mekanikku. Ada satu hari tu, aku jatuh dari tangga sehingga menyebabkan kaki aku terseliuh. Hana segera menghubungi Aadif. Seperti biasa, Aadif dengan sikap ‘caringnya’ segera membawa aku ke klinik. Bukan main lagi Hana memuji Aadif kerana begitu prihatin dengan aku.
Dan…sejak semua peristiwa itu berlaku dalam masa sebulan, aku memang ada masalah jiwa. Orang kata, makan tak kenyang, tidur tak lena cuma yang part mandi tak basah tu, taklah. Aku mandi memang basah la. Adakah ini di namakan cinta? Tapi…aku tak berani nak ambil risiko untuk berkahwin dengan dia? Macamana pulak dengan Aadif? Dia buat semua ni sebab mama dia atau dia ada perasaan kat aku? Hemm..bagi aku andaian pertama lagi logik.
Tanggal 21.12.2012 akhirnya tiba jua. Aku menanti dengan tenang sambil duduk bersimpuh di atas kusyen. Aadif kelihatan cukup tampan dan berseri mengenakan baju melayu berwarna putih. Sesekali Aadif mengerling ke arahku. Haiyaakkk…masalah jiwa datang lagi. Kali ini lagi hebat debarannya. Pandangan Aadif tadi cukup menusuk kalbu. Cehh! Sempat lagi aku bersastera time ni.
“Sejuknya tangan kau ni. Relaxlah. Cuba pandang abang hansem kau kat sana. Tenang je. Mana ada kerut-kerut lagi.” Ujar Hana di sebelah kiri ku. Mama pulak berada di sebelah kananku sambil memegang tanganku. Sementara mama Aadif duduk bersebelahan dengan mamaku.
“Aku nervous la. Tunggu masa kau nanti.”
“Oh…ya ke?” usik Hana.
“Shhh!!!” ujar Puan Safea.
“Aadif Rayyan bin Alfee Rayyan.” Sebut juru nikah.
“Ya!” jawab Aadif Rayyan.
“Aku nikahkan dikau dengan Nur Nadrah Dahlia binti Abdul Razak dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai.”
“Aku terima nikahnya Nur Nadrah Dahlia binti Abdul Razak dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai.”
“Sah!”
“Sah!”
“Sah!” ujar semua saksi.
Alhamdulillah. Akhirnya majlis akad nikah sudah selesai dengan lancar. Ini bermakna status aku kini bukan lagi single, tapi kini sudah menjadi isteri kepada seorang suami yang bernama Aadif Rayyan. Air mata minitis jua akhirnya. Hana cepat menyeka air mataku.
“Tahniah, sayang.” Ucap Puan Safea dan Puan Adira sambil memelukku. Begitu juga dengan Hana mengucapkan tahniah kepadaku.
Aadif terlebih dahulu menyempurnakan solat sunat nikah sebelum majlis pembatalan air sembahyang. Berdebar-debar betul hati aku sekarang ni.
Aadif datang menghampiri aku. Serius tanganku kini bertambah-tambah sejuk. Malu weh….
Aadif menyarungkan cincin ke jari manisku lalu menghadiahkan satu kucupan ke dahiku. Oh! Rasa sejuk seluruh badan. Tumpuan kamera tidak henti-henti untuk mengambil gambar kami berdua ketika ini. Lalu aku menyalam tangan Aadif.
“Sejuknya tangan…” bisik Aadif.
“Air-cond ni kuat sangat!” ujarku sengaja mencipta alasan. Aadif tersenyum.
Alaa….janganlah senyum macam tu, Aadif. Ni yang masalah jiwa aku ni datang lagi ni. Aadif tiba-tiba memegang tanganku. Aku memandangnya dan dia memandangku.
“Ok..cantik! Stay macam tu.” ujar jurufoto. Aku pulak yang termalu. Baru sahaja aku hendak menundukkan wajah, tangan Aadif pantas memaut daguku dan sekali lagi kami berdua berpandangan.
“Nadrah, you look very beautiful today and I just wanna say thank you for becoming my princess forever. And one more thing…do you remember that you’ve been ask me about today’s date?”
Aku hanya mengangguk. Ketika ini aku memang terbuai mendengar kata-kata manisnya.
“Sebab…ingat tak masa kita berdua pertama kali berjumpa dan masa tu kita berdua masing-masing terbabas. Tarikh masa tu 21.10.2012 dan pada masa tulah sebenarnya…”
“Sebenarnya…?” aku masih menanti jawapannya.
“That I fall in love with you.” Ucapnya dan sekali lagi Aadif menghadiahkan satu kucupan. Semua orang bersorak meriah sekali.
Aku mengukir senyuman manis kepadanya. Tak sangka kejadian masa kami berdua bertembung dulu, rupa-rupanya Aadif sudah jatuh cinta pada aku. Hihih..boleh tak aku perasan sekarang? Aik! Tiba-tiba je masalah jiwa aku hilang. Rasanya aku pun dua kali lima juga dengan jawapan Aadif. Sebenarnya aku pun dah mulai jatuh cinta dengan dia. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, ‘Pencuri yang takkan masuk penjara adalah pencuri yang mencuri hati seseorang. Tapi kena betul caranya.’ Dan ternyata benar, Aadif telah mencuri hatiku dengan caranya yang tersendiri.
“By, I will never forget this datem it will forever written in my mind. It’s written, I love you with all my heart, please take good care of me, make mw your queen and you will be my King now and forwver until Jannah. ‘’ Bisikku ke telinganya.
Share this novel
Lama tunggu ni
Bila nk update bab 15?