BAB 22

Romance Completed 16440

SEBELUM bertolak pulang, melalui Kak Yati, Amira sempat menitipkan sekeping kad raya kepada Shafiq bersama hadiah kecil. Dia mengharapkan Shafiq sudi memaafkannya selama mereka berjiran. Dia sedar sepanjang bulan puasa, dia telah banyak melakukan perkara yang menyakitkan hati Shafiq biarpun hanya sekadar suka-suka terutama semasa melempar seketul batu kepada Shafiq.

Tiba di rumah, Amira terus bertanya ibunya mengenai perbualan di telefon tempohari. Ibunya hanya tersenyum. Dia faham Amira seperti tidak suka dengan berita itu.

“Terima jelah nanti. Abang tak suka Amira berkawan tak tentu fasal dengan lelaki. Dah ada orang datang merisik tu, terima jelah!” Ery pandang adiknya yang mula muncung.

“Abang cakap senanglah! Amira masih belajar lagi lah bang. Lagipun Amira nak kerja lepas belajar nanti! Patutnya abang dulu yang kahwin!” Amira mula merajuk.

“Dah! Cepat anyam ketupat tu. Ery tengokkan kayu api kat belakang rumah. Nanti nak rebus ketupat pulak.”

Amira pandang abang dan ibunya silih berganti. Mereka seolah tidak hiraukan perasaannya ketika ini. Esok sudah 1 syawal. Bermakna, lusa akan ada rombongan datang merisik. Dia mula menyambung menganyam ketupat. Teringat kad dan hadiah yang dititipkan untuk Shafiq. Harap-harap Kak Yati tidak lupa memberinya kepada Shafiq. Perasaannya mula resah.

Selesai menolong ibunya di dapur, Amira segera ke bilik. Teringat hadiah yang diberikan oleh Shafiq sehari sebelum Shafiq pulang ke kampung. Dia merenung kotak hadiah yang berbalut kertas warna merah Amira senyum. Shafiq seolah tahu warna merah adalah warna kegemarannya. Kotak itu digoncang berkali-kali. Terasa berat. Perlahan Amira membuka pembalut.

“Hah??”

Amira terdiam. Di tangannya kini ada sebotol kicap bersama sekeping nota kecil yang dilekatkan di botol. Satu persatu tulisan tangan itu dibaca.

‘‘Jangan lupa bubuh inti kicap bila buat onde-onde nanti!’’

Pada mulanya Amira ingin menjerit marah tapi perlahan dia mengukir senyum. Teringat kenangan onde-onde pemberian Shafiq yang berintikan kicap. Senyumannya semakin lebar bila teringat hadiah yang dititipkan kepada Shafiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience