BAB 17

Romance Completed 16440

HABIS solat terawih, Amira masih di dalam masjid. Dia tidak mahu berasak-asak bersama jemaah lain berebut hendak keluar dari masjid. Sementara menunggu jemaah semakin berkurang, dia periksa lampu suluh kecil. Mana tahu kalau-kalau tak menyala. Tadi hanya lampu suluh Kak Yati yang digunakan masa meredah kegelapan di jalan menghala ke masjid. Bila dirasakan jemaah sudah semakin kurang, dia mula bangun dan mula keluar dari masjid.

“Eh! Mana pulak selipar aku ni?” melilau Amira mencari selipar yang seingatnya diletakkan di tepi tangga dekat dengan rak kasut sebelum masuk ke masjid tadi.

Dia terus mencari. Terbongkok-bongkok Amira mencari selipar di bawah rak kasut dan di bahagian tangga lain. Mana tahu seliparnya tercampak ke bahagian rak kasut lelaki pula. Dalam keadaan jemaah yang ramai, tidak mustahil seliparnya tersepak ke tempat lain.

“Ada orang hilang selipar la!”

Amira yang terbongkok-bongkok tadi mula menegakkan badan dan berpaling ke arah suara yang menegurnya tadi. Shafiq??

Dia tidak hiraukan kata-kata Shafiq sebaliknya dia teruskan mencari seliparnya yang masih tidak jumpa.

“Boleh aku tolong?” Shafiq menawarkan diri bila melihat Amira mula cemas.

“Tak payah! Kau bukan tahu pun selipar aku macam mana!” Amira jeling Shafiq yang berbaju Melayu hijau.

“Sombongnya! Macamlah selipar kau tu mahal sangat!” Shafiq sengih sambil jeling Halim di sebelahnya yang turut sengih.

“Eh! Suka hati aku la! Mahal ke murah ke..selipar aku!” Amira masih mencari. Kali ini dia baru jumpa sebelah seliparnya.

“Kau carilah! Sampai esok pagi pun takkan jumpa!” Shafiq masih berdiri di tepi tangga sambil memerhati Amira yang masih terbongkok-bongkok mencari.

Amira mula mendongak ke arah Shafiq. Dirasakan kata-kata Shafiq tadi ada sesuatu yang tidak kena. Dia perhati wajah Shafiq dan sesekali wajah Halim. Lagaknya seperti watak Detective Conan yang sedang mencari jawapan dari wajah-wajah yang mencurigakan itu. Teringat drama tv kegemarannya, Lie To Me. Amira masih merenung wajah-wajah yang mula dirasakan ada sedikit keraguan di hatinya. Mana tahu dia dapat baca riak wajah Shafiq dan Halim.

“Hmm..jadi kau la yang sorokkan selipar aku ya?” Amira cuba meneka kata-kata Shafiq tadi.

Shafiq hanya angkat bahu. Dia jeling Halim di sebelah yang turut terpinga-pinga.

Halim pula mula pandang Shafiq dengan wajah curiga. Kalau benar Shafiq yang sorokkan selipar Amira, bila masa pula Shafiq buat? Halim mula menggaru kepala. Kupiah atas kepala dibuka.

Amira pula pandang Shafiq yang masih tersengih begitu. Sakit hatinya melihat Shafiq buat tidak tahu saja pertanyaannya tadi. Dia jeling kakinya yang tersarung selipar yang dijumpainya tadi. Hanya sebelah, sebelah lagi masih hilang! Sekali lagi dia pandang Shafiq. Nyata wajah selamba Shafiq masih dalam keadaan sengih macam kerang busuk!

“Hoi! Aku tanya! Kau pekak ke? Sengih-sengih! Macamlah handsome sangat!” Amira tenung Shafiq lagi.

“Memang aku sangat handsome! Sebab tu kau suka cakap dengan aku! Hahaha!!” Shafiq mula ketawa. Dia sebenarnya suka melihat wajah Amira yang mula marah begitu. Merahnya sudah macam merah bunga kertas!

“Fiq, tak baik tau kau buat macam tu! Kesian dia. Mana kau sorok selipar dia?” Halim tepuk bahu Shafiq.

“Mana aku tahu! Aku saja je nyakat dia tadi!” Shafiq pandang Halim yang mula terpengaruh dengan kata-kata nya sebentar tadi.

“Tu la..sapa suruh baling senduk kat kita orang petang tadi! Sekarang selipar kau dah hilang!” Shafiq masih ketawa.

Amira mengetap bibir melihat Shafiq ketawa begitu. Dia genggam tangannya dengan kuat. Lampu suluh dikeluarkan dari dalam poket seluar sukannya. Kain telekung masih tersarung. Dia pandang kiri kanan. Jemaah masjid sudah tidak ramai. Dia lihat pula jam tangan. Sudah hampir sepuluh setengah malam.

“Macam mana ni…orang dah tak ramai ni. Makcik Nab dah balik agaknya. Mana selipar aku ni? Tadi aku letak kat anak tangga sana..” Amira merungut sendiri. Kalau tidak jumpa juga dia terpaksa balik ke rumah dengan berkaki ayam.

“Memanglah anak tangga! Takkan bapak atau mak tangga pulak cik Amira oi! Hahaha!” Shafiq sekali lagi menyakat Amira. Dia jeling Amira yang tercari-cari seliparnya dari tadi.

“Aku bukan cakap dengan kau lah!” Amira jeling Shafiq yang mencuri dengar rungutannya tadi.

Shafiq sengih lagi. Halim mula rasa bersalah melihat Amira masih mencari selipar seorang diri. Dia cuit lengan Shafiq supaya membantu Amira mencari seliparnya yang hilang.

“Ni hah! Aku dah jumpa!” Shafiq senyum.

Amira cepat-cepat berpaling. Dia lihat Shafiq senyum hingga ke telinga.

“Mana ?” Amira kerut kening bila melihat Shafiq tersengih-sengih dari tadi.

“Aku dah bagi kat abang long tadi!” Shafiq ketawa sambil menjeling Halim di sebelah.

Abang long mana pulak ni! Eii!!! Amira renung Shafiq dengan perasaan curiga. Dia pasti yang Shafiq sengaja sorokkan seliparnya. Kalau tidak takkan tak sampai seminit, Shafiq dah boleh jumpa seliparnya yang hilang.

“Abang long mana?” Amira mula geram.

Shafiq senyum sambil melirik ke arah Halim yang mula sengih. Dia biarkan Amira tertanya-tanya. Halim senyum. Faham benar dengan kata-kata Shafiq. Dulu dia juga pernah terkena.

“Apa sengih-sengih? Tak payahlah tunjuk muka tak sudah kau tu!” Amira semakin geram.

“Sengih aku ada makna tau tak! Hahaha!! Abang long tu dekat je..dia ada dekat-dekat sini je! Kau nak ke tak nak selipar mahal kau tu? Kalau tak nak..kau baliklah kaki ayam!” Shafiq mula ketawa.

Amira mula cekak pinggang. Sakit hatinya sudah membuak. “ Naklah! Mana abang long tu? Mana??”

“Abang longkang!!! Hahahah!!!” Shafiq ketawa berdekah-dekah dengan Halim. Sempat dia jeling muka Amira yang semakin merah. Dari merah bunga kertas sudah jadi merah bunga ros!

Amira mula jenguk ke dalam longkang. Seliparnya terapung dalam air longkang! Dia pandang semula Shafiq yang masih ketawakannya. ‘Eiii!!!!’

“Hoi! Tak kelakarlah!” Amira baling ranting kayu ke arah Shafiq. Shafiq cepat-cepat mengelak.

“Kalau kau nak, kau ambik lah sendiri! Nah! Guna ni..” Shafiq hulur semula ranting kayu yang dilempar oleh Amira tadi.

Amira merenung Shafiq yang nyata telah membuang seliparnya ke dalam longkang. Dia tarik ranting kayu dari tangan Shafiq dan mula menguis seliparnya yang terapung dalam air longkang. Dia cepat-cepat ambil dan mula beredar dari situ. Sebelum beredar, sempat dia melempar satu lagi ranting kayu ke arah Shafiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience