BAB 5

Romance Completed 16440

HABIS solat terawih, Amira dan teman serumah yang lain mula mengadap buku masing-masing di ruang tamu. Mereka lebih selesa menelaah di ruang tamu yang selesa dengan kipas angin yang besar. Amira senyum melihat gelagat temannya yang lain. Ada yang baca buku sambil baring, ada yang duduk bersila atas sofa, ada yang meniarap sambil tongkat dagu. Dia pula duduk bersila atas karpet dan bukunya diletakkan atas meja di tepi sofa.

“Lapar lah pulak..” Amira pegang perut yang berbunyi.

Dia segera bangun dan mula melangkah ke dapur melihat apa yang boleh dimakan. Kuih yang dibeli tadi semuanya sudah habis. Tinggal kuih cek mek saja. Itu pun hanya tinggal sebiji saja. Dia terus duduk dan mula mengunyah.

“Hmm..sedapnya! Lembut pulak tu! Terasa air gula yang cair elok dalam ni..” Amira lahap menghabiskan sebiji kuih cek mek tadi.

Terasa menyesal pulak tidak makan ketika berbuka tadi. Dia senyum. Selepas minum air dari peti sejuk, dia kembali semula ke ruang tamu.

“Kak, kuih cek mek tu jiran sebelah buat sendiri ke?” Amira mula berminat nak tahu.

“Entahlah! Shafiq kata, dia buat sendiri! Kenapa?” Kak Yati pandang Amira.

“Tak ada apa…hihihi..terima kasih daun keladi..hantarlah lagi!” Amira sengih.

Kak Yati turut senyum mendengar kata-kata Amira. Dia tahu, Shafiq sudah lama sukakan Amira. Kuih cek mek itu pun sebenarnya diberi khusus untuk Amira . Hanya Amira saja yang tidak tahu.

Amira hanya senyum. ‘Hmm..’yang m’ana satu Shafiq ni’..dia mula meneka sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience