BAB 15

Romance Completed 16440

SHAFIQ berjalan perlahan-lahan melalui gerai-gerai di sekitar bazar ramadhan. Hari ini dia tidak bercadang memasak. Dia masih tercari-cari juadah apa yang ingin dibeli untuk berbuka nanti. Teman serumahnya ada yang pulang ke kampung. Hanya dia dengan Halim saja yang ada di hujung minggu begini.

“Lim! Kau nak beli apa? Aku tak tahu nak makan apa!” Shafiq pandang Halim di sebelah.

“Alah..tinggal kita dua je kan? Kita belilah nasi apa-apa dan kuih sikit. Untuk sahur nanti, kita beli lauk je. Nasi kita masak sendiri!” Halim senyum. Dia pandang pula sekitar gerai.

“Eh! Tu bukan jiran kita ke?” Halim tuding ke arah satu gerai. Dia kenal dengan kak Yati.

“Mana?” Shafiq panjangkan tengkuk melihat gerai yang ditunjuk Halim tadi.

“Tuuu!! Tu Kak Yati kan?” Halim juga turut terjenguk-jenguk di sebalik orang ramai yang mula memenuhi bazar di situ.

“Yalah! Bila masa pulak kakak tu berniaga? Uih! Ramai la pelanggan dia! Jom-jom! Kita pergi tengok!” Shafiq menarik tangan Halim menuju ke arah gerai tadi.

Di celah-celah orang ramai, Shafiq dan Halim mula melangkah laju ke gerai Kak Yati. Pelanggan mula ramai. Shafiq dan Halim terjenguk-jenguk melihat apa yang dijual di situ.

“Eh! Tu kan budak perempuan yang bagi kita kuih cek mek inti budu hari tu kan?” Shafiq renung Amira yang sibuk melayan pelanggan.

“Apa? Cek mek inti budu? Bila kau makan?” Halim pula tercengang.

“Lupa..korang tak ada kat rumah masa tu! Aku yang makan..hihihi!” Shafiq senyum sendiri.

Shafiq dan Halim segera mendekati gerai setelah melihat pelanggan mula reda. Dia melihat Amira dan Kak Yati tak menang tangan melayan pelanggan yang datang membeli kuih mereka.

“Eh! Shafiq!” kak Yati mula senyum bila perasan jiran sebelah kirinya tercegat di situ.

Amira memandang Shafiq dengan muka tak bersalah. Agaknya dia sudah rasa cek mek inti budu aku tu..fikirnya sendiri.

“Nak beli kuih ke?” Kak Yati bertanya lagi setelah melihat Amira diam. Tadi bukan main lagi Amira menjerit memanggil pelanggan.

“Nak juga rasa..mana tahu kali ni inti cuka pulak!” Shafiq jeling Amira di sebelah Kak Yati. Wajah Amira sudah berubah.

“Wow! Pelik gila nama kuih korang ni!” Halim membaca satu persatu nama kuih.

Kaki Gangster Lompat Tikam

Minah Seksi Puteri Mandi

Si Keji Tahi Itik

Si cute Cek Mek Molek

Wahai alim Ketayap

Kaki pukul Kuih Lompang

Dari Zoo Badak Berendam

Si Tenteram Kuih Makmur

Awet Muda Seri Muka

Si Munafik Talam Dua Muka

Malas mandi Bau- Lu

“Hahaha! Nama tu Amira yang bagi!” kak Yati pandang Amira di sebelah.

Amira pula mula tunduk. Tidak sanggup melihat kuihnya nanti ditertawakan oleh Shafiq dan Halim.

Eii! Bila nak blah ni! Amira jeling lagi.

“Kak! Saya nak beli lah kuih ni. Nak rasa sedap ke tak!” Shafiq jeling Amira yang mula muncung.

“Nak kuih apa? Boleh campur! Lima biji dua ringgit!” Kak Yati pula terpaksa melayan bila Amira masam begitu.

“Hmm..bagi saya kaki gangster, minah seksi, si munafik, awet muda dan si keji! Err..kak! Si cute tu saya tak nak..takut ada inti budu!” Shafiq berkata sambil ketawa geli hati.

“Saya pula mestilah nak minah seksi tu! Bagi dua ringgit!” Halim turut ketawa.

Amira hanya jeling Shafiq dan Halim yang masih ketawa. Jaga korang! Amira ketap bibir menahan marah mendengar ketawa mengejek jiran sebelahnya.

“Nah! Ni Amira bagi free satu sorang!” Kak Yati letak dua biji kuih bahulu.

“Hmm..kuih ni namanya malas mandi..mesti Amira malas mandi kan kak? Sebab tu bau semacam je!” Shafiq mengusik Amira sambil memerhati nama kuih. Duit dihulur.

Tiba-tiba dirasakan satu senduk melayang ke arahnya. Shafiq cepat-cepat mengelak sambil berlari bersama Halim. Mereka ketawa berdekah-dekah. Puas dapat mengenakan Amira semula.

MALAM itu selepas habis berbuka dengan Kak Yati, Amira segera mengemas barang-barang yang digunakan untuk berniaga di bazar ramadhan petang tadi. Dia jeling Kak Yati yang juga sibuk menolongnya membersihkan bekas kuih yang digunakan tadi.

“Amira, pergilah solat dulu. Biar akak yang kemas. Dah lambat ni.” Kak Yati senyum.

Amira pandang jam di dinding dapur. Sudah hampir lapan malam. Dia segera ke bilik air membersihkan diri. Selesai solat maghrib, Amira kembali semula ke dapur membantu Kak Yati yang masih sibuk membasuh pinggan mangkuk.

“Err..kak dah boleh solat tak?” Amira pandang Kak Yati yang leka membasuh pinggan.

“Kenapa?”

“Malam ni.. Amira ingat nak terawih tapi tak ada kawan la..” Amira jeling jam lagi. Sudah hampir lapan setengah malam.

“Macam ni..akak temankan Amira ke masjid. Lepas terawih nanti Amira baliklah ikut makcik yang tinggal dekat rumah kita ni.” Kak Yati senyum lagi. Kesian melihat Amira tiada teman untuk ke masjid.

Amira angguk tanda setuju. Walaupun jarak masjid dari rumahnya hanya 300 meter saja namun dia tidak berani berjalan seorang diri pada waktu malam begitu. Tambah lagi bila memikirkan bermacam-macam kejadian yang tidak diingini berlaku sekarang ini. Dia tahu makcik Nab yang tinggal sebelah rumah Shafiq yang selalu berjemaah di masjid. Hatinya mula lega bila Kak Yati sudi menemaninya ke masjid.

“Terima kasih kak. Nanti saya belanja akak ais krim abang yang jual depan masjid tu ek!” Amira cium pipi Kak Yati yang sudah dianggap seperti kakak sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience