BAB 13

Romance Completed 16440

MEREKA mula menyediakan satu demi satu kuih yang dalam senarai tadi. Ada yang kena goreng, ada yang kena kukus dan ada juga yang kena bakar. Rumah mereka yang sememangnya lengkap dengan barang keperluan dapur seperti oven dan pengukus, membuatkan kerja mereka lebih mudah.

“Kak..terima kasih kerana beri pinjam barang akak ni..” Amira pandang Kak Yati yang begitu rajin menolong Amira.

“Ala..akak kan suka masak. Korang guna je..janji jangan jahanamkan barang tu sudah!” Kak Yati senyum lagi. Dia juga tidak berkira dengan teman serumahnya dalam banyak hal asalkan mereka tahu menghargai.

Hampir pukul tiga petang mereka baru siap buat semua jenis kuih. Masuk waktu zuhur tadi, Amira tinggalkan Kak Yati seorang diri sementara dia menunaikan solat zuhur. Semua kuih diletakkan dalam bekas plastik besar mengikut jenis kuih.

“Amira nak jual kat mana nanti?” Kak Yati betulkan urat bila terasa lama duduk bersila tadi.

“Kak Eton yang jual nasi lemak tu bagi tumpang kat Amira . Amira bayar sewa tapak tu..kongsi dengan kak Eton!” Amira mula mengemas dapur yang berselerak.

Kak Yati hanya angguk. Dia turut menolong Amira mengemas bila melihat jam di dinding dapur sudah hampir tiga setengah petang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience