Mamanya sudah mula memujuknya. Masakan Aadif akan membantah. Aadif tahu mamanya bersikap begini kerana hal abangnya dahulu. Abangnya memilih seorang perempuan yang salah untuk menjadi suri hatinya selepas sahaja tamat belajar. Walhal, mamanya sudah pun memilih anak teman baiknya untuk menjadi bakal isteri abangnya. Dek kerana buta cinta, abangnya membantah dan berkahwin dengan gadis pilihannya. Malangnya tidak sampai setahun hubungan perkahwinan yang dibina, rumah tangga abangnya telah pun runtuh kerana rupa-rupanya isterinya itu hanya mengingkan hartanya sahaja. Namun, Alhamdulillah, kini abangnya sudah bahagia dengan pilihan mamanya dan sudah mempunyai tiga orang cucu.
“Ok. Nanti kita bincang hal ni. Assalamualaikum.”
Aik? Cepat juga mamat ni berbincang dengan mamanya? Kebarangkalian jawapannya ada dua saja sama ada ya atau tidak. Tapi aku harap sangat jawapannya ialah TIDAK!
Aadif tersenyum. Senyuman yang ada makna tersendiri.
Pelik? Dah kenapa pulak mamat ni tiba-tiba senyum macam tu. Tak pernah pulak aku nampak ekspresi ini wujud dalam diri dia. Memang ada mee di sebalik MAGGIE! Relax Nur Nadrah Dahlia. Mungkin dia sengaja nak provok kau tu. Ok..tapikan aku akui kalau dia senyum macam ni awal-awalkan, probability untuk aku cair tu adalah jugak….Eh! apa yang aku mengarut ni? Back to your character, Nur Nadrah Dahlia!!
“Ok. Aku dah buat keputusan.” Ujar Aadif.
“Hah? Keputusan apa pulak kau ni?” soalku.
“Aku setuju bertunang dengan kau! Titik. Muktamad. Aadif terus berlalu tanpa mendengar jawapan dari aku.
Hah? Mamat tu setuju! Gila! Ini semua gila. Kenapa pulak dia tiba-tiba setuju? Hisy….erghh!!! Rasa nak menjerit Tarzan kat sini. Boleh tak?
Share this novel