BAB 18

Romance Completed 16440

SHAFIQ masih ketawa. Gelihati melihat Amira beria tanya siapa abang long! Dia jeling Halim di sebelah yang juga turut ketawa melihat gelagat Amira yang menggelabah.

Dia turut melangkah meninggalkan masjid bersama Halim. Mereka berdua seronok bercerita tentang jiran sebelah kanan mereka. Sesekali Shafiq betulkan kupiah bila kupiahnya mula melurut jatuh.

“Weh! Seronok kau kenakan si Amira tu! Hahaha!” Halim sengih sambil menyuluh jalan yang gelap menuju ke rumah mereka.

“Hahaha!! Aku suka nyakat minah sombong tu!” Shafiq masih ketawa.

“Aduh!!” Shafiq pegang dahinya yang terasa sakit. Dia pandang kiri kanan. Dirasakan ada orang lempar sesuatu terkena dahinya tadi.

“Kenapa Fiq?”

Shafiq pandang bawah. Ada segumpal kertas berisi batu kecil berada di hujung kakinya. Dia cepat-cepat ambil. Kertas itu dibuka perlahan. Ada sesuatu yang tertulis di situ.

‘Sebagai balasan, nah ambik batu ni! Kirim salam kat abang long kau tu!’

Shafiq segera pandang ke arah datangnya segumpal kertas yang tiba-tiba melayang terkena dahinya. Dia hanya nampak kelibat seseorang tengah berlari laju ke arah rumah sederet di depan.

“Nanti kau Amira!” Shafiq sudah dapat agak.

******************

TIBA di rumah, Amira segera masuk ke rumah. Termengah-mengah dia menahan nafas. Nak lari dari Shafiq punya fasal, lampu suluhnya terjatuh entah ke mana dalam perjalanan tadi. Dia lihat Kak Yati tengah seronok menonton tv.

“Eh! Amira! Dah balik?” Kak Yati berpaling.

Amira senyum. Dia masih tercungap-cungap.

“Kenapa tercungap-cungap ni?” Kak Yati hulur segelas air sirap kepada Amira.

Amira duduk di sofa sebelah Kak Yati sambil meneguk air sirap. Bila dirasakan sudah reda, dia mula senyum dan terus ketawa. Kak Yati pula terpinga-pinga melihat Amira yang tiba-tiba seperti orang gila. Ketawa sorang-sorang!

“Padan muka!”

“Apa yang Amira merepek ni? Siapa yang padan muka? Amira ni..ketawa macam orang putus fius ni kenapa?” Bertubi-tubi soalan Kak Yati.

“Saya puas kak! Shafiq sorokkan selipar saya tadi. Saya balas balik la!” Amira ketawa lagi. Terasa puas!

“Amira.. Amira..apa yang Amira balas?” Kak Yati pandang Amira yang tak habis-habis bergaduh dengan jiran sebelah.

“Saya lontar segumpal kertas berisi batu kecil kepada Shafiq!” Amira tersenyum puas. Selepas beredar dari masjid tadi, dia menyorok di sebalik pokok kelapa di tepi jalan yang berhampiran dengan rumah hujung sambil menulis sesuatu atas kertas nota yang sentiasa dibawa untuk catatan tazkirah tadi. Bila saja ternampak Shafiq lalu di situ, dia segera baling.

“Tak baik Amira buat macam tu tau! Ni kan bulan puasa! Kalau kena mata macam mana? Esok akak nak Amira minta maaf dengan Shafiq!” Kak Yati mula berleter.

Amira akur. Dia mula rasa bersalah. Memang benar kata Kak Yati. Tidak sepatutnya dia melempar batu ke arah Shafiq tadi. Dia mula berkira untuk meminta maaf esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience