BAB 23

Romance Completed 16440

KINI sudah satu syawal. Selesai solat Aidil fitri bersama abang dan ibu, mereka bertiga ziarah pula pusara arwah ayah. Hari raya kali ini tidak seceria tahun sebelumnya. Waktu itu arwah ayah masih ada, beraya bersama. Amira menongkat dagu sambil merenung jauh keluar tingkap.

“Apa yang jauh termenung tu?” Ery tepuk belakang Amira.

“Abang ni! Nasib baik Amira tak ada sakit jantung tau!” Amira membalas balik. Dada abangnya ditumbuk kuat.

Ery ketawa gelihati dengan sikap Amira yang cepat melatah. Dia suakan sebiji kuih raya kepada Amira. Suka melihat Amira marah begitu. Amira segera mengekori abangnya ke ruang tamu. Amira pandang pula ibunya yang keluar dari dapur membawa semangkuk rendang dan sambal goreng.

“Apa yang lucu ni Ery?”

“Hahaha…tu..anak gadis mak dah tentu arah. Esok ada orang datang merisik.” Ery semakin galak menyakat Amira.

“Dah lah tu. Mereka tu datang sebab dah lama tak bertandang ke rumah kita ni. Sambil tu..mereka nak tengok anak gadis mak ni. Kalau Amira tak berkenan, mak tak paksa. Tapi mak harap sangat Amira terima sebab mereka tu kenalan arwah ayah. Arwah ayah nak sangat berbesan dengan mereka.”

Amira pandang ibunya yang begitu mengharapkan dia menerima lamaran keluarga lelaki itu esok. Dia hanya diam. Fikirannya mula teringat Shafiq. Entah sejak bila wajah Shafiq seperti melekat di mata. Berkali-kali dia menidakkan perasaan dan ingatannya terhadap Shafiq.

“Err..siapa nama lelaki tu mak?” Amira tidak mahu melukakan hati ibunya. Sekurang-kurangnya dia ambil tahu juga fasal nama lelaki yang ingin merisiknya esok.

“Entahlah..rasanya nama dia Hazrul.”

Kali ini Amira diam.

Malam itu, Amira tidak lena tidur memikirkan esok yang bakal menjelma. Serba salah rasanya. Ditambah pula rasa penat melayan budak-budak yang ramai datang beraya siang tadi. Tak menang tangan dia melayan. Teringin nak bagi tahu ibu dan abangnya tentang Shafiq. Lagipun siapalah dia untuk berbuat begitu sedangkan Shafiq sedikit pun tidak menaruh hati padanya. Jenuh dia pejam mata namun tetap juga tidak lena. Bila memikirkan hal esok, hatinya semakin berdebar.

“Assalamualaikum kak Yati..” Amira mula teringat kak Yati. Dia harus mencari penyelesaian dengan kak Yati malam itu juga.

“Wa’alaikumussalam! Amira sihat?”

“Sihat kak…” Amira bersuara lemah.

“Kenapa ni..lemah semacam je suara tu. Cuba cerita dengan akak!”

Amira mula meluahkan segala yang terjadi dan juga perasaannya yang mula sukakan Shafiq tanpa dia sendiri sedar. Entah bila dia sendiri pun tidak tahu.

“La..jadi betullah selama ini tekaan akak.”

Amira tunduk malu bila mendengar kata-kata Kak Yati di hujung talian.

“Kak..macam mana ni..esok ada orang datang merisik. Amira bingung la kak…” Amira masih sugul.

“Macam nilah.. Amira cakap elok-elok dengan mak dan abang Amira. Nanti akak cuba sampaikan pada Shafiq.”

Amira tergamam. “Kak! Jangan kak! Shafiq tu bukan sukakan saya pun!”

Talian putus. Amira mula resah. Di benaknya bermacam-macam persoalan timbul memikirkan apa yang kak Yati akan buat nanti dan kusut memikirkan hal merisik esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience