BAB 16

Romance Completed 16440

Amira sudah siap bertelekung. Dia membawa sekali sejadah dan lampu suluh kecil yang dimasukkan dalam poket seluar sukan. Dia duduk di bangku di ruang laman sementara menunggu Kak Yati bersiap. Sempat jeling jiran sebelah.

“Dah ke masjid agaknya..gelap je..” Amira jenguk ke laman sebelah. Lampu di ruang tamu gelap sementara lampu di depan laman terang benderang.

“Jom!”

Amira terkejut, tiba-tiba Kak Yati sentuh bahunya.

“Akak ni! Terkejut saya tau!” Amira mengurut dada.

“Tu la! Terjenguk-jenguk rumah bujang tu kenapa? Rindu kat Shafiq ke?” Kak Yati sengih.

Amira muncung bila diusik begitu. Dia segera berjalan beriringan dengan Kak Yati ke masjid. Dia terpaksa melalui depan rumah Shafiq untuk ke masjid. Lampu di sekitar jalan hanya satu saja yang bernyala. Keadaan jalan agak gelap. Nasib baik dia bawa lampu suluh kecil.

“Kak..bila nak tambah lampu jalan ni? Gelap macam ni..risau saya. Buatnya kena culik ke apa ke..bukan sapa perasan pun dalam keadaan gelap macam ni!” Amira berjalan rapat dengan Kak Yati. Dia lihat kiri kanan. Sebelah kiri sederet rumah setingkat dan sebelah kanan pula hanya ada semak kecil yang berselang seli dengan pokok bunga. Dekat dengan masjid pula baru ada taman permainan kanak-kanak.

“Entahlah Amira. Jalan kat sini memang macam ni..sejak akak pindah rumah ni lagi! Tapi tak pa..tengok ramai yang berjalan kaki ke masjid. Janganlah risau!” Kak Yati turut menyuluh jalan dengan lampu suluh yang dibawanya.

“Err..kak..lepas hantar Amira nanti, macam mana akak nak balik?” Amira teringat Kak Yati nanti akan balik seorang diri selepas menghantarnya ke masjid.

“Jangan bimbanglah! Sebaik saja Amira dah sampai depan pintu pagar masjid, akak cepat-cepatlah balik. Masa tu kan masih ramai yang menuju ke masjid!” Kak Yati penuh yakin berkata sambil melempar senyuman.

Mereka berdua berjalan laju menuju ke masjid. Tiba di masjid, Kak Yati cepat-cepat berpatah semula ke rumah bila melihat masih ramai yang mula berjalan ke masjid. Kalau lambat nanti tentu sunyi jalan tadi.

“Eh! Kak Yati! Tergesa-gesa nampak!”

Kak Yati berpaling bila mendengar namanya dipanggil. Shafiq!

“Alamak! Aku kena buat tak kenal ni! Kalau dia banyak tanya nanti, aku nak jawab apa! Takkan nak cakap aku uzur..ish! ” Kak Yati laju melangkah membiarkan Shafiq dan Halim di situ.

“Eh, kenapa dengan kak Yati tu? Orang menghala ke masjid, dia pulak dari masjid menghala ke rumah!” Shafiq memandang Kak Yati yang laju melangkah seolah-olah cuba mengelak dari sesuatu.

Shafiq pandang pula ke arah masjid. Amira sudah berada di tangga masjid sambil meletakkan selipar merah jambu yang dipakai di tepi tangga.

“Oh..agaknya teman budak sombong tu la tu…” Fikir Shafiq sendiri sambil senyum penuh makna. Matanya melirik ke arah selipar merah jambu Amira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience